One Day Trip to Singapore with Efa Nur Travel & Tours

One Day Trip to Singapore with Efa Nur Travel & Tours | Rasa macam da malas nak tulis sebab da lama berlaku, tapi rasa macam kena share jugak alang-alang da buat satu entri sampingan hari tu. Encik suami da siap da semua part travel ke Singapore ni. Kita pulak yang belum publish lagi. Huhu.

So, kena la share jugak kan, baru adil. Alkisahnya, 20 - 21 Disember 2019 yang lepas, saya dan encik suami dapat hadiah anniversary, one day trip ke Singapore dari Efa Nur Travel & Tours. Efa ni salah seorang rakan blogger yang dah lama kenal juga dari segmen-segmen Ben Ashaari lama dulu. Keep in touch sampai sekarang walau dia dah tak aktif berblog.


Perjalanan ke Singapore naik bas ekspress ni bermula dari Kuala Lumpur pada malam 20 Disember. Siapa yang stay kat Seremban, Senawang, Melaka, Johor, kena pergi KL jugak ke? Tak payahhh. Set awal-awal dengan tour leader, nanti diorang akan pickup dekat mana-mana RnR yang diorang lalu. Macam saya kat Johor, diorang pickup dekat RnR Gelang Patah, memang bas akan stop situ untuk semua trip members bersihkan diri, solat Subuh dan sarapan pagi.
Trip members yang dari KL berkumpul dekat KL Sentral. Dalam pukul 11 malam jugak diorang gerak dari sana. Sampai Gelang Patah dalam pukul 4 lebih. AWAS! Saya cakap awal-awal ya, RnR Gelang Patah ni agak sesak kalau weekend dan waktu Subuh ya! Sebab memang ramai yang ambil trip ke Singapore berhenti kat sini. Jadi surau dia yang kecik tu sangat-sangat crowded. Pandai-pandai lah susun masa uols supaya sempat tunaikan kewajipan dalam masa yang ditetapkan oleh tour leader.

Seawal selepas Subuh dah tiba di Jambatan Malaysia-Singapore Second-Link

Dalam pukul 6, saya pun berjumpa dengan encik suami dan naik bas sebelum kitorang bergerak ke Kompleks CIQ Sultan Abu Bakar dan CIQ Tuas. Dari RnR Gelang Patah ke CIQ tu ya Allah dekat sangat! Tapi beraturnya tetap panjang yeeee sebab weekend kan, ramai pelancong dari Malaysia yang nak ke Singapore. Kitorang mereput kat CIQ Tuas tu dalam sejam lebih gak. Tak termasuk kes Amad stuck kat imigresen Singapore lagi macam kes nak ke Belitung dua tahun lepas. Memang Amad susah nak masuk Singapore lerr, agaknya serik da dia nak masuk Singapore lepas ni. Haha.

Dari CIQ, kitorang terus ke Sentosa, perjalanan mengambil masa dalam 30 minit dari CIQ Tuas tu. Kat Sentosa, tour guide dari Singapore, Ibu Azizah menyambut kitorang. Dia yang lead our trip sepanjang kat Singapore ni. Checkpoint pertama kitorang adalah USS Globe. Bukan masuk ke dalam USS tau, just kat luar tu je amek gambar berlatar-belakangkan USS Globe yang berputar 360° tu. Kalau uols nak masuk dalam USS dan enjoy kat dalam tu, tiket bagi pelancong asing berharga 79SGD untuk dewasa dan 59SGD untuk kanak-kanak.


Pelancong sangat ramai kat sini, jadi pandai-pandai lah ya curi ruang untuk ambil gambar. Kalau beruntung, boleh dapat gambar uols dengan USS Globe saje tanpa ada photobomb dari sesiapa. Tapi kitorang malas nak tunggu sampai takde orang (dan agak mustahil, melainkan uols ada kamera wide angle macam iPhone 11). Around USS Globe ni ada banyak sangat tempat uols boleh OOTD, tak jauh dari sini ada Candylicious dan Hard Rock Cafe Singapore juga.

Baca juga: Instagrammable Spots Around Singapore



Dari USS Globe, kitorang menapak ke Imbiah Station, tapi berhenti kejap depan Resorts World Sentosa untuk ambil group photo berlatar-belakangkan Sentosa Merlion, tugu singa gergasi yang simbolik dengan negara Singapore. Tak ambil masa lama kat sini, kitorang sambung menapak ke Imbiah Station untuk naik monorail ke Beach Station.




Naik monorail jarak satu stop aje, dah sampai. Beach Station ni adalah stesyen monorail terdekat dengan Siloso Beach dan Palawan Beach. Sekitar Beach Station ni pulak ada iFly Singapore dan KidZania Singapore. Ibu Azizah tanya jugak sama ada kitorang nak ambil group photo berlatar-belakangkan iFly, tapi semua tak berminat. Haha. Dah tak sabar nak ke Palawan Beach gamaknya!

Ye, dari Beach Station ni, kitorang menapak pulak ke Palawan Beach, tapi lalu dalam KidZania sebab laluan bawah tengah dalam construction. Jadi, tumpang aircond KidZania kejap untuk ke Palawan Beach. Dari Kidzania ke Palawan Beach tu, berjalan kaki dalam kurang lebih 10 minit. Bersenam betul kitorang ni. Penat? Memang penat tapi puas hati sebab dapat ambil gambar ni.


Jambatan gantung yang menghubungkan Palawan Beach dengan Palawan Island. Semata-mata nak ambil gambar ni je pun. Sanggup berjalan kaki sampai berpeluh-peluh. Hahaha! Dannn yessss, berjaya menjejakkan kaki ke Southernmost Point of Continental Asia! Alhamdulillah. Hihi.


Lepak sekejap je kat Palawan Island ni sebelum kembali ke Kidzania untuk naik bas ke Bugis Street. Kat Bugis Street ni Ibu Azizah bawak kitorang ke kedai cenderamata Singapore Souvenir Centre. Pengunjung yang datang ke sini akan diberikan kupon cenderamata percuma bagi setiap pembelian 20SGD. Beli ape je? Keychain dengan fridge magnet jeee, kongsi dengan dak Amad sebab nak cukupkan 20SGD. Haha! Kat sini jugak lerr meredah kedai sebab nak amek gambar OOTD dengan tangga berwarna-warni kat belakang XCape Singapore tu.

Tengok gambar tangga kat sini: Instagrammable Spots Around Singapore


Dari sini, kitorang ke Masjid Sultan untuk tunaikan solat dan makan tengahari. Kitorang makan dekat Kampong Glam Cafe, situ je lah yang rasa macam perut boleh terima. Depan-depan masjid tu ada banyak kedai makanan Arab dan Turki, tapi tak berminat pulak nak masuk. Kat Kampong Glam Cafe tu, average makanan dengan dua jenis lauk dalam 5SGD. Dan sekitar masjid ni jugak ada banyak kedai souvenirs, harganya jauh lebih murah berbanding dekat Bugis Street tadi. So, better uols beli kat sini daripada dekat Bugis Street.




Lepas makan, tunaikan kewajipan kejap sebelum plan nak ke Restoran Zam Zam makan murtabak, tapi tak jadi bila tengok queue dia kemain panjang. Haha! So, mereput je la kitorang kat seberang restoran tu sambil tunggu bas sampai.


Dari Masjid Sultan, Ibu Azizah bawak kitorang ke Mustafa Centre pulak. Kat sini lebih kurang macam Mydin kat Malaysia. Ada macam-macam barang yang dijual dengan harga yang sangat berpatutan termasuklah minyak wangi, pakaian, jam tangan, barangan elektronik, dannnnnnn coklat dari Malaysia ๐Ÿ˜‚


Apa lagi, borong lah kan! Eh, tak borong sangat pun. Dak Amad ye, dia borong coklat, kita pau coklat dia sebungkus ๐Ÿ˜

Lepas membeli apa yang patut, kitorang naik bas ke Merlion Park, yeeee mercu tanda Singapore! Ingat lagi dulu masa gi Singapore ikut rombongan Pusat Ko-Kurikulum UTM, Esplanade - Theaters on the Bay tu la paling menarik perhatian sebab bentuknya yang macam durian tu. Kali ni ada tambahan Marina Bay Sands dalam view sejak siap dibina pada tahun 2010.




Pelancong tersangatlah ramai ye kat sini, hurmmm pandai-pandai la cari ruang untuk bergambar dengan Merlion yang menyembur air tanpa henti. Haha! Kalau nak tunggu kosong, ko datang la pukul 5 pagi ๐Ÿ˜’

Masa kitorang kat sini, da pukul 5 lebih dan cuaca macam da mula mendung, tanda-tanda nak hujan. Dalam hati da sedikit kecewa sebab kemungkinan besar aktiviti last kitorang kat Singapore terpaksa dibatalkan. Tapi sebelum menerima kekecewaan, kitorang ke Gardens by the Bay dulu.


Tapi macam USS Globe, tak masuk dalam pun sebab nak jimat masa. Kitorang just ambil gambar kat laman depan aje, tengah-tengah OOTD, ada pulak puan memerang menjenguk kepala di sebalik pokok bunga. Adohhhh comel sangat, tapi tak sempat ambil gambar sebab dia da lari balik dengan anak dia. Mungkin dia duduk sekitar tasik kat depan Gardens by the Bay tu. Kalau uols nak masuk dalam tengok segala hiasan pepokok dan bebunga dalam taman yang ber-aircond, tiket bagi pelancong asing berharga 28SGD untuk dewasa dan 15SGD untuk kanak-kanak.


Masa ni pun dah hujan sikit-sikit tapi kitorang tetap naik bas ke Marina Bay Sands, lokasi terakhir trip ni. Akhirnya hujan yang sikit-sikit tadi jadi tersangatlah lebat bila kitorang sampai sini. Makanya, aktiviti terakhir kitorang dibatalkan terus, malah majoriti ahli trip dah minta nak balik ke Johor. Hahaha! Sabor je lerr, membebel Ibu Azizah sebab itinerary tak habis lagi, tapi ahli trip dah nak balik ๐Ÿ˜‚

Sepatutnya kat Marina Bay Sands ni kita boleh menyaksikan persembahan air pancut berwarna-warni dengan iringan muzik - Light and Water Show. Adakah sama dengan apa yang pernah saya tengok masa degree dulu dan lokasi yang sama? Saya pun tak tahu sebab ia berlaku lebih 10 tahun yang lepas. Tiba-tiba teringat pulak dengan pelancong dari China yang bertukar email dengan saya masa tu, tapi dah tak keep in touch. Kalau tak, boleh tanya perkembangan Coronavirus kat sana ๐Ÿ˜…

Haaa, begitulah itinerary one day trip ke Singapore bersama Efa Nur Travel. Thanks Efa atas peluang yang diberikan! Insya'Allah nak pergi lagi nanti, tempat-tempat yang tak sempat nak cover. Kalau uols nak ke Singapore dengan Efa Nur Travel, diorang buat One Day Trip KL-SG-KL pada harga RM69 sahaja (tak termasuk Tourism Fee 30SGD).

Efa Nur Travel & Tours Sdn Bhd
+6017 684 3821

One Day Trip to Singapore with Efa Nur Travel & Tours One Day Trip to Singapore with Efa Nur Travel & Tours Reviewed by Sunah Sakura on January 29, 2020 Rating: 5

20 comments:

  1. best kan negara spore.. x sangka sblh tambak jeeew... :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha sila lah percayaaaa, memang sebelah tambak jeeee :p

      Delete
  2. Replies
    1. tu la...alhamdulillah, rezeki jumpa yang murah..

      Delete
  3. aaa orang tu p singapore x ajak kiteee pun..
    skrng senang one day da blh p sana kan. dekat pun ya.
    tingin nak jjcm kt sana sbb katanya banyak food sedap2 gak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah, kalo duduk JB lagi lerr dekat sangat..hari2 boleh pergi..hahahahah

      jom la ct!

      Delete
  4. dah lama teringin nak ikut one day trip mcm ni... tp tu laa asik tak ada masa je hehehe

    ReplyDelete
  5. un suka p awal pagi..nak elak jem.. pergi sendri jimat sbb masak bekal..hehehe..cuma bayar parking shj. singapore best sebb bersih

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann..tu la, nanti nak gi sendiri gak next time!

      Delete
  6. Buat masa ni yang Merlion tu je pernah sampai..yang lelain belum...lepas ni nak follow trip gini je laa, sebab semua tempat dapat pergi kann..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom sisss! nak join sis pulak kalo sis pergi next time..hahahaha

      Delete
  7. akak last pegi singapore masa degree 15thn lepas.. buat passport group time tu.. time tu xde marina bay lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ei sama la kak! entah2 kita pergi trip yang sama tak? eh 2005 saya belum masuk utm lagi..hahahahha...saya gi tahun 2006

      Delete
  8. Sunah kan dekat je boleh pegi balik hari selalu dari johor hehehhe...

    murtabak kt restoren zam zam tu mmg terkenal betul, senang cite orang malaysia kalau ke singapura mmg akan ke sana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la kak...murtabak zam zam tu tak sempat nak rasa...huhuhu

      Delete
  9. Wohoooo! Enjoyyy!Senang eh dnegan travel agent nih..Ada servis kereta datang rumah kita tak...untuk family trip...

    Saya nak pergi jugak nanti! Lepas reda issue Wuhan..ahgituuu~

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comments with link will be deleted, I'm sorry, as I don't want it to increase my spam score. Thank you.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com

Powered by Blogger.