Instagram Encik Suami Kena Hacked

Instagram Encik Suami Kena Hacked | Aduhai, ni ape yang berlaku dua hari lepas. Encik suami ada kat Johor pada hari Khamis dan Jumaat, ada program BOP kat pejabat RHB Asset Management, Jalan Kebun Teh. Jadi memang dua hari tu spent time dengan dia je lah.


Pagi Jumaat, dia tiba-tiba buka cerita, ada orang cuba nak login akaun IG dia. Dia dapat notification kat email. Tapi dia tak ambil apa-apa tindakan pun lepas tu. Takde tukar password ke apa. Tak sangka pulak akhirnya pada login attempt yang kedua hari Jumaat tu pukul 11.46 pagi, orang yang hacked tu dah berjaya login dan fushhh~

Masa ni nak report pun dah tak boleh

Gone already.

Ya, instagram encik suami yang sebelum ni ada 16.5k followers tu da hilang terus dari muka bumi. Huhuhu. Orang tu hacked kemudian delete akaun dia atau tukar kepada nama lain, tak pasti lah. Yang penting, username dia selama ni dah takde dah. Hurmmm. Habis semua kerja dia dalam tu, dengan job yang banyak masih pending lagi, bayangkan lah nak hadap klien macam mana.

Akaun lama yang semua gambar dah hilang

Dia dah ambil guna nama lain agaknya?

Terpaksa buat akaun IG baru

Dengan terpaksa, encik suami buka akaun IG yang baru. Takde rezeki nampaknya nak recover akaun lama tu. Dah usaha macam-macam dah, memang tak dapat balik. Uols ambil iktibar dan langkah berjaga-jaga tau. Make sure uols on Two-Factor Authentication kat Security setting IG tu, supaya setiap kali ada login, pihak IG akan bagi code kat phone or email uols dulu untuk uols key in, baru boleh login.



Memang la renyah, tapi kalau sayang semua memori dalam tu, better buat daripada takde.

Saya dah warning ni!
Instagram Encik Suami Kena Hacked Instagram Encik Suami Kena Hacked Reviewed by Sunah Sakura on October 20, 2019 Rating: 5

15 comments:

  1. kesian sungguh Ady, kenapalah dia tak alert masa terima notis tu.. apa nak buat, dah tak ada rzeki agaknya

    penjenayah betul yg buat keje tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la pasal...bila belek entri ni, baru perasan bilangan posts tu berbeza lah...dia da upload new posts la kan maksudnya...mungkin dia da block saya dan kawan2 terdekat

      Delete
  2. download sekali authentication apps tu ..

    ReplyDelete
  3. dia tak buat 2 factor ke sunah,, sebelum ni mudah nak kena hack tu, masa ada orang tolong ingatkan, kwani terus buat huu, kalo jadi mcm ni .. susah la.. dah lah follower banyak tu.. tak apelah mula balik. insyaAllah Allah ganti dengan yg lebih baik

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak kak wani..dia tak amek tau pasal 2 factor tu dulu...

      Delete
  4. Allahhh.. Hmm takde rezeki. Semoah everything will be okay. Byk jugak followers tu. patut la org hacked. Ish dorang ni nak kerja senang je hm

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la pasal..nak followers banyak je tu...hacked akaun orang lain

      Delete
  5. Fiza pun pernah kena hacked dulu. Alhamdulillah dapat cuma kena tukar nama baru. dah on siap² two factor tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahu...pernah kena jugak ye...alhamdulillah sempat tukar...

      Delete
  6. Ermmmm masin gak kan cerita kita sembang pagi tu, baru cakap, siap suruh tukar pasword lagi tapi...kun fa ya kun, benda nak jadi, maka terjadilah ...

    ReplyDelete
  7. Alahai sayangnya.. apa motif org Tu jahatnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. da tengok da baru2 ni, dia memang da blocked saya dan kawan2 rapat...saya guna akaun IG lain check, dia tengah delete gambar2 kat IG tu...dari 4k tinggal 2k aje..sah memang nak followers tu aje...

      Delete
  8. tak sangka ada oramg sanggup berbuat begiitu..

    sekiranya ada hajat ...maka doakan terus kerana musibah kecil ini adakah peluang untuk dapat doa tanpa hijab

    apa-apapun bersabar sahaja kerana setiap kejadian ada hkmah yang tersendiri untuk kita

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comments with link will be deleted, I'm sorry, as I don't want it to increase my spam score. Thank you.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com

Powered by Blogger.