Teringat Shibaura Institute of Technology Bila Tengok Doctor X

Teringat Shibaura Institute of Technology Bila Tengok Doctor X | Ye, sekarang baru follow drama bersiri 5 seasons ni kat Netflix. Adik bongsu la yang rekemen. Malam tadi masa tengah habiskan drama Korea He is a Psychometric, dia whatsapp tanya pasal movie ape yang best kat Netflix sekarang.

Adeii, tak reti nak rekemen sebab tak layan sangat movie kat Netflix tu melainkan ada yang betul-betul best sinopsis dan percentage dia tinggi. Banyak layan drama je dengan anime sekarang ni terutama yang melibatkan masak-masak. Hahaha!

Tapi masa tengah borak-borak tu la dia gitau dah habis tengok Doctor X ni sampai 5 seasons. Perghh! Best sangat ke? Saya memang nampak thumbnail drama Jepun ni kat Netflix tu, baca sinopsis, then terus add to My List untuk tengok nanti-nanti. Tak sangka pulak adik saya da habiskan. Hahaha! 

So pagi ni saja bukak masa tengah sarapan. Sambil-sambil. Tapi masa sampai satu scene yang tunjuk hospital latar tempat utama dalam drama ni, terkejut saya dibuatnya. Eikkkk? Macam kenal aje bangunan tu!



Screenshot dari https://dramacool.movie, Netflix tak bagi screenshot. Haha!

Cuma tukar nama kat papan tanda tu aje. Tu bangunan Shibaura Institute of Technology, Toyosu Campus. Saya pergi ke sana awal Mac tahun 2015 untuk program research collaboration antara IEEE Photonics Society Malaysian Chapter dengan kampus-kampus kat Jepun sekitar Tokyo. 


Masa ni belum pandai sangat ambil gambar, jadi bangunan senget nak tumbang ๐Ÿ˜†

Setiap kali nampak je bangunan tu dalam drama, terus terimbau kembali semua kenangan kat sana. Tapi tak sure lah kalau diorang buat shooting dalam SIT sekali guna lab-lab dia atau hanya rupa bangunan luarnya saje. Tak buat research pulak. Haha!

Doktor X ni mengisahkan tentang seorang doktor pakar bedah wanita yang memiliki kemahiran pembedahan luar biasa, analoginya dia seorang aje dah mewakili 3 orang pakar bedah. Saya baru masuk episod kedua ni. Awal-awal ni saya rasa agak annoying jugak la sikap Doktor X a.k.a Dr. Daimon ni sebab dia macam berlagak dan angkuh sikit.

Dari segi kebolehan dan kemahiran memang lah dia the top kan, tapi tu lerr sombong sikit. Dia doktor sambilan aje, dan ada managernya sendiri yang tentukan syarat-syarat kontrak dia sebagai pemegang lesen perubatan. Dia jenis suka sorang-sorang je, tak suka duduk dalam group, tak suka buat benda-benda yang tak berkaitan dengan lesen perubatan dia.

Tak dapat nak cakap lebih-lebih sebab baru episod 2, kalau uols nak tengok, boleh cari dalam Netflix ya!
Teringat Shibaura Institute of Technology Bila Tengok Doctor X Teringat Shibaura Institute of Technology Bila Tengok Doctor X Reviewed by Sunah Sakura on December 04, 2019 Rating: 5

2 comments:

  1. alamak, tak tengok pulak cerita doktor X ni.

    ReplyDelete
  2. Rasa macam tengok dramanya masa main di TV, lama dah...nanti nak tengok balik, kalau samalah...

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comments with link will be deleted, I'm sorry, as I don't want it to increase my spam score. Thank you.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com

Powered by Blogger.