Kelebihan Peppermint Yang Perlu Anda Tahu

Kelebihan Peppermint Yang Perlu Anda Tahu | Peppermint atau dalam bahasa Melayu disebut sebagai pudina, adalah sejenis tumbuhan herba yang berbau wangi dan sedikit berangin. Daun pudina berasal dari keluarga Laminacece dan tergolong dalam spesies Mentha. Ada banyak jenis daun pudina di seluruh dunia, dan masing-masing ada kelebihannya yang tersendiri.


Pudina jenis Moroccan (Mentha spicata) - Sangat berkesan dalam meredakan kekejangan otot. Kesan ini amat sesuai uuntuk mereka yang aktif dalam sukan atau pun mereka yang keletihan atau telah berumur.

Pudina jenis Rubra (Mentha aquatica) - Boleh membantu merawat masalah cirit-birit. Caranya dengan memakan daun pudina segar sebagai ulam atau dibuat jus dari pudina ini untuk diminum bagi mengurangkan masalah cirit-birit.

Pudina jenis Mentha arvensis - Sejenis daun pudina Jepun boleh melegakan selesema dan menghilangkan rasa loya.

Pudina jenis Crispa (Mentha x piperita) - Boleh menjauhkan atau menghalau tikus di dalam rumah atau di kawasan kebun yang dikhuatiri merosakkan harta benda dan juga tanaman.


Peppermint juga bersifat antiseptik, antiparasit dan antivirus. Kalau hidung rasa berair, asyik bersin dan diserang batuk-batuk, cuba lah minum air panas atau air suam yang direndam dengan daun pudina. Hidu wap panas dari air tersebut, wap yang berangin boleh membantu melegakan hidung tersumbat. Pudina juga ada dalam ubat gigi untuk membantu menyegarkan nafas.

Daun pudina juga boleh membantu untuk menguruskan badan dengan meminum air teh pudina dua hingga tiga cawan setiap hari. Ada juga petua untuk meminum jus pudina yang diperbuat daripada daun pudina dan daun ketumbar yang dikisar dengan air serta buah lemon setiap pagi.

Ekstrak minyak daripada daun pudina pula boleh digunakan untuk menghilangkan rasa loya dan sakit kepala dengan menghidunya atau menyapu sedikit pada tepi dahi ketika sakit kepala menyerang. Sesiapa yanga da motion sickness atau mabuk kenderaan sama ada di darat, udara atau laut, boleh titiskan ekstrak minyak daun pudina pada tapak tangan, kemudian oles dan raup pada wajah untuk hidu wap nya.

Tapi ekstrak minyak pudina ni satu titis tu pun dah menyamai 30 titis minyak rebusan daun pudina. Hasilnya, ekstrak minyak daun pudina mempunyai nilai herba yang sangat tinggi, tapi kepekatannya tak sesuai untuk digunakan terus pada kulit.


Sebab tu, kalau beli Young Living Peppermint Essential Oil, kena campurkan dengan carrier oil atau minyak zaitun sebelum apply pada kulit. Kalau tak campur, kesannya kulit akan merengsa dan rasa sedikit pedih bila terkena ekstrak pepperminta yang sangat pekat.

Selain tu, wap pudina yang didiffuse ketika sedang menyiapkan kerja boleh membantu meningkatkan tahap konsentrasi. Kalau rasa anak-anak dah hilang fokus belajar, boleh diffuse Peppermint Essential Oil dalam bilik study atau sebelah meja anak-anak buat kerja sekolah.

Kalau uols nak tahu lebih lanjut tentang Peppermint Essential Oil dan Young Living, boleh hubungi kawan kita ya!

Izzat Zin
Kelebihan Peppermint Yang Perlu Anda Tahu Kelebihan Peppermint Yang Perlu Anda Tahu Reviewed by Sunah Sakura on September 03, 2019 Rating: 5

17 comments:

  1. kalau daunnya pun banyak khasiat, ekstrak nya mesti lg mcm2 khasiatnya

    ReplyDelete
  2. Peppermint bau dia sedap, termasuk laa men-nyah kan bau mulut sesaorang kann...mesti nak ada dalam bag..kunyah daun pun bagus,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu sis..sebab tu dalam chewing gum ada peppermint..hihihi

      Delete
  3. Di tempat kerja selalu ada yang sediakan teh pudina..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya suka sediakan pagi2 bila hidung berair dan asyik bersin2..

      Delete
  4. makan laksa penang ada daun pudina, sedap sangat ^_^

    ReplyDelete
  5. Suka kunyah daun peppermint ni kalau letak dalam laksa...mulut bleh wangi oiii....hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah...mungkin peppermint tu nak hilangkan bau hanyir ikan kan...

      Delete
  6. Memang rasa segar bila dapat bau peppermint ni.

    ReplyDelete
  7. Best dapat minum air yang ada peppermint. Lega rasanya lagi lagi musim panas.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com

Powered by Blogger.