S'kan Styles Hotel, Penginapan Terbaik di Tengah Bandar Sandakan

S'kan Styles Hotel, Penginapan Terbaik di Tengah Bandar Sandakan | Baru tahu, dulunya S'kan Styles Hotel ni adalah ibis Styles Sandakan Waterfront Hotel. Patut la botol syampu dia tulis ibis Styles Hotel. Waktu bila bertukar kepada S'kan Styles Hotel, saya pun tak pasti. S'kan tu kalau uols nak tahu, singkatan kepada Sandakan. Jadi, nama penuh hotel ni adalah Sandakan Styles Hotel. Saya duduk kat sini pada hari ketiga dan keempat di Sandakan, Sabah.


Hotel ni agak strategik lokasinya sebab dekat tengah-tengah bandar Sandakan. Betul-betul depan hotel adalah Harbour Mall, kompleks membeli-belah tumpuan orang Sandakan. Sebelah kafe hotel pulak adalah Laut Sulu. Beruntung sangat kalau dapat bilik view Laut Sulu macam sayaaaa! ๐Ÿ˜


Saya dapat bilik Standard Ocean View. Dalam bilik ada dua katil bujang, ada TV, mini pantri, en-suite bathroom, pendingin hawa, iron dan juga iron board! Yeehaaa! Alhamdulillah, ada pun iron dalam bilik kat Sabah. Hahahahah!




Breakfast setiap hari start pukul 6.30 sampai 10.30 pagi. Kafe hotel terletak kat sebelah bangunan utama hotel. Kena keluar ke lobi dan keluar pintu utama hotel untuk ke bangunan sebelahnya. Makanan yang dihidangkan sedap-sedap walaupun tak banyak sangat pilihan. Saya suka karipapnya, sedap dan rangup! Kalau uols tak duduk sini pun, uols boleh breakfast kat kafe dia jugak.


Hanya perlu bayar RM15 je untuk join breakfast buffet bagi dewasa, manakala RM8 bagi kanak-kanak berusia 6 hingga 12 tahun. Untuk budak-budak berumur 5 tahun ke bawah, boleh sarapan pagi percuma aje kat kafe hotel ni.







Dari hotel ni, uols boleh ke Sandakan Central Market dengan berjalan kaki aje. Hanya beza dua blok aje dari hotel. Pagi Ahad pulak ada pasar tani kat lorong-lorong little Hong Kong antara Hotel Sandakan dan S'kan Styles Hotel. Menapak sikit ke sebelah Hotel Sandakan, sampai Masjid Jamik Sandakan pulak, salah satu Sandakan Heritage Trail yang popular, masjid tertua di bandar Sandakan.





Menariknya, depan hotel ni jugak ada signage I ๐Ÿ’— Sandakan tu. Memang jadi tumpuan pengunjung untuk OOTD. Kalau nak makan pulak, banyak sangat kedai makan sekeliling hotel. 7 Eleven pun dekat aje. Sangat convenient lah sekeliling dia!


Lagi seronok, dari S'kan Styles Hotel ni nak ke Sepilok, jarak perjalanannya kurang setengah jam aje naik kereta atau bas. Nanti kita share ape yang best sangat kat Sepilok sana tau!

Bye!

S'kan Styles Hotel
HS 12 Sandakan Harbour Square, Sandakan, Sabah

Tel:
+6089 240 888

Email:
resvn@sandakanstyleshotel.com
exec@sandakanstyleshotel.com

S'kan Styles Hotel room rate:

Artikel ini telah diwujudkan hasil dari program
Media FAM Trip to TAWAU-LAHAD DATU & SANDAKAN
Sabah
yang telah berlangsung pada 11 - 15 September 2019 
anjuran Tourism Malaysia
dengan kerjasama Sabah Tourism Board dan Sandakan Tourism Association
S'kan Styles Hotel, Penginapan Terbaik di Tengah Bandar Sandakan S'kan Styles Hotel, Penginapan Terbaik di Tengah Bandar Sandakan Reviewed by Sunah Sakura on September 21, 2019 Rating: 5

20 comments:

  1. bestnye dapat bilik hotel mengadap laut.. agak-agak kapal besar lalu boleh nampak tak???

    ReplyDelete
  2. memang aim nak stay sini kalau datang ke Sandakan

    ReplyDelete
    Replies
    1. harus kak...kalau datang lagi nanti pun nak stay sini jugak...hihihi

      Delete
  3. Wah buffet nya pun harga yang sangat berpatutan :)

    ReplyDelete
  4. View cantik, dan strategik lokasinya.

    ReplyDelete
  5. Hotel strategik, cafe hotel pun nmpk best, simple selesa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, alhamdulillah...nanti kalo datang sandakan, duduk la sini yaaa

      Delete
  6. Bestnya.. mama X Penh sampai sndakan lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita doakan satu hari nanti mamapp ada rezeki ke sandakan..ameen

      Delete
  7. Untunglah awak tidur seorang hehehehe...
    Jom Sandakan jommm...

    ReplyDelete
  8. Best giler dapat bilik ocean view tu. bangun tidur tengok laut memang terapi sangat. menu breakfast pun sedap sedap nampak

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com

Powered by Blogger.