Hari Berbaring Sedunia

Hari Berbaring Sedunia | Ada harinya saya rasa macam tak nak buat apa-apa yang serius. Just baring aje for the whole day without doing anything. Hanya bangun untuk makan dan solat. Tak nak jumpa sesiapa. Tak nak bukak socmed. Mungkin hanya layan netflix aje.

Bernhard Lang / Getty Images

Macam hari ni.

Langsung tak bukak laptop dari pagi. Taip entri ni pun guna phone aje. Malas betul rasa. Ditambah pulak dengan cirit-birit yang melanda sejak malam tadi. Dah kenapa, berjangkit dengan Sis Lin ke. Haha. Padahal dia jauh nun kat Pasir Gudang.

Malam tadi batuk teruk lagi. Terpaksa telan ubat batuk yang menyebabkan mengantuk. Pukul 9 lebih saya dah hanyut. Around 10 lebih, saya dikejutkan 'alarm' bahawa saya perlu ke tandas time tu jugak. Aduhai, terpaksa bangun dalam kepala yang pening akibat ubat batuk.

30 minit kat toilet, tu dia..lama betul. Entah apa yang dimakan, penat kepala berfikir, pedih jugak nak membuangnya. Sobsss. Cirit-birit teruk. Bayangkan lerr nak baring semula pun tahan aje kepedihannya. Ni tak lain tak bukan, tentu ada termakan makanan yang terlampau pedas.

Teringat ayam bersalut blackpepper yang housemate bawak balik, kemudian saya panaskan dalam air fryer, jadi ayam goreng blackpepper pulak. Saya makan pagi dalam pukul 11 gitu. Memang sah benda tu. Sebagai orang Sarawak, blackpepper tak sepedas mana kalau dibandingkan dengan cili padi. Jadi tak sedar pun masa makan tu, tak rasa pulak pedas sangat. Tapi tak sangka rupanya perut tak boleh tahan.

Tengahari pun masih cirit-birit lagi lepas sarapan kul 10 lebih. Hmmm padan muka.  Lain kali belek dulu makanan tu sebelum bagi masuk mulut.

Berbaring je la hari ni. Esok saya balas komen dan blogwalking tau.
Hari Berbaring Sedunia Hari Berbaring Sedunia Reviewed by Sunah Sakura on October 22, 2019 Rating: 5

22 comments:

  1. Pelik ek, jejauh pun boleh jangkit, dah macam kembar pulak kan hehehe
    Cepat sembuh Sunn..nanti Sis belanja Coffe ais hahahahah

    ReplyDelete
  2. Eh samalah ena kalah sos black pepper. Mmg cirit. Haha. Semoga cepat sembuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. aiyokk..hahahha..selama ni ok je kalo makan...tapi kalo terlampau pedas, tak kisah la sos black pepper ke, asam pedas ke, tomyam goong ke, sambal nasi lemak ke....hahahha memang cirit jawabnya

      Delete
  3. selamat hari baring sedunia...semoga hari seperti itu digazetkan sebagai cuti umum tak rasmi suatu hari nanti..

    black pepper memang tidak pedas atau berangat sangat...mungkin sudah kena campur cabek gerunong

    saya pun tidak tahan pedas..kalau termakan memang flushing all the day..

    bagus juga bersihkan apa yang ada dalam perut

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhaha jangan lerrr jadi cuti umum...cukup lah cuti public holiday aje...

      Delete
  4. moga cepat sembuh perut tu ye dik... yelah memang kadang ada yang tak tahan tak boleh makan blackpaper tuh... kadang rempah2 yang di campur dengan blackpaper tu buat perut tak tahan. akak kalau kari mamak memang tak tahan... memang laju je perut buat hal

    ReplyDelete
    Replies
    1. erkk ye ke kak...mungkin jugak ek sebab rempah yang dicampur dengan bp tu..

      Delete
  5. semoga cepat sembuh dan kembali bersemangat. fighting! ;)

    ReplyDelete
  6. Akak pun sllu juga buat hari baring sedunia ni..hihi
    Moga cepat sembuh ya sis...bykkan minum air kosong.. takut hidrate

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la..alhamdulillah da kembali sihat...terima kasih sis

      Delete
  7. hahahahhaha..lama betul memberak sampai 30 minit.ahaahahahhaa

    ReplyDelete
  8. masih tak okay ye. Semoga kembali sihat kak.

    ReplyDelete
  9. memang ada hari hari tertentu malas yang amat kite rasa kan..
    sedap nak golek2 tidur dan berehat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeeeee...masalahnya kalo sampai beberapa hari tu...hahahah

      Delete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comments with link will be deleted, I'm sorry, as I don't want it to increase my spam score. Thank you.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com

Powered by Blogger.