Ticker

6/recent/ticker-posts

Seafood and Barbecue Weekends Buffet di Cafe BLD, Renaissance Johor Bahru Hotel

Freshest Catch from the Sea and Delicious Grills in Cafe BLD at Renaissance Johor Bahru Hotel | Bulan Januari hingga Februari 2020 ni, jommmmm ke Cafe BLD, Renaissance Johor Bahru Hotel! Diorang serve makanan laut dan makanan bbq pada setiap hari Jumaat dan Sabtu untuk buffet makan malam, tau!


Hidangan makan malam berkonsepkan seafood and barbecue kat Renaissance Johor Bahru Hotel ni menyediakan menu antarabangsa dan juga menu kegemaran tempatan, antara yang paling trending zaman now, seafood on ice lerrr. Uols boleh pilih sama ada nak makan kerang scallops, kupang, udang atau ketam segar bersama sos salsa, mayonis dan sebagainya.


Paling menarik, kalau uols bernasib baik, ada sotong kurita jugak tau! Mana nak jumpa sotong kurita atas ais batu? Haha! Saya cuba hirisan sotong kurita cicah sos salsa, sos koktel dan mayonis, diperah sedikit lemon, sedap jugak, rasa liat-liat gitu, dan tentunya rasa sotong! 😆


Kalau nak cari pembuka selera pulak, boleh cuba Kerabu Ikan dia, memang rare tapi sedap! Tak macam umai kat Sarawak lak, tapi umai boleh dikira sebagai kerabu ke? Haha. Yang kerabu ni dia macam pastikan udang dan ikan tu da masak dulu baru dibuatkan kerabu. Kalau umai kan, ikannya mentah, tapi diperah limau dan digaul dengan bawang untuk jadikan ia fit to be eaten.




Bagi peminat salmon, mesti suka sebab ada stesyen khas untuk salmon saje! Aneka salmon yang diperap dengan pelbagai bahan sos boleh uols pilih sama ada nak Salmon Butter, Salmon Cajun atau Salmon Plain saje. Makan bersama salad yang nampak macam acar dalam buah kelapa tu. Nice sebab salmon dia tak hanyir pun. Oh, Smoked Salmon pun sedap tau!




Antara menu baru yang uols wajib cuba, Ikan Bakar Portugis yang mana ikannya dibalut dalam daun pisang sebelum dibakar, juga Nyonya wok yang merangkumi kupang, kerang dan sotong. Menu-menu ni uols boleh dapatkan kat bahagian luar restoran, ada juga ketam masak lada hitam dan udang nyonya yang kuahnya uols boleh cicahkan roti mantou, mmmmmm sedap!



Kat kaunter hidangan utama pulak ada dihidangkan Seafood Jalambalaya Rice dan Irish Seafood Chowders, antara menu recommended by the chef ya! Dua-dua ni harus cuba, memang lain dari yang lain, boleh tahan juga sedapnya. Kak Ajan suka betul Seafood Chowders tu, sejenis macam sup warna putih berisi makanan laut.



Alaska Crab Thermedo pun not bad, selalu je habis bila chef topup, mungkin sebab menu tu pun nampak menarik dengan cheese yang dibakar tu. Kalau uols penggemar pasta pulak, uols boleh request nak pasta dengan sos apa, atau pilih aje dari yang dah siap, antaranya Seafood Aglio Olio.


Dah puas makan, macam biasa lah, pencuci mulut jangan lupa! Haha. Yang ni tak payah la describe, kegemaran sentiasa adalah Carrot Cake dan Chocolate Cake dia, memang sedapppp! Uols patut cuba tau kalau ada dihidangkan.

Untuk sebarang tempahan atau pertanyaan:

Seafood and Barbecue Weekends Buffet
Jumaat dan Sabtu | Januari - Februari 2020
6.30 pm - 10.00 pm
RM128 nett Dewasa
RM64 nett Kanak-kanak (5 - 12 tahun)

Call: +607 381 3322
Email: partheeban.sundaramurthy@renaissancehotels.com
WA: +6017 771 3327


Post a Comment

10 Comments

  1. Macam biasa,yang sering menjadi perhatian PC adalah manisan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi...kita pun kalo g buffet, manisan tu wajib rasa...

      Delete
  2. ya ampun... sedapnya semua... cuma kaki kurita besar tu seram la pulak nk makan, kalau yg baby tuh sedap lak

    ReplyDelete
  3. ehem... punah diet kalau camni punyalahh menyelerakan! kuatkan iman.... hahahaa

    ReplyDelete
  4. yum yum sedapnya sapa la nak blanje mama ni

    ReplyDelete
  5. Dia tayang seafood plak ni.....aduyaiiii

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com