Pengalaman Menonton JUMANJI: The Next Level di Infinity Hall TGV Toppen Johor Bahru

Pengalaman Menonton JUMANJI: The Next Level di Infinity Hall TGV Toppen Johor Bahru | Orang JB mesti dah sedia tahu kan, pembukaan TGV Cinemas terbaru di Toppen Shopping Centre, Tebrau, Johor, pertengahan bulan November 2019 yang lepas. Dengan teknologi panggung terbaik setakat ni bagi TGV Cinemas seluruh Malaysia, saya tak lepaskan peluang untuk menonton filem terbaru, JUMANJI: The Next Level, kat sini malam tadi.



Saya menonton filem ni dengan beberapa orang rakan JDT Blogger yang lain. Waktu tayangan kami adalah pukul 8.45 malam di Infinity Hall, the best hall kat TGV Toppen JB ni. Sebab apa? Hall ni adalah hall terbesar di sini (lebih 200 seats) dengan TGV's Premium Large format screen yang dikuasakan oleh Christie's RGB 4K laser projector, dilengkapkan pulak dengan teknologi audio Dolby Atmos yang semakin trending kat semua panggung sekarang ni.


Kat TGV Toppen Johor Bahru ni ada dua Infinity Hall. Hall ni letaknya betul-betul sebelah INDULGE Lounge. Tempat duduknya pulak terbahagi kepada 3 jenis:


Siesta - Tempat duduk paling depan skrin, lebih menyerupai sofa-bed, so uols boleh baring terus sepanjang movie dari awal sampai habis - RM15/Dewasa/Kanak-kanak/seat


TGV Premium Glide - Terletak di lower deck, antara Siesta dan TGV INDULGE, kerusinya ada punat untuk uols naikkan atau turunkan bahagian kaki, ikut keselesaan masing-masing - RM22/Dewasa/seat dan RM15/Kanak-kanak/seat


TGV INDULGE - Terletak di upper deck, kerusi twin untuk uols tengok movie dengan partner, boleh naik-turunkan juga bahagian kaki macam TGV Premium Glide, tapi kelebihannya kat seat ni uols diberikan selimut, dan boleh order menu untuk isi perut sambil tengok wayang - RM70/Twin seat


Malam tadi saya menonton di seat TGV INDULGE, nyata memang selesa sangat. Mula-mula saya nak bawak sweater, tapi malas pulak pegang banyak benda, jadi saya tinggalkan dalam kereta aje. Alhamdulillah, nasib baik la ada selimut sebab sejuk jugak dalam panggung malam tadi. Bila pakai selimut tebal dia tu, baru la rasa hangat sikit.


Kalau uols beli tiket dalam Infinity Hall ni dan pilih seat TGV INDULGE, uols boleh akses ke INDULGE Lounge untuk lepak-lepak makan atau minum. Menu dia ada banyak pilihan jugak, harga makanan dan minuman pulak range dia dari RM8 hingga RM35. Kalau tak sempat nak makan dan movie dah nak start, uols boleh order dari dalam hall aje. Sebelah seat uols ade gadget khas untuk order makanan dan buat pembayaran on the spot! Mudah kan?

Untuk seat TGV INDULGE ni, uols kena beli twin seats sebab memang twin je ade yeeee. Harga tiket dia RM70 untuk dua orang. Nak duduk sorang? Bolehhhh, tapi harga tetap sama, cuma sebelah uols tu kosong lah ๐Ÿ˜‚

Perasaan saya masa menonton JUMANJI: The Next Level kat Infinity Hall ni: BEST! Sebab skrin besar lagi jelas dan sound system terbaik. Masa scene kat restoran atau tempat awam, boleh dengar suara macam kat pasar tu belah belakang kita. Memula ingatkan ada orang bercakap kat belakang, rupanya salah satu speaker Dolby Atmos tu kat situ. Haha~

Review filem JUMANJI: The Next Level pulak, macam biasa lah, kalau ada The Rock, takde maknanya tak kelakar kan? Memang banyak part lawak nak meninggal dalam cerita ni. Rasanya lagi banyak ketawa dari filem pertama dulu. Tapi sebab dah tengok filem pertama, mungkin ada banyak part yang kita boleh duga apa akan berlaku seterusnya. Saspen tu kurang sikit lah berbanding yang first dulu, dan ada juga part yang cuba nak main dengan emosi, tapi tak sampai mengalirkan air mata lah. Hihi. Saya bagi 7/10 bintang.

Uols try lah tengok sendiri dan komen kat bawah, best tak?
Pengalaman Menonton JUMANJI: The Next Level di Infinity Hall TGV Toppen Johor Bahru Pengalaman Menonton JUMANJI: The Next Level di Infinity Hall TGV Toppen Johor Bahru Reviewed by Sunah Sakura on December 05, 2019 Rating: 5

8 comments:

  1. bestnya tempat tengok wayang tu, mau tanpa sedar boleh tertidur sebab selesa sangat heheheh

    ReplyDelete
  2. wah bestnya cinema tu. memang rasa heaven sungguh la ^_^

    ReplyDelete
  3. Best giler..selesa sangat tu. silap2 layan tidur..

    ReplyDelete
  4. waa.. dah tgk ye.. mama nak tgk gak

    ReplyDelete
  5. bestnya dah tengok Jumanji. syoknya tengok wayang macam bersantai dirumah je kan :)

    ReplyDelete
  6. KANNN KAN KANN BESTT GILERRRRRRR NENGOK WAYANG BARING BARING BERSELIMUT.HAHAHHAHAA..

    ReplyDelete
  7. Perghh...syoknya. Mama Yan tengok kat TGV bkt indah je dgn suami dan anak 2 orang. Pun dah sedap sangat

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comments with link will be deleted, I'm sorry, as I don't want it to increase my spam score. Thank you.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com

Powered by Blogger.