Uniknya Rasa Klasik Itali di Tosca, DoubleTree by Hilton, Johor Bahru!

Uniknya Rasa Klasik Itali di Tosca, DoubleTree by Hilton, Johor Bahru! | Saya antara penggemar makanan Itali tegar. Tapi makanan Itali yang saya pernah makan kebanyakannya adalah menu fusion yang dah diubahsuai sedikit mengikut citarasa orang Malaysia. Kalau makanan Itali yang betul-betul rasa Itali, agaknya boleh kira dengan jari berapa kali aje pernah cuba.

Baru-baru ni saya cuba pulak makanan Itali kat Tosca, DoubleTree by Hilton, Johor Bahru. Dengar kata, makanan Itali kat sini betul-betul rasa Itali punya. Tu yang tergerak hati nak mencuba. Kebetulan pulak masa tu Tosca baru aje release menu-menu terbaru Itali kat restoran tu. Menariknya, masa pergi sana tu, Cheese Room dia pun baru aje dibuka kepada pengunjung.


Apa tu Cheese Room? Bilik Keju? Hahaha. Ye, memang bilik keju uikkk. Masuk aje dalam bilik tu, hidung uols akan penuh dengan bau keju dari serata dunia! Eh, cop! Bukan serata dunia lah! Dari serata Eropah aje ๐Ÿ˜

Antara keju yang dihidangkan kepada pengunjung adalah dari United Kingdom (Blue Stilton, Applewood Smoked Cheddar); Italy (Gorgonzola, Provolone, Soresina Dolce, Taleggio, Grana Padano); Switzerland (Emmenthal); Spain (Queso Iberico, Manchego Dop); Netherlands (Edam, Beemster); Ireland (Wicklow Cheddar); and France (Bleu Bresse, Roquefort Crouzat, Camembert, Brie, Cantal Jeune, Rondin Goat Cheese, Petit Pave D’auge, Raboliot Mi Affine, Langres Aop, Comte Aop, Le Napoleon Commingeois Brebis), dan banyak lagi yang lain.



Bagi peminat keju, mesti suka sebab uols boleh makan semua keju ni pada harga RM38.00 nett seorang. Kalau saya, mungkin tak berapa reti sangat lah nak makan begitu saje. Tengok orang putih makan, rilek je diorang. Saya pun cuit sikit aje yang dak Uyul amek. Sungguh laa tak reti.

Untuk menu-menu terbaru kat Tosca ni, segala ramuan yang digunakan untuk mencipta rasa yang enak adalah dari bahan-bahan yang mudah diperolehi dan berkualiti, contohnya seperti minyak zaitun gred terbaik, tomato segar dan herba; antara ramuan asas bagi masakan Itali klasik. Sos pula dimasak dalam tempoh yang lama supaya hasilnya nanti dengan aroma yang terbaik, manakala pizza dibakar dalam oven dari sumber kayu api, supaya hasilnya nanti pizza yang rangup dengan kerak yang berongga, sama macam zaman dulu-dulu. Antara menu signature Tosca yang sempat saya rasa hari tu adalah dari kategori pembuka seleranya, Insalata Caprese, Insalata di Gamberi dan juga Antipasti Misti.


Insalata Caprese adalah menu vegetarian sepenuhnya ya, kandungan dalam dia Buffalo Mozzarella, Vine Tomato dengan Pesto Emulsion aje.


Insalata di Gamberi pulak ada Tiger Prawn, Cherry Tomato, Kalamata Olives, Capers, Shaved Shallot dengan Lemon dressing.


Antipasti Misti adalah pembuka selera paling sedap antara ketiga-tiga ni, ada Italian Artisan Board, Turkey Chorizo, Air Dried Beef, Turkey Pepperoni, Shaved Pecorino, Buffalo Mozzarella & Sun Dried Tomato Brucshetta, Goat Cheese, Marinated Olives, Red Onions dan Mostarda. Tiga jenis daging atas tu sedapppp sangat rasanya.


Dari kategori pasta, saya cuba Vongole dan Scoglio. Vongole guna Angel Hair Pasta, dimasak bersama Clams, Garlic dan juga Cherry Tomato. Lebih kurang macam aglio olio aje rasanya. Tapi saya tambah lagi olive oil sikit sebab rasa macam 'kurang licin' bila makan. Haha.


Scoglio pulak adalah Chef's recommendation, tau! Pasta ni guna Squid Ink Pasta, dimasak bersama udang harimau, scallop, kupang, lala dan sotong dalam sos tomato pedas. Tapi jangan risau, tak pedas pun ya. Boleh tahan sedap jugak. Kalau uols suka makanan laut, haa ni lahh pilihan terbaik. Masa tengok menu, ingatkan sos dia yang hitam, rupanya pastanya yang guna squid ink.


Pizza pun saya cuba. Alang-alang nak rasa Itali betul-betul kan, apa lagi!  Saya try lah Calzone Bomba dan Quattro Formaggi. Calzone Bomba kalau tengok sebelum potong, rupanya macam karipap gergasi, takde langsung rupa ahli bomba ya! Haha! Sebenarnya, Calzone Bomba adalah pizza yang intinya berisi Turkey Ham, Zucchini, Artichoke, sos tomato dan pesto selasih, kemudian dilipat dan dikelim sebelum dibakar. Sedap juga pizza macam ni. Rare pun ye jugak. Sebelum ni pernah makan pizza gulung aje kat Ejohng Concept, tapi Ejohng dah tutup ๐Ÿ˜…


Siapa suka cheese kena cuba Quattro Formaggi, sebab ada 4 jenis keju sebagai topping pizza ni. Simple gila sebenarnya bahan topping dia, hanya sosej Itali dan kacang pain, topped dengan Gorgonzola, Pecorino, Taleggio, dan Mozzarella. Bagi saya, sedappp selagi tak tergigit Gorgonzola cheese yang bau dia mungkin agak kurang menyenangkan untuk sesetengah orang. Boleh terbantut jugak selera, hahaha! But nasib baik lah saya terambil potongan pizza yang Gorgonzola cheesenya ciputt aje ujung-ujung. So, sedap jugak lah pizza tu! ๐Ÿ˜‹

But hey, semakin teruk bau cheese Gorgonzola, sepatutnya semakin sedap lahhh! Cuma lidah Melayu kita ni je yang tak boleh terima kannnn.


Walau dah begitu kekenyangan dengan segala menu pasta dan pizza tadi, masih jugak nak try main course kat Tosca ni. Saya cuba Wagyu Beef Burger dan Brasato di Manzo. Wagyu Beef Burger dia guna Brioche Bun Caramelized Onion, Fontina Cheese, dan Tomato Pesto dilengkapkan dengan steak fries. Sedappp wagyu patty dia uikkk! Rugi tak habiskan tau, paksa dak Uyul habiskan sikit, saya habiskan selebihnya.


Brasato di Manzo, gah gitu namanya kan? Haaa...ni lah diaaa menu terbaikkkk Itali! Balsamic Glazed Beef Cheeks dialas dengan Caramelized Butter Mash, dihidangkan bersama sauteed baby vegetables. Wowww, lembut gilerrr tau daging dia! Masa saya potong tu, Allahu kagum sangat sebab dia boleh lerai dengan sangat mudah! Dan rasa dia pun fuhhhh! Daging tu diorang stew dalam pot secara perlahan sampai lah dia jadi lembut gitu ๐Ÿ˜ญ


Mungkin juga sebab daging kat Tosca ni, diorang letak dalam meat aging machine dryer selama 21 hari sebelum digunakan, jadi rasa daging tu lebih menyerlah. Haa...kalau uols nak rasa bahagian daging yang lain, diorang ada jugak pilihan Angus cuts macam striploin, ribeye, shortlin dan op ribs, tinggal tunjuk aje yeee kat menu. Haha.


Bila dah makan banyak sangat benda berkrim dan berlemak, haruslah dicuci mulut dengan sesuatu yang manis kan? Kahhhh! Saya cuba Affogato dan Gianduja kat sini. Affogato dia ok lah, sedap jugak. Diorang guna Vanilla Gelato yang dituang Espresso. Gianduja pulak adalah sejenis Praline Cream Parfait dihidangkan bersama Caramelized Hazelnut dan Gelato. Waiter datang tiba-tiba tuang coklat cair. Wallahhhh, sedap!

Menu-menu kat sini, sebahagiannya ada alkohol tau! Jadi gitau awal-awal pada waiter nak pilih menu yang tak ada alkohol. Spesifically, saya suggest uols cari waiter nama Amirool, nanti dia tolong bagitahu menu mana yang tak ada alkohol.

Ermmm, ok lah, uols boleh tanya lebih lanjut atau buat reservation dengan call +607 268 6868 atau email JohorBahru.FB@hilton.com.
Uniknya Rasa Klasik Itali di Tosca, DoubleTree by Hilton, Johor Bahru! Uniknya Rasa Klasik Itali di Tosca, DoubleTree by Hilton, Johor Bahru! Reviewed by Sunah Sakura on October 07, 2019 Rating: 5

4 comments:

  1. Walaupun bukan peminat cheese tapi bila dapat rasa satu jenis sos cheese tu, kemain sedap gileee!!!...puashati rasa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan sis! meleleh airmata terasa kesedapannya tu

      Delete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com

Powered by Blogger.