Bolehkah Muslim Mengucapkan Merry Christmas?

Bolehkah Muslim Mengucapkan Merry Christmas? | Dah menghampiri hujung tahun macam ni, pasti akan keluar isu-isu panas tentang ucapan Merry Christmas kepada masyarakat Kristian. Akan ada polemik-polemik yang wujud dari banyak pihak, sama ada haram atau harus untuk meraikan rakan-rakan (juga ahli keluarga) yang menyambutnya.


Saya terpanggil untuk mencari garis panduan yang lebih detail dengan dasar yang lebih kuat untuk isu ni sebab sebagai media yang kerapkali dijemput untuk makan-makan termasuklah review makanan sempena perayaan, saya tak boleh ambil ringan tentang isu ni kerana saya seorang Muslim. Perkara-perkara yang melibatkan akidah dan pegangan agama, tak sepatutnya dipandang remeh.

Akhirnya, saya jumpa maklumat paling kuat dan paling terkini dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Artikelnya agak panjang dan mungkin bagi sesetengah orang, sangat berat untuk difahami. Jadi saya hanya masukkan kesimpulan bagi seluruh pendapat yang ada kat bawah ya!


Garis Panduan Umum

Apa yang uols perlu fahami:

  • Diharuskan untuk mengucapkan Merry Christmas apabila wujud keperluan untuk mengucapkannya bagi menyuburkan semangat muhibbah dan memperbaiki ketegangan sosial yang berlaku dalam masyarakat. Apatah lagi dalam konteks pemimpin bagi masyarakat majmuk, kaum keluarga yang memiliki anggota Islam dan bukan Islam, kejiranan dan rakan sekerja. Sekiranya tidak ada keperluan seperti yang disebutkan, kami cenderung kepada makruhnya ucapan tersebut kerana ia boleh menimbulkan fitnah atau perpecahan dalam kalangan umat Islam.
  • Penyertaan orang Islam dalam majlis sambutan Krismas hanyalah pada kadar yang diperlukan sahaja seperti jamuan makan atau bergambar. Adapun memakai pakaian tertentu yang lazim dipakai semasa sambutan Krismas, kami melihat tidak ada keperluannya dan tidak boleh dilakukan.
  • Ucapan tersebut hanya sebagai tanda menjaga hubungan baik, tiada paksaan dalam agama dan tidak bertujuan mengagungkan dan memuliakan agama lain.
  • Dibolehkan untuk menerima atau memberi hadiah kerana Rasulullah SAW sendiri pernah menerima hadiah daripada Raja al-Muqawqis yang tidak beragama Islam. Saidina Umar juga pernah menghadiahkan baju kepada saudaranya yang bukan Muslim. Ia ada terdapat dalam hadis yang panjang dalam riwayat al-Bukhari dan Muslim. Imam al-Nawawi ketika mensyarahkan hadis ini menyatakan: “Dibolehkan seorang Muslim menghadiahkan orang Musyrik pakaian dan selainnya.” Lihat Syarh al-Nawawi ‘ala Muslim, 14/38. Diharamkan untuk memberi hadiah berupa arak dan perkara yang tidak diizinkan syarak. Kami telah mengulas hukum menghadiahkan arak kepada non Muslim di sini. Namun tidak boleh diniatkan pemberian itu sempena perayaan mereka, untuk mengeluarkan diri daripada larangan memberi hadiah kepada orang kafir semasa perayaan mereka. Niatkanlah secara umum untuk memberikan hadiah. Sesungguhnya amalan itu berdasarkan niat.
  • Dibolehkan untuk hadir ke majlis orang bukan Islam sekiranya ianya diadakan di luar rumah ibadat seperti di dewan orang ramai, padang, pejabat atau rumah, untuk tujuan yang berkait dengan adat seperti jamuan makan yang dihidangkan makanan yang halal. Sekiranya majlis tersebut diadakan dalam rumah ibadat pada hari perayaan, maka makruh bagi orang Islam untuk menghadirkan diri


Diriwayatkan bahawa Umar RA berkata:

لا تدخلوا على المشركين في كنائسهم يوم عيدهم فإن السخطة تنزل عليهم

Maksudnya: Janganlah kalian menemui orang-orang musyrik di gereja-gereja (tempat ibadah) mereka pada hari raya mereka, kerana kemurkaan (Allah) turun kepada mereka. [HR al-Baihaqi, al-Sunan (9/234) & Abd al-Razzaq, al-Musannaf (1609)]

Tegahan ini menurut Ibn Muflih bersifat makruh dan bukannya haram. (Rujuk al-Adab al-Syar’iyyah, 3/432)

Kesimpulannya, hukum mengucapkan Merry Christmas, dan ucapan-ucapan lain yang bermaksud tahniah dan selamat, adalah harus dengan meraikan garis panduan yang telah dinyatakan kat atas ni. Ini juga selari dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-78 yang bersidang pada 12 Jun 2007’: “Memberi ucapan tahniah dan selamat atau mengirimkan ucapan melalui kad atau alat-alat telekomunikasi seperti e-mel atau sistem pesanan ringkas (SMS) dan sebagainya kepada orang bukan Muslim sempena dengan perayaan agama mereka adalah harus, dengan syarat ucapan itu tidak mengiktiraf, memuji atau memuliakan agama bukan Muslim serta tidak menggunakan sebarang simbol atau lambang keagamaan mereka dalam kiriman ucapan tersebut.

Dasar ni terpakai juga untuk perayaan-perayaan agama yang lainnya seperti Hari Deepavali, Hari Thaipusam, Hari Wesak dan lain-lain. Moga dengan pencerahan ni menjadikan kita sentiasa berada dalam landasan yang betul mengikut neraca syariah. 

Semoga Allah redha.
Bolehkah Muslim Mengucapkan Merry Christmas? Bolehkah Muslim Mengucapkan Merry Christmas? Reviewed by Sunah Sakura on November 07, 2019 Rating: 5

5 comments:

  1. Alhamdulillah.Terima kasih perkongsian.

    ReplyDelete
  2. saya pernah menghadiri rumah terbuka krismas atas pelawaan kawan rapat..

    pergi juga kerana menghormati kawan dan bukan kerana anutan kawan tersebut.

    jika tiada jemputan saya akan diam-diam sahaja dan begitu juga dengan ucapan krimas untuk mereka...jika perlu ucapkan apa yang patut sahaja

    ReplyDelete
  3. Jelas dan faham. Begitu juga dengan perayaan agama yang lain.

    ReplyDelete
  4. Ammi pun dulu ada isu ni gak sbb family sebelah ayah ammi masih Hindu. Ada yang kata haram..tak boleh. Ammi pergi atas dasar courtesy bersaudara. They are still my Aunty, Uncle, cousins, granny

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comments with link will be deleted, I'm sorry, as I don't want it to increase my spam score. Thank you.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com

Powered by Blogger.