Ticker

6/recent/ticker-posts

Antabax Perkenal Kempen Tangan Bersih Hidup Sihat

Antabax Perkenal Kempen Tangan Bersih Hidup Sihat | Antabax telah menjalin kerjasama dengan Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan untuk melancarkan kempen Tangan Bersih Hidup Sihat. Ia bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan murid-murid sekolah untuk mengurangkan risiko jangkitan penyakit berjangkit seperti novel Covid-19 dan Influenza di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11(3) semalam, 21 Februari 2020.

Tuan Haji Hishammudin Ahmad (Light brown suit), Pengetua Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11(3) receiving Antabax contribution for ‘Tangan Bersih, Hidup Sihat’ Campaign from Mr. Francis Ng, Senior General Manager

Kempen Tangan Bersih Hidup Sihat yang dibangunkan oleh Antabax memudahkan pemahaman mengenai kesihatan menerusi penceritaan, visual berwarna-warni, lagu dan pergerakan tarian yang membantu kanak-kanak mengenal pasti tanda-tanda serta simptom penyakit-penyakit berjangkit yang biasa. Mereka juga diajar tentang langkah pencegahan yang mampu mengurangkan risiko jangkitan dan penyebaran penyakit berjangkit. Selain apa yang perlu dilakukan jika mereka atau rakan-rakan yang lain rasa kurang sihat.

Di peringkat global, peringkat pertama menghalang daripada jangkitan penyakit seperti Covid-19 dan Influenza A adalah dengan kerap membasuh tangan* mengunakan sabun atau pembersih tangan berasaskan alkohol jika tangan tidak nampak kotor. Langkah itu bagi membunuh kuman yang ada di atas permukaan tangan dan mengelak daripada ia dipindahkan ke bahagian muka, mulut atau hidung di mana kuman boleh masuk ke dalam sistem pernafasan dengan mudah.


“Membasuh tangan adalah langkah pencegahan penting yang perlu diamalkan oleh orang ramai sekarang. Melalui Kempen Tangan Bersih Hidup Sihat ini, kami harap kanak-kanak akan tahu tentang pentingnya membasuh tangan serta amalan-amalan asas kebersihan yang lain. Ini kerana ia dapat membantu mengurangkan penyebaran penyakit berjangkit,” kata Encik Azman Ab Rashid, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Lebih 300 murid dan guru dari SK Presint 11 (3) Putrajaya mengambil bahagian dalam kempen kesihatan ini. Mereka belajar tentang asas kempen Tangan Bersih Hidup Sihat yang dijalankan oleh pasukan daripada Pejabat Kesihatan Daerah Putrajaya.

More than 300 students and teachers from Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11(3) participated in the Tangan Bersih, Hidup Sihat Campaign

Antabax, satu jenama sabun buku, pencuci tangan, buih mandian, pembersih tangan dan pengelap halal buatan Malaysia sentiasa aktif dalam memberi kesedaran mengenai kesihatan di negara ini selama lebih sedekad.

“Daripada pelbagai kempen, kami telah membangunkan kandungan yang membolehkan kanak-kanak faham, ingat dan mengamalkan tabiat yang membantu mengurangkan penyebaran penyakit berjangkit.

Mr Francis Ng 伍志亮 (centre), Senior General Manager of Antabax and Ms Vivian Lee 李静意, Senior Brand Manager of Antabax, distributing the Antabax products to the participants of Tangan Bersih, Hidup Sihat campaign at Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11(3)

“Kami juga menyumbang produk Antabax supaya mereka mempunyai barangan keperluan kebersihan di tangan dan di rumah. Sudah terbukti bahawa Tangan Bersih Hidup Sihat. Jadi, basuh tangan anda dengan kerap dan betul untuk mengurangkan jangkitan penyakit berjangkit menggunakan sabun dan pembersih tangan Antabax atau jenama lain. Apa yang penting adalah memastikan tangan anda sentiasa bersih,” kata Pengurus Besar Kanan Antabax, Francis Ng.

Pn Nur Hakimah binti Roslan, guru dari SK Presint 11(3) Putrajaya memberitahu kempen Tangan Bersih Hidup Sihat diterima baik oleh murid-murid kerana ia menggunakan ilustrasi, lagu dan permainan yang mudah difahami. Ia sememangnya dapat menyampaikan mesej penting iaitu Tangan Bersih Hidup Sihat.

“Dengan adanya pasukan daripada Kementerian Kesihatan yang menunjukkan langkah-langkah kebersihan menyedarkan murid-murid ini tentang betapa seriusnya penyakit berjangkit seperti influenza. Manakala penceritaan oleh Antabax membantu mereka mengingati langkah-langkah tersebut dengan lebih baik,” katanya.

Dr. Siti Rafhanah Saponit, Medical Officer of Infectious Diseases, Putrajaya Health Department, going through the correct hand washing techniques with students from Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11(3) during Antabax Tangan Bersih, Hidup Sihat Campaign

“Saya kini tahu bagaimana untuk membasuh tangan dengan betul, menutup mulut dan hidung ketika bersin atau batuk, berada dalam jarak yang selamat dari mereka yang sakit, selain memberitahu orang lain jika saya ada simptom inflenza. Tangan Bersih Hidup Sihat,” kata Zuhaira, pelajar dari Sekolah Kebangsaan Presint 11(3) Putrajaya.

Jadilah sebahagian daripada komuniti dan ketahui lebih lanjut tentang kempen dan inisiatif terkini dengan mengunjungi laman Facebook rasmi Antabax www.fb.com/NewAntabax atau @antabax on Instagram.

*Tips To Reduce the Spread of Communicable Diseases 

Wash Hands Frequently
Wash your hands frequently with soap and water or use an alcohol-based hand rub if your hands are not visibly dirty.
Why? Washing your hands with soap and water or using alcohol-based hand rub eliminates the virus if it is on your hands. 

Practice respiratory hygiene
When coughing and sneezing, cover mouth and nose with flexed elbow or tissue – discard tissue immediately into a closed bin and clean your hands with alcohol-based hand rub or soap and water.
Why? Covering your mouth and nose when coughing and sneezing prevent the spread of germs and viruses. If you sneeze or cough into your hands, you may contaminate objects or people that you touch.

Maintain social distancing
Maintain at least 1 metre (3 feet) distance between yourself and other people, particularly those who are coughing, sneezing and have a fever.
Why? When someone who is infected with a respiratory disease, like Covid-19, coughs or sneezes they project small droplets containing the virus. If you are too close, you can breathe in the virus.

Avoid touching eyes, nose and mouth
Why? Hands touch many surfaces which can be contaminated with the virus. If you touch your eyes, nose or mouth with your contaminated hands, you can transfer the virus from the surface to yourself. 

If you have fever, cough and difficulty breathing, seek medical care early
Tell your health care provider if you have traveled in areas where Covid-19 has been reported, or if you have been in close contact with someone with who has respiratory symptoms.

Post a Comment

6 Comments

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com