Resepi Sup Kepala Ikan Siakap Simple dan Sedap

Sup Kepala Ikan Siakap Simple dan Sedap | Menu makan tengahari semalam. Beberapa hari dah teringin sebenarnya, tapi baru semalam tertunai hasrat nak memasaknya. Menu ni memang simple bebenor sebab guna apa yang ada kat rumah aje. Malas nak keluar beli bahan yang baru sebab malas nak bersiap dan malas nak drive gi Maslee. Haha!

Ala, bak kata Farahain, tak cukup bahan takpe, janji masakkk ๐Ÿ˜

Saya buat sup kepala aje sebab saya seorang aje nak makannya. Saya bukan lah peminat kepala ikan sangat, tapi baki ikan siakap yang Sis Lin kasi hari tu tinggal bahagian kepala dengan bahagian ekor aje. Nak masak sup ekor takut banyak sangat isinya, sayang pulak dibuat sup. Baik goreng buat masak tiga rasa ke, masak masam manis ke, jadi kita simpan aje ekornya sebab angan-angan tu banyak sangat. Hahaha!

Kepala ikannya pulak memang besar amat oi. Satu tapak tangan kita pun tak cukup nak melambangkannyeee. Kat rumah pulak takde perencah sup ikan sebab memang jarang la kitorang buat menu ni. Kiub pati ayam Knorr ade lah, jadi lah kannnnn! Resepi orang bujang, gini lah! Lepas tu boleh pulakkkkkkkk tersama dengan menu Sis Lin jugak semalam. Hahaha! Sehati sejiwa ke hapeee?

Alhamdulillah untuk rezeki ni, boleh la buat isi perut sikit dan perut anak-anak bulus kat rumah jugak yang kelaparan hidu bau sup ikan. Berkongsi lah kitorang makan. Jom tengok resepi simple ni!


Sup Kepala Ikan Siakap

Saiz: 1 orang
Penyediaan: 15 minit

Bahan-bahan:
1 ketullll kepala ikan siakap
1 biji bawang merah (dimayang)
2 ulas bawang putih (diketuk)
1/2 inchi halia (dihiris memanjang)
1 batang serai (dititik atau dibelah dua)
1 keping asam keping
5 biji tomato ceri (dibelah dua)
1 kuntum bunga lawang
1 keping kayu manis
1 biji buah pelaga
1 kuntum bunga cengkih
1 kiub pati ayam Knorr (seeloknya guna perencah sup ikan)
Air secukupnya
Garam secukupnya

Cara-cara membuatnya:
  1. Masukkan serai dan air secukupnya ke dalam periuk, cukup-cukup untuk mereneh seketul kepala ikan siakap.
  2. Masak air sehingga hampir mendidih, masukkan bawang merah, bawang putih, halia, bunga lawang, kayu manis, buah pelaga, dan bunga cengkih. Biarkan mendidih sebentar dalam 2-3 minit.
  3. Masukkan pula kiub pati ayam Knorr (atau perencah sup ikan kalau ada), asam keping, dan kepala ikan siakap. Rebus dalam 5 minit.
  4. Masukkan tomato ceri dan perasakan dengan garam secukupnya.
  5. Rasa, jika ok, boleh matikan api.
  6. Hidangkan panas-panas.

Selamat mencuba!
Resepi Sup Kepala Ikan Siakap Simple dan Sedap Resepi Sup Kepala Ikan Siakap Simple dan Sedap Reviewed by Sunah Sakura on September 03, 2019 Rating: 5

13 comments:

  1. Alahaiii...sedapnya....balik ni nak cari ikan jap la...malam kang bleh masak sup untuk bekal esok...

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. serius tak berjanji...da post kat IG, baru sis gitau dia pun masak sup gak..hahahahah

      Delete
  3. Hahahah dapur lain tapi akal dan minda boleh sama ek masaknya hahahaha

    ReplyDelete
  4. sedapnya siakap...fav sy ikan siakap ni tak kisahlahm sk apa pun sy bedal semua hehehe

    ReplyDelete
  5. Biasa masak siakap 3 rasa je. Huhu. Akan datang boleh try buat sup pula.

    ReplyDelete
  6. tak cukup bahan takpe , janji masaak.... hahahahahahha.. sekian dari saya untuk anda... "awak makan ape"

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com

Powered by Blogger.