Lunch di Rumah Mat Gebu @ Sedenak

Lunch di Rumah Mat Gebu @ Sedenak | Ahad lepas, saya dan encik suami ke Sedenak. Sebelum ke Johor lagi encik suami dah bagitahu, dia nak pergi ke rumah kawan baik dia tu. Dah lama sangat rasanya saya tak ke rumah Mat Gebu. Raya tahun lepas pun tak sempat nak datang. Last ke sana, bulan November tahun 2018 kot? Dah lebih setahun!


Plan asalnya nak ke rumah Mat Gebu pada 8 Januari 2020, pada hari kelahirannya. Tapi terpaksa tangguh sebab encik suami tak jadi nak turun ke Johor. Sis Lin pun ajak juga pada hari tu, tapi rasa tak best pulak encik suami yang memula plan nak datang tu tak ada bersama. Jadi, tunggu aje lah sampai 26hb, alang-alang encik suami turun sini untuk join ke Legoland.


Ahad tu, kitorang sampai rumah Mat Gebu dalam pukul 11 pagi. Borak-borak kejap sebab dah lama sangat tak jumpa, then terus makan tengahari. Macam biasa, kalau encik suami datang, Mat Gebu akan masakkan Ayam Masak Lemak Cili Padi kegemaran beliau. Dilengkapkan pulak dengan Sambal Kering Tempe, Telur Dadar dan Sayur Campur Goreng.


Sebagai pencuci mulut, ada Kek Marble Coklat lagi! My favourite! Kek Marble Coklat ni Mat Gebu dah kurangkan timbangan gulanya, tapi still sedap dan moist rasanya. Disebabkan beberapa hari lepas adalah birthday encik suami dan Mak Yah, bonda kepada Mat Gebu, kiranya ni kek birthday diorang la kan? Aci tak? Haha!


Terima kasih Mat Gebu dan keluarga atas layanan yang tak pernah kurang. Macam-macam cerita yang dikongsi, tak pernah kurang gosipnya, walau gigi dah makin kurang, bak kata Mat Gebu. Haha! Semoga Allah murahkan rezeki PCM sekeluarga dan permudahkan segala urusan kehidupan dunia akhirat, ameen!


P/S: Nak kena pergi office RHB submit recruitment form encik suami ri ni, tapi adeiii M tu besar sangat.
Lunch di Rumah Mat Gebu @ Sedenak Lunch di Rumah Mat Gebu @ Sedenak Reviewed by Sunah Sakura on January 30, 2020 Rating: 5

15 comments:

  1. tengok kek marble tu geram je tau.. gebu betul sesuai dgn tuan yang membuatnya.. hahaha

    ReplyDelete
  2. Ya ampun bestnya, mesti sedap-sedap semua cik Mat punya masakan nih

    ReplyDelete
  3. scroll laju2...kita tgh IF...hahahaha

    ReplyDelete
  4. Wah bestnya dpt.rasa masakan air tangan che mat

    ReplyDelete
  5. Kek Marble tu memang sinonim laaa dengan Mat..geramm nengok..gebu dan sedap!

    ReplyDelete
  6. Power Mat Gebu memasak. Kalah kite yang pompuan ni

    ReplyDelete
  7. uiiish kek tu menggoda haih.. sukala pegi rumah orang pandai masak haha..

    ReplyDelete
  8. AGEN POKER IDN TERPERCYA
    Segera Daftarkan diri Anda di POKER IDN NAGA368 dan dapatkan Bonus hingga Rp100.000,- setiap harinya!
    Nikmati juga Bonus-Bonus menarik lainnya bersama kami.
    BONUS NEW MEMBER 10%
    BONUS NEXT DEPOSIT 5%
    BONUS TURNOVER 0,3% - 0,5% ( DIBAGIKAN SETIAP MINGGU )
    BONUS REFERRAL 20% ( DIBAGIKAN SETIAP MINGGU )
    JACKPOT DENGAN TOTAL HADIAH RATUSAN JUTA SETIAP HARINYA!

    Bandar Poker Online
    Agen Poker Online
    agen poker terbaik
    Poker Online
    Bandar Domino Online
    Agen Domino Online
    Cerita Dewasa
    Bandar Ceme

    ReplyDelete
  9. Wah untungnya dapat menjamu selera hidangan air tangan Chef popular.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com

Powered by Blogger.