Tuna Mayo Sandwich for Breakfast

Tuna Mayo Sandwich for Breakfast | Hari ni merajinkan diri buat sandwich. Bahan-bahan dah lama ada, beli sikit demi sedikit. Dapat Tuna Flakes in Water dari Ayam Brand, dalam kepala memang fikir nak buat sandwich aje.

Pergi AEON Taman U dalam minggu lepas sebab nak tukar kad AEON yang baru tu sementara masih free lagi (tapi still tak tahu macam mana nak dapat free 2 hours parking guna kad tu, siapa tahu tolong komen kat bawah, haha). Alang-alang dah kat AEON, maka beli lah segala mak nenek nak buat sandwich. Beli mayonis je pun time tu sebab baru sedar stok mayonis kat rumah da habis. Haha!

Then semalam lerr baru sempat beli lagi salad dan roti wholemeal. Stok tomato ceri housemate ade lagi, dia suruh pakai sebab dah nak benyek. Jadi pagi ni lerr buat sandwich untuk sarapannya. Resepi takde ye. Alaaa saya gaulkan aje tuna tu dengan mayonis dan hirisan tomato ceri. Kemain bergaduh dengan kucing sebab semua jadi gila hidu bau tuna. Hahahah!


Lepas tu sapu kat roti dan letak daun salad, letak lagi sekeping roti. Potong empat, siapppp! Nyum nyum. Alhamdulillah!
Tuna Mayo Sandwich for Breakfast Tuna Mayo Sandwich for Breakfast Reviewed by Sunah Sakura on November 08, 2019 Rating: 5

3 comments:

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comments with link will be deleted, I'm sorry, as I don't want it to increase my spam score. Thank you.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com

Powered by Blogger.