Sarapan Lontong Kuah Lodeh di Serambi Uda, Bandar Baru Uda

Sarapan Lontong Kuah Lodeh di Serambi Uda, Bandar Baru Uda | Ni kisah dua minggu lepas kot. Haha. Lama betul kisahnya, baru nak up dalam blog. Ye lerr, bizi nak menghabiskan artikel kerja di Sandakan. Itu pun ada satu entri lagi masih belum siap draftkan. Ingatkan nak publish hari ni, tapi nampaknya tak sempat juga sebab tak sanggup nak berjaga malam mengedit gambar.

Jadi, kita berbalik sekejap kepada kehidupan seharian. Ni menu breakfast dengan Sis Lin kat Serambi Uda, Bandar Baru Uda, JB. Masa Sis Lin sebut Serambi Uda, memang tak tahu menahu la restoran apa. Rupa-rupanya ni restoran kegemaran satu masa dulu, tapi dulu diorang buat kat rumah. Patut la sekali tu pernah pergi kat tapak asal dia, tapi dah tak jumpa. Diorang dah berpindah ke deret kedai depan rumah tu jugak.


Hari tu saya order Lontong Kuah Lodeh, Sis Lin order Mee Wantan Kering. Padahal sebelum sampai, dah plan nak order Laksa Johor. Jadi lain pulak bila dah duduk kat meja restoran. Haha! Memang ada banyak menu sedap-sedap kat sini. Kalau dulu-dulu suka order Laksa Penang dia, walaupun kuahnya pedas la jugak pada tekak seketul Sunah. Hihi.

Nampak biasa kan, tapi besar okayyy portion dia!

Sedap jugak mee wantan kering kat sini..macam mee kolok pun ade!

Menariknya, ada goreng pisang, cempedak, keledek, keropok lekor dari pagi sampai petang. Jadi, kalau teringin nak makan goreng-goreng pagi-pagi, boleh la datang makan kat sini. Kitorang siap beli bawak bekal gi KL hari tu. Haha.

Ok, lepas ni da tahu nak makan mana kalau jalan area BBU!

Restoran Serambi Uda
18 & 20, Jalan Padi 2, Bandar Baru Uda, Johor Bahru, Johor
Buka setiap hari 7 pagi - 6 petang
019-738 8755
Sarapan Lontong Kuah Lodeh di Serambi Uda, Bandar Baru Uda Sarapan Lontong Kuah Lodeh di Serambi Uda, Bandar Baru Uda Reviewed by Sunah Sakura on September 24, 2019 Rating: 5

16 comments:

  1. sedapnya, akak suka mkn lontong yg diletak sekali serunding kelapa... mmg mantaps

    ReplyDelete
    Replies
    1. owhhh tak pernah makan macam tu...biasanya yang simple2 gini aje...

      Delete
  2. Kalau kat Uda, nak makan lontong, akk lagi suka pergi Rest Fatimah depan SK Kompleks Uda sebab kat situ lagi complete lontongnya siap sambal kacang & serunding. Laksa Johor kat Restoran Fatimah

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo....yang complete camtu tak pernah makan...boleh try nanti...hihihi

      Delete
  3. Sedap lontong kuah.. sambal telur tu yang buat tambah selera
    Hihi

    ReplyDelete
  4. Macam tqu2 mama tgh craving longing ni alahaii sedapnya

    ReplyDelete
  5. dulu x pandai nak makan lontong ni sebab kte org pantai timur.jarang jumpa..hehe
    bila dah kerja kat luar, mmg selalu jumpa..belajar la makan. sedap rupanya..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn...kita pun tau makan sejak duduk johor..hihihi

      Delete
  6. Sedapnya lontong! Balik johor je baru merasa makan lontong.huhu

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comments with link will be deleted, I'm sorry, as I don't want it to increase my spam score. Thank you.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com

Powered by Blogger.