Ticker

6/recent/ticker-posts

Mak Ai Pedas Betul Asam Pedas Ayam Sis Lin! Sampai...

Mak Ai Pedas Betul Asam Pedas Ayam Sis Lin! Sampai... | Berehat sekejap dari cerita Sabah. Penat woo nak kejar lagi 10 lagi draft entri. Hahaha! Beberapa hari lepas, masa stay umah Sis Lin, dia gitau teringin nak makan asam pedas. Jadinya, hari Isnin tu dia masak la asam pedas ayam untuk makan tengahari.

Masa dia tumis bahan kisar, saya dah terbatuk-batuk dah. Petanda bahan kisar tersebut melebih had kepedasan seketul Sunah. Hahaha! Ye, saya kalau terbatuk-batuk masa orang menumis, maksudnya benda tu pedas gila nak meninggal. Ada orang, bersin-bersin kan? Kalau golongan dewa-dewa, mungkin tak batuk dan tak bersin langsung bila tersedut hawa pedas cili ditumis.

Benda dah masuk periuk, buat apa nak halang 😝


Ini dia asam pedas ayam Sis Lin. Nampak sedap kan? Perghh, dah lama tau tak makan asam pedas ayam! Meleleh-leleh air liur bila tengok gambar ni. Makan dengan nasi panas-panas, memang marvellous! Dan ye, pedas gilaaaaaaaaaa oiiii! Sampai menangis-nangis makan. Sampai meleleh-leleh air hidung. Sampai.......cirit-birit malam tu. Hahahhahaha!

Pedas-pedas pun, tetap jugak melahap ayam dengan kuah asam pedas tu. Sedap kottt!

Breakfast pagi semalam pun makan lempeng pekak cicah asam pedas ayam yang sama.

Ada aku kisah? 😝

Post a Comment

12 Comments

  1. Hahahaha pedas tapi bertambah berulang kali makannya hehehehe...
    Lada tu pedas gamaknya...lepas ni kita masak lomak cili api pulak ya...

    ReplyDelete
  2. Sunah, duduk johor kene belajar makan pedas hehehhe...
    terliur tengok asam pedas sis LIn tuh, terus teringin nk masak asam pedas jugak lah... dah lama rasanya tak masak asam pedas nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. da lebih 10 tahun kak duduk johor, tahap kepedasan saya memang da lebih tinggi dari masa duduk kat sarawak...

      tapi tak boleh dibiasakan sebab saya ada gastrik 🤭

      Delete
  3. Omg sampai cirit-birit ke, Zumal surrender la kalau camtu

    ReplyDelete
  4. Sedapnyaaa,
    Kalau mak masak asam pedas ayam ni, huda repeat 😅🤣

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com