Ticker

6/recent/ticker-posts

Adakah Influenza Berbahaya Kepada Ibu Mengandung?

Adakah Influenza Berbahaya Kepada Ibu Mengandung? | Sana sini kecoh mengenai penularan wabak influenza, khususnya dalam kalangan bayi dan juga kanak-kanak. Bagaimana ibu mengandung, adakah mereka merupakan antara golongan yang turut berdepan risiko bahaya influenza?

Kredit: theAsianparent Malaysia

Apa itu influenza?

Sebelum kita mengupas sama ada individu wanita hamil berdepan dengan risiko bahawa influenza atau tidak, apa kata kita memahami terlebih dahulu, secara ringkas mengenai influenza, boleh?

Influenza atau flu merupakan satu jangkitan penyakit yang disebabkan oleh virus influenza A, influenza B dan influenza C. virus-virus ini akan menjejaskan sistem badan melalui tekak dan juga paru-paru.

Flu boleh menjadi satu masalah kesihatan yang berbahaya jika tidak diberikan rawatan segera. Ini kerana flu berisiko mengakibatkan komplikasi kepada kesihatan seperti menyebabkan wujudnya masalah bronkitis, pneumonia, meningitis, kegagalan fungsi ginjal dan kegagalan fungsi hati yang boleh mengancam nyawa.

Disebabkan itu, anda amatlah dinasihatkan untuk mendapatkan pemeriksaan doktor sekiranya mengalami simptom jangkitan influenza, seperti:
  • Demam panas
  • Kesakitan sendi dan otot
  • Rasa keletihan yang kronik
  • Sesak nafas
  • Selesema atau hidung tersumbat
  • Sakit kepala


Memetik satu laporan akhbar tempatan, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menyatakan bahawa virus influenza sebenarnya berlaku sepanjang tahun di kawasan tropika seperti Malaysia. 

Wabak ini menjadi sangat aktif terutamanya pada musim sejuk, iaitu antara bulan November hingga Mac pada bahagian Hemisfera Utara, manakala pada Hemisfera Barat adalah pada bulan April hingga September. Virus ini juga dipercayai mudah tersebar pada kawasan yang beriklim sederhana. 

Dilaporkan kebanyakan kes kematian berkaitan influenza sering berlaku kepada golongan individu dewasa yang berusia 65 tahun dan ke atas. Di samping itu, 99 peratus kes kematian yang berlaku dalam kalangan kanak-kanak di bawah usia lima tahun juga dipercayai melibatkan influenza.

Jadi wabak jangkitan penyakit ini, sememangnya berbahaya kepada golongan yang lebih berusia dan juga kanak-kanak. Tetapi adakah ibu mengandung juga terkena tempias risiko bahaya influenza?

Bahaya influenza kepada ibu mengandung

Dalam tempoh kehamilan, seseorang individu wanita itu akan mengalami perubahan pada sistem imunisasi badan, paru-paru dan juga jantung. Keadaan ini sekali gus menyebabkan mereka terdedah kepada penyakit yang serius kesan daripada flu.

Mengalami flu atau selesema ketika hamil dianggap sebagai satu situasi yang berbahaya. Ini kerana ia cenderung menyebabkan wujudnya komplikasi kesihatan bukan sahaja kepada ibu mengandung malahan juga bayi yang sedang membesar di dalam kandungan. Lebih memburukkan keadaan jika individu wanita hamil itu juga menghidap penyakit asma atau diabetes. Masalah kesihatan itu akan membuatkan jangkitan flu yang dialami akan menjadi sangat berbahaya.

Berikut adalah beberapa komplikasi yang berisiko untuk berlaku jika mengalami selesema ketika hamil, antaranya:
  • Pneumonia, iaitu keradangan paru-paru yang merupakan komplikasi jangkitan flu paling kerap berlaku
  • Meningitis, merupakan virus yang merebak ke bahagian otak. Keadaan ini berisiko menyebabkan keradangan berlaku di otak
  • Bronkitis, adalah penyakit jangkitan paru-paru
  • Kelahiran pramatang dan keguguran, keadaan ini boleh berlaku jika mengalami demam panas yang tinggi melebihi 38.5 ℃ semasa hamil dan tidak mendapatkan rawatan sewajarnya


Bahaya influenza ini sebenarnya.Jadi, amatlah dinasihat kepada ibu mengandung, jika anda mengalami sebarang simptom jangkitan flu, pastikan anda melakukan pemeriksaan dengan doktor pada kadar yang segera bagi mengelakkan sebarang komplikasi yang tidak diingini.

Langkah pencegahan

Bagaimana pula dengan langkah pencegahan yang boleh diambil? Mendapatkan suntikan flu merupakan satu perlindungan yang paling terbaik bagi mencegah jangkitan selesema semasa tempoh kehamilan. 

Menurut pengesahan daripada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), suntikan ini tidak memberikan sebarang kesan buruk kepada ibu mengandung yang mengambilnya. Malahan, jika anda mendapatkan suntikan flu ini, sudah tentu ia akan dapat membantu mengurangkan risiko komplikasi berkaitan influenza daripada berlaku. 

Tetapi perkara yang sering menjadi kebimbangan dalam kalangan ibu-ibu hamil, adalah mengenai tahap kesesuaian pengambilan vaksin untuk diambil ketika sedang hamil dan bilakah tempoh yang sesuai?

Bagi menjawab kebimbangan yang mungkin bersarang di dalam fikiran anda, berikut adalah perkongsian daripada laman Facebook milik seorang Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita & Kehamilan di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Doktor Muhammad Izzat Abdul Razak mengenai suntikan vaksin influenza kepada ibu mengandung.

Vaksin influenza berbahaya kepada bayi
Bahaya influenza atau bahaya vaksin? Sudah tentulah yang lebih berbahaya adalah influenza. Jika anda pernah mendengar bahawa vaksin influenza berbahaya kepada bayi dalam kandungan, percayalah bahawa ia adakah MITOS semata-mata. 

Vaksin influenza mempunyai rekod tahap keselamatan yang bagus dan tidak akan mendatangkan risiko bahaya sama ada kepada ibu mahupun bayi. Sebaliknya vaksin ini akan bertindak untuk melindungi kedua-duanya.

Sudah terlambat untuk suntikan vaksin
Sebenarnya tidak ada tempoh masa tertentu untuk mendapatkan suntikan vaksin ketika sedang mengandung. Menurut perkongsian Dr Izzat, terdapat kajian yang menunjukkan bahawa vaksin ini selamat untuk diambil pada bila-bila masa sepanjang peringkat kehamilan. 

Jadi ini bermakna, anda boleh mengambilnya sama ada pada peringkat awal kehamilan iaitu semasa trimester pertama atau pada peringkat akhir kehamilan di trimester ketiga. Pilihan adalah di tangan anda. 

Cuma selesema
Betul, apa yang anda alami hanyalah selesema tetapi influenza bukanlah jangkitan selesema sebarangan. Jangkitan ini amat mudah berjangkit melalui titisan air yang tersebar daripada hidung mahupun mulut. 

Jika terdapat individu dengan influenza batuk atau bersin, ia secara automatik boleh menyebabkan virus tersebar ke udara. Keadaan ini secara tidak langsung akan mengakibatkan individu yang berada di sekitarnya akan turut terdedah kepada jangkitan virus. 

Jangkitan ini boleh merebak dengan cepat dan akan menyebabkan masalah pernafasan yang teruk terutama individu yang berada dalam kumpulan berisiko tinggi seperti kanak-kanak dan wanita yang sedang hamil. 

Walaupun amat jarang untuk berlaku, tetapi wujud risiko untuk menyebabkan keguguran, kematian bayi dalam kandungan, kelahiran bayi pramatang dan bayi lahir dengan saiz yang kecil sekiranya ibu hamil dijangkiti virus ini. 

Suntikan setiap tahun
Mungkin ada diantara anda sudah mendapatkan suntikan ini pada tahun lalu. Tetapi anda masih perlu untuk mendapatkan suntikan influenza pada setiap tahun. Ini kerana virus yang menyebabkan influenza akan berubah setiap tahun. Jadi keperluan untuk mengambil vaksin ini pada setiap tahun adalah amat digalakkan. Bukankah mencegah itu adalah sesuatu yang lebih baik daripada merawat?

Konklusinya

Tidak kira anda adalah ibu mengandung atau tidak, bahaya influenza bukanlah boleh pandang remeh. Ia boleh mengakibatkan komplikasi kesihatan yang lebih serius. Jadi, sekiranya anda mungkin mengalami sebarang simptom jangkitan influenza seperti yang dinyatakan dalam artikel ini, pastikan anda mendapatkan pemeriksaan doktor dengan cepat.


Baca lebih banyak info kesihatan di Hello Doktor

Post a Comment

3 Comments

  1. berbahaya betul virus ini kan.... sekarang dah banyak tempat boleh ambil suntikan vaksin utk influenza ni kan, harga pun tak la mahal mana

    ReplyDelete
  2. Kalau dah namanya virus, tak kiralah apa juga keadaan, selagi namanya manusia, pasti ada dan akan ada jangkitannyaa...berhati-hati laaa selalu kita...

    ReplyDelete
  3. jauhla kita dari penyakit2 ni.. take care selalu.
    yang mengandung lagi kena jaga diri and baby..

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com