Ticker

6/recent/ticker-posts

Makan Malam di Aroma Ikan Bakar Jeram

Makan Malam di Aroma Ikan Bakar Jeram | Sehabis sahaja program kami di Homestay Sungai Sireh, bas membawa kami ke Jeram pula. Plannya nak makan malam di restoran Aroma Ikan Bakar, Jeram.

Tak banyak dapat cerita pasal restoran ni, sebab sampai sini semuanya dah terhidang. Kami tinggal duduk dalam group satu hidangan, 6 orang, dan start makan. Tapi macam biasalah...sebelum kami makan, kamera yang makan dulu ya.


Alhamdulillah, licin lauk-pauk kami malam tu kecuali sup tu je tak habis. Sebab dah sejuk kan, rasa tak berapa best bila hirup, tambahan pulak dah ada serangga dalam tu sebab kami sampai lewat kat restoran ni. Haha. Tak berani nak menceduk banyak-banyak.


Tapi, overall boleh tahan sedap juga. Menu yang simple. Sambal udang tu saya yang habiskan tau, tanpa ada reaksi alahan. Maksudnya memang fresh ya! Dan ikan tu tak sure la ikan ape, cicah dengan sambal kicap dia tu memang wowww, sedap sangat! Sambal kicap tu la hero utama dalam cerita ni. Haha.




Kerabu mangga tu pun not bad, cuma agak pedas sedikit. Sotong goreng tepung pun laku kat meja kitorang. Nasib baik lerr semua memang dah kepenatan dan makanan tu cukup-cukup, jadi takde kes meninjau ke meja sebelah. Hahahaha.


Cuma satu je lerr yang kureng sikit. Tempat duduk kitorang tu betul-betul sebelah kandang lembu. Jadi sesekali aroma unik menerpa hidung masa tengah makan. Hahaha. Jadi, kalo uols nak datang makan kat sini, make sure pilih tempat duduk yang jauh dari kandang lembu tu tau. 😂



Restoran Aroma Ikan Bakar
Lot 7191, Jalan Jati, 45800 Jeram, Selangor
Isnin - Jumaat buka 3 petang - 12 tengah malam
Sabtu - Ahad buka 1 tengahari - 12 tengah malam
017-316 3117

Artikel ini telah diwujudkan hasil dari program
Lawatan Media Sempena Malam Penghargaan Media & Industri Tourism Malaysia 
bertempat di Selangor, yang telah berlangsung pada 13 - 15 Disember 2019 
anjuran Tourism Malaysia

Post a Comment

8 Comments

  1. kenapalah ada kandang lembu kat situ
    Bikin ganggu selera orang nak makan

    ReplyDelete
  2. Kekekeke kalau dah lapar licin aje kannn hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeeeee...hahahhahaha dahsyat rasa makam malam tu sebab habis....hahahah

      Delete
  3. Aduhhh, potong selera pulak kalau terbau tu kan. Sebab lapar dan penat ni terus licin hidangan :)

    ReplyDelete
  4. Hadoi-hadoi.. sedapnya menu-menu tu..

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com