Ticker

6/recent/ticker-posts

70 Penggiat Industri Pelancongan Sekitar Johor Berkumpul dalam Program Tourism Malaysia Travel Mart @ JB

70 Penggiat Industri Pelancongan Sekitar Johor Berkumpul dalam Program Tourism Malaysia Travel Mart @ JB | Sebanyak 70 penggiat industri pelancongan sekitar Johor telah berkumpul dalam program Tourism Malaysia Travel Mart @ JB yang berlangsung pada 24 September 2019 lalu di Hotel Holiday Villa, Johor Bahru.


Program tersebut yang turut diadakan bersempena dengan Pelancaran Visit Malaysia 2020 Peringkat Negeri Johor telah dirasmikan oleh YB Cik Liow Cai Tung, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor.

Kredit gambar: Tourism Johor

Travel Mart @ JB merupakan program pelancongan domestik yang dianjurkan khas untuk mendapat kerjasama beberapa pengusaha industri pelancongan seperti Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya Malaysia, MATTA, pengusaha hotel dan produk pelancongan bagi menetapkan penawaran harga ketika Off-Peak Season agar kadar permintaan akan lebih rancak sepanjang kempen tersebut.


Konsep yang digunakan adalah berbentuk taklimat dan mini travel mart antara penggiat industri pelancongan dari dalam (seller) dan luar (buyer) negeri Johor untuk saling bertukar pendapat dalam menyumbang ke arah pertumbuhan positif industri pelancongan tempatan.


Menurut Timbalan Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Y.Brs En. Zulkifly Md. Said, pelancong memilih Malaysia sebagai destinasi pelancongan atas sebab-sebab tersendiri. Para penggiat industri pelancongan disarankan supaya sentiasa menjaga keselamatan para pelancong yang datang ke Malaysia, menjaga kebersihan persekitaran dan meningkatkan tahap perkhidmatan professional.


Sempena Tahun Melawat Johor 2020, pihak Tourism Johor akan mengetengahkan "unique selling point" bagi setiap daerah. Menurut YB Cik Liow Cai Tung, 20 acara khas bagi 20 buah destinasi pelancongan merangkumi 10 daerah dalam negeri Johor bakal diadakan pada tahun hadapan, sebagai langkah serius kerajaan negeri untuk kempen Visit Johor 2020.


Disamping mahu memfokuskan pasaran utama pelancong domestik, peningkatan pelancong antarabangsa turut dititik-beratkan dengan mensasarkan 18.4 juta pelawat masuk melalui 13 pintu utama ke negeri Johor.


Kerjasama dengan pelbagai pihak dalam industri pelancongan adalah sangat penting untuk menjayakan kempen Visit Malaysia 2020. Y.Brs Encik Zulkifly Md Said juga menyeru agar mana-mana agensi pelancongan yang belum mencebur masuk ke era digital supaya menggunakan media digital untuk mengiklankan produk masing-masing kerana hampir semua perkara kini boleh dicapai hanya di hujung jari.


Johor merupakan negeri kedua dalam Malaysia yang mempunyai kemasukan pelancong tertinggi selepas Pahang pada tahun ini.

Artikel ini telah diwujudkan hasil dari program
Tourism Malaysia Travel Mart @ JB di Hotel Holiday Villa, Johor Bahru
Media FAM Trip 2019 
yang telah berlangsung pada 23 - 24 September 2019 
anjuran Tourism Malaysia

Post a Comment

12 Comments

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com