Makan Malam di Truly Malaysian Buffet Dinner, DoubleTree by Hilton, Johor Bahru

Makan Malam di Truly Malaysian Buffet Dinner, DoubleTree by Hilton, Johor Bahru | Sebagai peminat makanan Malaysia, wajib datang ke DoubleTree by Hilton, Johor Bahru sepanjang bulan September ni. Sebabnya, sepanjang 1 hingga 30 September ni, ada syurga makanan Malaysia kat Makan Kitchen pada setiap hari Ahad hingga Khamis, bermula dari pukul 6.30 petang hingga 10.30 malam.

Sempena Hari Malaysia yang akan tiba dalam bulan September, Makan Kitchen menawarkan Truly Malaysian Buffet Dinner, pada harga RM88 nett untuk dewasa dan RM44 nett untuk kanak-kanak. Menampilkan keharmonian pelbagai budaya di bawah satu bumbung, Makan Kitchen menyediakan aneka hidangan tempatan, di mana pengunjung boleh menikmati hidangan tradisi terbaik Malaysia merangkumi masakan Melayu, Cina dan India.

Antara menu yang dihidangkan adalah Nasi Kakwok, Aneka Ikan Masin dengan Bawang, Sup Tulang Sum Sum Kambing, Assam Laksa, Nasi Dagang Terengganu, Nasi Kerabu Bunga Telang, Stir Fried Carrot Cake dengan Cili, Fish Bail Soup dan banyak lagi.









Kita paling teruja nak rasa Stir Fried Carrot Cake tu. Biasanya kalau ke pasar malam, mesti nampak dan lalu lah gerai Carrot Cake ni, bau dia kemain sedap. Tapi nak beli tu was-was sebab penjualnya bukan Muslim. Bila ada dihidangkan kat Makan Kitchen sempena Truly Malaysian Buffet Dinner yang tak diragui kehalalannya, terus tak sia-siakan peluang nak rasa menu tu. Serius sedap! Rasa macam ubi kentang pun ada tapi sebenarnya ade ke tak ek dalam ramuan dia?

Jangan lupa untuk lengkapkan makan malam uols dengan aneka pencuci mulut kegemaran seperti Pandan Layer Cake, Bubur Cha-Cha, Sago Gula Melaka, Coconut Cream Brulee, Apam Balik with Condiments, Pisang Goreng, aiskrim Malaysia dengan perisa Assamboi, Milo, Kacang Hijau, Jagung, Bandung Cincau dan banyak lagi.









Satu benda takde dalam gambar adalah Durian Meringue Cake. Lupa pulak kita nak snap gambarnya. Yang tu, kalo ada disediakan time uols datang nanti, wajib cuba tau! Kitorang sampai berebut-rebut sebab sedappp sangat! Rasa apa? Mesti lah rasa durian! Hahaha!

Lebih menarik, sepanjang bulan ni akan ada menu-menu istimewa sebagai kejutan rasa buat pengunjung. Kaunter istimewa Hainanese dan Chinese akan menampilkan Baked Wenchang Chicken, Puqian Saopo Local Vinegar Seafood Noodle dan banyak lagi menu yang mengujakan.







Tauhu bakar dia tu sedap tau! Ikan garoupa kukus tu pun sedap gilerrr, sampai kering bekas tu orang lain cedok. Haha! Dan hey, kalau uols datang berpakaian tradisional macam Baju Kurung, Cheongsam, Sari dan lain-lain pakaian Malaysia, uols akan dapat 10% discount tau bila makan malam sempena Truly Malaysian Buffet Dinner ni! Ape lagi, tunjuk la semangat Malaysia sejati tu sikitttt!

Ok lah, kalau nak buat reservation atau nak tanya apa-apa, kita bagi details kat bawah ya!


Truly Malaysian Buffet Dinner

Makan Kitchen, DoubleTree by Hilton, Johor Bahru

1 - 30 September 2019
Ahad - Khamis
6.30 petang - 10.30 malam

RM88 nett Dewasa
RM44 nett Kanak-kanak dan Warga Emas

25% discount untuk ahli Hilton Dining APAC

Call 07 268 6868
Email JohorBahru.FB@hilton.com
Makan Malam di Truly Malaysian Buffet Dinner, DoubleTree by Hilton, Johor Bahru Makan Malam di Truly Malaysian Buffet Dinner, DoubleTree by Hilton, Johor Bahru Reviewed by Sunah Sakura on September 06, 2019 Rating: 5

20 comments:

  1. Ya allah....sedapnya semua makanan tu....bila la nak elok perut ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tunggu perut da ok dulu ekkkk baru pi melantak..hihihi

      Delete
  2. Ini betul2 masakan malaysia, semua nampak sedap dan berkolesterol tinggi, hahaba

    ReplyDelete
  3. Ooo samalah ayat kita tu pasal carrot cake tu di IG Sis semalam tu, Sis pun sukakannya, bukan senang nak dapat dan makan yang halal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sis! tu lahhh, nampak kat FB semalam, ehhh tersama lak! memang sehati sejiwa ek? hahaha

      Delete
  4. Ya Allah.. sedap-sedap tengok menu masakan Malaysia ni kan.. bertuah jadi rakyat Malaysia kan.. hehe

    ReplyDelete
  5. sedap2 makanan nya.. kalau begini tiap2 hari mahu naik 10kg ni hahaha

    ReplyDelete
  6. Kenapa lupa nak makan aiskrim Malaysia tuh ekkk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wehhh ayat ko sama ngan aku bila aku reply email Melissa...hahahhahah

      Delete
  7. Sama laaa kita uyul. Knp laaaa boleh terlupa nak makan aiskrim malaysia tuu

    ReplyDelete
  8. Perghhh...sedapnya...bikin rosak diet kalau macam ni

    ReplyDelete
  9. Adehhh..kenapa semua menu dia sedap² ni. untung kalau datang sini macam-macam boleh rasa. truly malaysian sangat

    ReplyDelete
  10. Pergghhh.. Tengok makanan tu rasa nak pergi. Tapi, nasib baik jauh. Yang bagusnya siap ada ais krim malaysia tu. Bagus betul. Boleh tapau bawa balik tak? Hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bolehhhhhhhhhh! dengan syarat faarihin belanja!

      Delete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comments with link will be deleted, I'm sorry, as I don't want it to increase my spam score. Thank you.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com

Powered by Blogger.