Aduh Penatnya Nak Reply Komen

Aduh Penatnya Nak Reply Komen | Siapa kat sini rajin reply komen pembaca yang datang kat blog masing-masing? Kejap lagi mesti Sis Lin datang jawab, SAYAAAAAAAAAA!!! Hahaha!

Uols nak tahu tak, sebenarnya dengan membalas komen-komen kat blog uols tu, ia membantu menaikkan pageviews blog jugak tau! Lagi-lagi yang guna embedded comments. Sebab page akan refresh setiap kali uols tekan Publish comment.

Tapi ia tak dikira sebagai unique pageview ya! Cuma akan menambahkan total pageviews sahaja.

Saya cuba juga untuk reply setiap komen yang ditinggalkan kat blog ni. Kadang-kadang tu berapa hari jugak tak terbalas komen-komennya sebab sibuk dengan komitmen lain. Banyak hari kebelakangan ni saya hanya update entri terbaru, then blogwalking satu dua blog aje. Tak sempat sehhh nak reply komen kat blog sendiri.

Tu yang bila ada je hari kosong tanpa ada apa-apa aktiviti atau job review, saya duduk luangkan masa depan laptop untuk baca betul-betul setiap komen yang ditinggalkan dan balas time tu jugak. Macam hari ni lah! Ni tengah reply-reply komen la ni, tiba-tiba dapat idea nak keluarkan entri sebab rasa penatnyaaaaaaaaaaa bila nkoo timbunkan komen-komen tu sampai beberapa hari tak balas. Haa, padan muka ko nak menelaah satu-satu! Hahaha!

Banyak lagi kelebihan bila kita reply komen ni sebenarnya. Selain dari dapat mengeratkan silaturrahim dengan pembaca yang datang baca balik komen yang dia tinggalkan, kita jugak boleh menyangkut dekat mana-mana seo keywords kalau ada yang cari kat google benda yang kita komen tu.

Jadi, bila tinggalkan komen kat entri blog orang lain, saya usahakan jugak supaya komen saya tu ada nilainya, gituuu kununnya. Haha!


Eh, ok lah. Nak sambung reply komen lepas tu gi blogwalking blog uols pulak! Sementara internet tengah laju ni!
Aduh Penatnya Nak Reply Komen Aduh Penatnya Nak Reply Komen Reviewed by Sunah Sakura on October 19, 2019 Rating: 5

20 comments:

  1. Saya pula reply komen kerana merasakan itu cara saya berinteraksi dengan reader blog saya, lgpun seronok reply komen , tapi reply time internet tengah laju ler ...

    ReplyDelete
  2. i mencuba sedaya upaya membalas. then BW gak. then kalau boleh tinggal comment. seronok kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeee...rasa dekat dengan pembaca dan penulis blog yang kita tinggalkan komen

      Delete
  3. Replies
    1. ya wak, perasan jugak wak kadang2 reply komen...hihi terima kasihhhh

      Delete
  4. Jarang balas komen kecuali komen berbentuk pertanyaan, itupun klu pertanyaannya logik, hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahahha seketul sunah selalu tinggalkan komen yang tak logik kannn... 🤣🤣🤣

      Delete
  5. saya sudah praktis balas komen sejak mula menjadi blogger lagi sehingga sekarang.

    bahkan saya sudi sangat buat kunjungan balik ke blog mereka.

    sejujurnya saya rasa tidak letih membalas komen kerana saya hargai komen mereka.

    yang letih menulis blog kerana saya menulis berdasarkan rujukan, kajian dan pelbagai lagi faktot yang lainya.

    sekarang juga saya berlatih untuk menulis komen yang agak panjang dari kebiasaan supaya bounce rate blog yang saya kunjungi rendah

    ReplyDelete
    Replies
    1. wowww! saya suka point terakhir tu! baru perasan benda tu, betul jugak ek...kalo kita stay lama kat satu2 blog tu, ia akan menurunkan bounce rate! syabas dan terima kasih!

      Delete
  6. Tak terbalas..walaupun komen tak beratus macam blog u, sisturrr!
    Tapi, seorang Nona akan usahakan sampai berjaya balas semua komen..muahaha~
    Terima kasih kerana sering mengomen blog sy jugak..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah mana ade sampai beratus! over ko non! :p

      Delete
  7. Alhamdulillah sekarang ada masa dan rajin nak membalas komen. seronok berbalas komen macam tu

    ReplyDelete
  8. Tak pernah plak rasa reply komen sebab nak naikkan PV, cuma reply sebagai tanda jawaban pada si pengomen heheheh..
    Tapi yerr, Sis ko laa yang memang rajin reply komen hahahahahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha sebab saya perasan pv tu naik bila hari tu saya reply komen kat entri2

      Delete
  9. ammi akan cuba balas..tp kalau berkesempatan. Kadang-kadang bila boss takde kat ofis and dah xde apa nak buat gigihlah ammi balas 1-1

    ReplyDelete
  10. Ok nanti mama rajinkan diri reply Komen ye.. kesibukn sampai jawab dlm ATI je.. xsmpat nak taip hihi

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comments with link will be deleted, I'm sorry, as I don't want it to increase my spam score. Thank you.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com

Powered by Blogger.