You Are Now A Tourism Malaysia Travel Media Buddy!

You Are Now A Tourism Malaysia Travel Media Buddy! | Yes, you are! Congratulations!


Haha. Tahniah kepada diri sendiri dan juga rakan-rakan media yang banyak membantu pihak Tourism Malaysia dalam mempromosikan destinasi dan produk pelancongan negara sepanjang tahun 2019 ni bagi persediaan untuk Visit Malaysia 2020.


Masa FAMTrip ke Selangor pertengahan bulan hari tu, kami rakan-rakan media dari wilayah selatan, khususnya Johor dan Melaka, berpeluang untuk hadir ke Malam Penghargaan Media & Industri Tourism Malaysia 2019 di Glasshouse, Seputeh, Kuala Lumpur.

Kat sana lah kami bertemu dengan para penggiat media dan industri pelancongan dari seluruh Malaysia. Meriah sangat sambutan malam tu, siap ada persembahan silap mata dari Magician Andrew Lee. Dan heyyy, emcee dia cuba teka siapa?

Takpe, tak payah susah-susah teka.


Siapa lagi kalau bukan pelakon kacak, Fahrin Ahmad. Hew hew hew. Very humble person, dan murah dengan senyuman, juga sangat sopan santun orangnya. Nasib baik da jadi bapak orang, dan seketul Sunah pun belum ada anak perempuan untuk dijadikan sebagai menantu. Haha!


Paling best, dapat jumpa balik rakan-rakan media yang pergi FAMTrip ke Sabah, jumpa wajah-wajah lain yang dikenali, juga rakan-rakan blogger yang selama ni hanya berkomunikasi di alam maya, akhirnya bertemu di alam realiti.


Pada malam tu juga telah dilancarkan Tourism Malaysia Travel Media Buddy, dengan hashtag rasmi #mytravelmediabuddy. Lepas ni, kalau uols nak upload gambar kat Instagram ke Facebook ke Twitter ke, boleh la masukkan hashtag tu sekali. Baru meriahhhh Visit Malaysia 2020!


Majlis malam tu dirasmikan oleh Director General of Tourism Malaysia, Datuk Musa Yusof, bersama YB Tuan Muhammad Bakhtiar Wan Chik, Deputy Minister of Tourism, Arts and Culture.

Datuk Musa Yusof: “It seems fitting to end this successful year in this way as an acknowledgement of the strong support given by our media and industry partners for all the events we have organised throughout the year.”

YB Tuan Muhammad Bakhtiar: “Now that news can travel all over the globe thanks to social media platforms and the power of the Internet, media players shoulder a heavier responsibility in reporting, and need to be more sensitive to the repercussions of their words on the global stage.”

He added: “I look forward to even closer working ties with everyone next year during the Visit Malaysia 2020 to welcome 30 million tourists and RM100 billion receipts. We should be proud to showcase to visitors from all over the world, Malaysia’s peace-loving, multi-cultural society, comprising of more than 200 ethnic communities who have lived in harmonious unity all these years.”


Sambutan Malaysia Open House Christmas, New Year dan pelancaran Visit Malaysia 2020 akan diadakan serentak di Dataran Merdeka pada 31 Disember 2019. Pegawai-pegawai kanan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya akan bersama-sama dengan Tourism Malaysia untuk menyambut kedatangan para pelancong terawal ke Malaysia melalui jalan masuk udara, darat dan laut  pada 1 Januari 2020.

Jom kita! 

Artikel ini telah diwujudkan hasil dari program
Lawatan Media Sempena Malam Penghargaan Media & Industri Tourism Malaysia 
bertempat di Selangor, yang telah berlangsung pada 13 - 15 Disember 2019 
anjuran Tourism Malaysia

15 comments:

  1. Replies
    1. kan kan kannn....tapi masih duduk dalam kotak lagi...kena ada rumah sendiri dulu baru bole letak dalam almari...hahahahahah

      Delete
  2. yeayy! by the way cekelat tuhh sedap giloss kan..heheheee..kbye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. awak, coklat tu saya kasi kat encik suami as hadiah anniversary....wakakakkakaka

      Delete
  3. tahniah dan ini merupakan kejayaan buat rakan-rakan blogger yang lain juga..

    dapat hidu bau-bau bacang kejayaan tersebut dah kira alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul! tuan hanafi juga a tourism malaysia travel media buddy!

      Delete
  4. Tahniah kak dan Tahniah untuk semua.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah.. Tahniah buat awak..

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com