Comelnya Hadiah Untuk Baby di Lovingly Signed!

Comelnya Hadiah Untuk Baby di Lovingly Signed! | Aduhai, memang comel sangat personalised baby gifts kat website Lovingly Signed. Tiberrr seketul Sunah terbelek-belek segala bentuk hadiah yang ada kat sana, memandangkan tak pernah lagi beli hadiah untuk dak Sarah adik Aisyah, bunda beliau-beliau terfikir lak nak order hadiah kat situ.


Lovingly Signed ni adalah website khas online shop yang bertapak di Hong Kong, untuk uols beli cenderahati buat newborns, atau baby yang dah berbulan-bulan lahir pun bolehhhh. Tapi jangan risau, walaupun bertapak di Hong Kong, uols still boleh check harga dalam MYR currency sebab ada option tu kat bahagian navigator atas website. Tak payah nak bukak currency converter, okayyy!


Ada macam-macam bentuk baby gifts yang uols boleh pilih dari Lovingly Signed ni, menariknya uols boleh personalised your gifts untuk letak nama infants pada hadiah. Kalo bagi kat baby kembar, takde la berebut or tertukar kan sebab masing-masing ada hadiah sendiri dengan nama sendiri. Dak Sarah and Aisyah pun tak payah nak berebut towel sebab nanti bunda bagi lain-lain letak dedua nama okayyy. Gituhhhh konsepnya 😆

Hadiah apa je yang uols boleh pilih kat Lovingly Signed? Meh sini nak share segala yang comel-comel ni:

Chinese New Year Set


Memandangkan ni musim CNY, diorang ada set personalised gifts khas untuk baby yang lahir around CNY. Atau in case la uols nak balik kampung bagi hadiah kat newborns dalam family, haaa boleh belek dari bahagian ni.

Clothing


Dari bahagian Clothing, uols boleh pilih sama ada nak Robes, Baby Grows, Bibs, Pyjamas, Tutus, Tops dan Bottoms. Ohhh, comelnya kalau dak Sarah or Aisyah pakai tutu 😍 Baby Grows atau kita biasa sebut Romper, pun ok gak kan?

Blankets and Towels


Dulu masa dak Aisyah kecik lagi, bunda belikan dia hoodie towel, sampai besar ni dia masih pakai lagi. Mak dia pun sangat appreciate hadiah tu sebab membantu proses mandikan Aisyah masa dia belum pandai berjalan. Haha. Selimut kat Lovingly Signed ni pun not bad, tertarik dengan yang knitted kat website tu, lawa gilerrrr!

Toys & Accessories


Kalau macam dak Aisyah tu da dua tahun lebih, bunda boleh belikan dia busy book tu kan? Boleh improves motor skill budak tu, mak dia mesti setuju punya sebab mak dia Occupational Therapist 😆 Dak Sarah kita bagi Soft Toys je lah! Kat bahagian ni jugak boleh cari perkakas untuk baby macam beg bekas makanan dia tu.

Gifts Set


Selain tu, ada jugak gifts set dari segi hamper, kad ucapan, untuk baby girls or baby boys, bah kan untuk bapak budak pun adooo. Hahaha! Ye le, lagi-lagi yang baru dapat first baby, parents sebegini sangat memerlukannya ya!

Macam yang saya sebut kat atas tadi, setiap daripada gifts yang uols beli, uols boleh personalised dengan letak nama baby yang uols nak. Contohnya macam kat bawah ni, bunda nak belikan  Personalised Essential Bath Set ni untuk dak Sarah dan Aisyah, jadi bunda boleh isikan nama beliau-beliau kat gift masing-masing.


1 set ni ada 1 robe dan 1 hooded towel, sesuai sangat dah - robe untuk Aisyah, hooded towel untuk Sarah. Hihu! Setiap personalised gifts yang uols beli pulak akan diwrap dalam kotak khas Lovingly Signed yang nampak sangat ekslusif gitu! In case ada produk yang tak datang bersama kotak, uols boleh request juga pada harga RM30+ untuk satu kotak.


Dari segi delivery pulak, kalau uols menetap di Hong Kong atau nak hadiahkan kat sesape kat Hong Kong nun, uols boleh dapat Free Delivery yaaa! But kalau nak pos dari Hong Kong ke Malaysia pun boleh, dengan caj ikut courier service masa uols da nak checkout. Delivery ke luar Hong Kong mengambil masa lebih kurang 4 hingga 8 hari bekerja. So make sure untuk order awal sebelum tarikh yang uols nak bagi hadiah tu kat orang.

Haa, apa tunggu lagi? Jom la pilih gifts!


10 comments:

  1. sekarang dah makin banyak jenama barangan baby yang comel-comel... yang ini lagi best siap boleh tulis nama lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la tu...senang, jimat masa dan tenaga gak nak membeli...

      Delete
  2. comei2 nya gift...blh tahanlama.. un suka

    ReplyDelete
  3. Silalah bagi Saya gift tu yaa...hahahaha

    ReplyDelete
  4. seriously sangat lah comey. pasni boleh la inform kat kawan2. mana tau dapat jugak depa nak bagi. haha

    ReplyDelete
  5. tengok baju2 baby comeyynya. kite xdak baby gi tapi selalu beli baju kat anak2 buah
    sebab rasa geram nak membeli. hehe..

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com