Ayu Fashion di Tumpat, Kelantan, Memiliki Lebih 5000 Blok Batik Cop

Ayu Fashion di Tumpat, Kelantan, Memiliki Lebih 5000 Blok Batik Cop | Kalau sebelum ni saya pernah ke bengkel batik lukis kat Bachok, baru-baru ni saya berpeluang untuk ke bengkel khas batik blok pulak kat Tumpat, Kelantan.


Ayu Fashion adalah bengkel batik yang fokus sepenuhnya kepada batik blok atau juga dipanggil sebagai batik cop. Menurut Abe Di, kat sini ada lebih 5000 rekaan batik blok, kesemuanya dah pernah dicop pada kain mengikut tempahan pelanggan.

Pemiliknya, Pak Cik Ibrahim, isterinya yang membahasakan dirinya sebagai Mak Zainun, dan anak perempuan mereka, Afzam, menyambut kedatangan saya dan rakan-rakan media awal bulan yang lalu, 1 Januari 2020. Kebetulan pula, hari tu diorang cuti dan tutup kedai. Ya, kat sini ada bengkel dan kedai kain batik sekali kat depan rumah diorang.


Kitorang sampai aje, terus dibawak masuk ke bengkel. Boleh la tengok macam mana proses menghasilkan batik dari blok disiapkan. Kebiasaannya, pelanggan akan menempah design blok yang baru untuk kain pilihan diorang. Kalau ada pun yang guna blok lama, warna pada batik tak akan sama dengan yang sebelumnya.

Ni menjadikan kain batik blok yang dihasilkan kat sini tak akan sama dengan yang lain. Uols kalau tempah kain batik blok kat sini, memang tak akan jumpa orang lain pakai kain sama dengan uols. Kalau ada, Mak suruh bawak jumpa dia untuk nilai ketulenannya dan akan pulangkan duit kalau betul-betul sama.


Sebelum ni, kita ingatkan kain batik lukis lebih unik dan susah nak sama dengan yang lain, rupanya kain batik blok pun macam tu jugak. Bila difikirkan, betul jugak kan, sebab yang mengecop tetap la tangan manusia walaupun dia da bekerja separuh abad dalam dunia mengecop batik. Tak mungkin hasil cop nya sekata 100%.

Pak Cik Ibrahim jugak tunjukkan kain putih yang dah diwarnakan dengan warna hijau lumut, kemudian dicop, dibasuh dan dikeringkan berulangkali sehingga menjadi kain putih semula, hanya tinggal corak batik mengikut warna hijau lumut yang dah semakin gelap selepas dikeringkan banyak kali.




Kain-kain ini kemudiannya diregangkan pada tempatnya untuk proses mencanting atau mewarna batik. Kat sini la yang menjamin kain uols tak akan sama dengan kain orang lain, sebab yang mewarna adalah tangan manusia. Hihi.

No machine, no printing yauuu! Very the-back-to-basic! ๐Ÿ˜†

Lepas tengok proses buat batik blok, kitorang ke kedai depan rumah Pak Cik Ibrahim lak. Tengok kain-kain pasang dan pakaian batik siap yang ada kat situ. Macam-macam fesyen ada, tak terikat pada baju kurung atau baju kelawar semata, jenis-jenis elegan, moden macam Neelofa pun ada. Tiberr.


Harganya pulak ikut jenis kain dan design, ada yang murah tak sampai RM100, ada yang menjangkau hingga RM800 yauuu! Terketar-ketar tangan nak pegang. Kang tercarik, kene beli lak. Hahaha!

Menurut Pak Cik Ibrahim, ramai tourists yang datang ke bengkel Ayu Fashion ni, kadang ada naik sampai dua bas, kalau datang tak bagitahu, memang kelam-kabut la diorang. Tapi kalau bagitau, Mak pulak jenis mesti nak hidangkan tetamu dengan apa-apa yang ada. Kita ni tak nak susahkan diorang, better datang mengejut lah. Haha.


Bila tanya Pak Cik Ibrahim, kenapa Ayu? Ooo, tu nama anak dia. Tapi Ayu nye takde hari tu. Tak sempat nak bertemu empunya nama. Hihi. Next time boleh datang lagi lah! Kalau uols nak tempah kain batik blok, boleh la tempah kat Ayu Fashion!

Blok batik logo Visit Malaysia 2020

Ayu Fashion
Lot 1088, Kampung Talak Chabang Empat, 16210 Tumpat, Kelantan
019-9300697 (Ibrahim Deraman)
019-9890697 (Ayu Ibrahim)

Artikel ini telah diwujudkan hasil dari program
Majlis Sambutan di Pintu Masuk Utama Negara Sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 (VM2020) & Tahun Melawat Kelantan 2020 di Hentian Bas & Kereta Sewa Rantau Panjang 
yang telah berlangsung pada 31 Disember 2019 - 2 Januari 2020 
anjuran Tourism Malaysia
Ayu Fashion di Tumpat, Kelantan, Memiliki Lebih 5000 Blok Batik Cop Ayu Fashion di Tumpat, Kelantan, Memiliki Lebih 5000 Blok Batik Cop Reviewed by Sunah Sakura on January 13, 2020 Rating: 5

6 comments:

  1. Haritu cite gan Laki pasal batik ni, sekali dia tanya 'Kenapa tak beli?', aishh kalau tau gitu, ku beli then balik claim hahahahaha

    ReplyDelete
  2. cantik... Sunah beli berapa helai? akak selalu jugak kirim kawan kalau balik kelantan beli batik kt sini... tapi batik yang biasa murah-murah je lah heheheh... tak mo lah beli yg ratus2

    ReplyDelete
  3. Belum pernah lagi proses buat batik ni.. Teringin sgt

    ReplyDelete
  4. Atul suka tengok kain corak batik, memang cantik & kreatif. Tapi selalu harganya wow!!

    ReplyDelete
  5. bestnyaaa pegi kilang batik !!! i love batik. dari zaman sek join club seni dok blaja canting batik. seni yang tersendiri..

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com

Powered by Blogger.