Makan Tengahari Sedap di Grumpy Goat & Friends Cafe, Bandar Seri Alam

Makan Tengahari Sedap di Grumpy Goat & Friends Cafe, Bandar Seri Alam | Kalau baca nama restorannya, rasa macam makanan kat sini mesti menu western. Tapi betul ke? Apa kata kita cuba masuk dan tengok dulu apa yang ada?


Grumpy Goat & Friends, Bandar Seri Alam ni letaknya bersebelahan dengan Moonlight Cakehouse, tingkat atas Sugarbun Bandar Seri Alam. Naik tangga sebelah Sugarbun tu, terpesona tengok banyaknya pokok dalam pasu bergantungan dari siling tingkat atas.



Masuk pula ke dalam restoran, wahh! Cantik! Dekorasi moden dengan mengetengahkan elemen kayu, ruang dalam restoran nampak elegan dan menenangkan. Beberapa jenis meja makan disusun mengikut kesesuaian, ada meja untuk 2 orang, 4-5 orang, untuk 10 orang, juga meja panjang untuk jumlah pengunjung yang lebih ramai.




Difahamkan, boleh buat small event dalam 50 orang juga kat sini. Nak sambut birthday, farewell party, memang sesuai sangat. Hanya perlu hubungi pihak berkenaan untuk dapatkan maklumat mengenai pakej yang disediakan.

Saya berkesempatan untuk cuba makanan kat sini seminggu yang lepas. Belek buku menu, eh, bukan western saja lah! Menu-menunya nampak lebih fusion dengan sentuhan Asia terutama citarasa Melayu. Bila tanya pada managernya, rupa-rupanya tukang masak dia ada dalam 2-3 orang Melayu juga. Oh, salah seorang manager dia pun Melayu ya!

Jadi jangan risau, insya'Allah makanan kat sini dijamin Halal, No Pork, No Lard, No Alcohol.

Jom tengok apa yang saya cuba!


Grumpy Goat Soup tu memang recommended sangat-sangat! Rich dan gamey, dua benda penting untuk menu melibatkan kambing, dan kedua-duanya ada pada sup tu! Daging kambingnya pun lembut bila gigit, dipotong kecik-kecik aje, bila suap ke mulut, tudiaaa rasa macam tengah sambut Raya Haji! Haha!


Rare bila wrap disapu dengan Peanut Butter! Tapi tu lah yang berlaku kat sini, Chicken Satay Wrap dia adalah kiub satay ayam, daun salad, hirisan bawang, tomato dan timun yang ditimbunkan atas burrito wrap yang disapu dengan mentega kacang. Disertakan sekali sarung tangan plastik untuk pelanggan menggulung sendiri wrap tersebut! Aduh, tak ambil pula gambarnya, tapi uols boleh tengok dalam IG story kat SINI macam mana saya balut. Hihi. Komen saya, sedap!


So Called Tom Yum Spaghetti tu pun weiii so Melayu! Ye, seketul Sunah memang biasa aje goreng spaghetti tomyam kat rumah, tapi yang kat Grumpy Goat & Friends ni saya akui memang terbaik! Rasa spaghettinya pedas-pedas gitu, sape suka pedas memang sesuai lerr untuk uols! Dimasak dengan udang harimau, hirisan sotong, lala, cendawan, bunga kobis, dan heiii ada biji delima! 😱


Spiced Chicken Thigh ni sejenis chicken chop dengan sos berkrim daripada vegetable stew, terdiri daripada potongan kentang, cendawan dan sayur campur. Yang ni pun sedapp, ayamnya lembut bila dipotong, dan bahagian thigh ni biasalah, sesuai dijadikan sebagai chicken chop sebab sifatnya yang juicy walau cara apa pun uols masak dia.


Tak sah kalau tak ada pencuci mulut kan? Nah, Rihanna nkoo nama dia! Waffle perisa coklat yang dihidangkan dengan aiskrim vanilla, hirisan buah strawberi dan pisang, sedikit kekacang dan juga dihias dengan sirap coklat. Sedappppp, wafflenya rangup dan tak muak, paling penting tak ada bau telur yang terlampau kuat!


Air pulak, saya pilih Rose Latte, ada sedikit kepingan kelopak bunga ros pada permukaan airnya, not bad lah, kan Grumpy Goat & Friends ni tagline dia "Specialty Coffee House". Kena la cuba kopi kan! Walaupun hakikatnya memang peminat kopi, pergi mana-mana mesti nak rasa kopi. Haha!



Eh eh tak sangka ek, panjang jugak entri ni. Haha! Syabas kepada Sunah, berjaya update blog! Ok lah, uols kalau nak datang lepak kat sini, jemput lerr!


Grumpy Goat & Friends Cafe
6C, C1-02, Jalan Suria, Bandar Seri Alam, 81750 Masai, Johor
(sebelah Moonlight Cakehouse, atas Sugarbun)

Waktu perniagaan:
Setiap hari
10 am -10 pm

Reservations @ Inquiries:
017-891 1366
contact.grumpygoat@gmail.com

Facebook:

Instagram:
Makan Tengahari Sedap di Grumpy Goat & Friends Cafe, Bandar Seri Alam Makan Tengahari Sedap di Grumpy Goat & Friends Cafe, Bandar Seri Alam Reviewed by Sunah Sakura on November 22, 2019 Rating: 5

6 comments:

  1. Tiba rasa lapar macam nak pergi lunch sini laaa kejap lagi hahahaha...

    ReplyDelete
  2. kalau tengok blog sunah ni memang tak boleh tengok time lapar... bahaya

    ReplyDelete
  3. cantiknya cafe dia. besar dan sangat selesa. Dekorasi pun lawa sedap mata memandang. Menu pun sedap. syok makan kat cafe macam ni

    ReplyDelete
  4. Mcm nak try je..ari tu masa celebrate bufday husbnd nak pergi kat sini tapi xjadi sbb dh booking restoran kat sebelah nya pula..hehe

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comments with link will be deleted, I'm sorry, as I don't want it to increase my spam score. Thank you.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com

Powered by Blogger.