Ticker

6/recent/ticker-posts

Bawak Bekal Air Kopi dalam Thermos Maybank

Bawak Bekal Air Kopi dalam Thermos Maybank | Semalam pergi lab bawak thermos Maybank, isi dengan serbuk kopi Thailand Espresso 3 in 1. Sampai sekolah, terus isi air panas kat mesin penapis air Coway sebelum ke pejabat sekolah untuk urusan daftar subjek.


Cantik kan botol thermos ni? Warna gold dia tu lawaaa sangat. Pemberian salah seorang klien saya. Air pun masih panas lagi masa menaip ni. Cuma kopinya rasa tak sedap sebab terlebih letak air. Hahaha! Takpe lah, kira air kopi sihat sebab sedikit tawar. Walau hakikatnya, bak kata Doktor Khairul Faizie, jumlah gula tu tak berubah pun bila tambah air kosong. Kikiki.

Hari ni ada event Grand Opening Bookxcess kat Sunway Big Box, Nusajaya. Saya ke sana cover event kejap pagi sampai tengahari. Lepas tu nak ke sekolah semula setelkan urusan daftar subjek yang tak setel-setel. Hari ni last late registration with penalty. Kalau tak daftar hari ni, akan kena terminate dengan UTM.

6 tahun akan jadi debu yang berterbangan ke langit.

Jadi, jangan la tanya, "kau bila nak habis belajar?"

It's not an easy question, not an easy life.


P/S: Kadang-kadang terpaksa menahan malu untuk meminta tolong pada orang lain, membuka pekung di dada, memberitahu rahsia diri yang sebolehnya ditutup rapi.

Post a Comment

10 Comments

  1. Maybank memang color macam tu ya Mrs. A pun ada cawan Maybank sebijik color macam termos SS tu.
    Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.
    InSyaAllah pejam celik pejam celik dah... tamat study.

    ReplyDelete
  2. cantik termos tu,..nak pnjam boleh?hihi

    ReplyDelete
  3. Cantik giler termos tu...nakkkkkk...kaler dia cantik...

    ReplyDelete
  4. cantik betul termos maybank tu SUnah...

    ReplyDelete
  5. Maybank ni buat sampul raya lawo, thermos pun lawo

    ReplyDelete
  6. cantik la termos tu.. gold lagi..

    ReplyDelete
  7. Buat kopi kena hadkan air. Hihi baru kaw, sedap! Sesekali bolehlah layan 3 in 1 kan..

    ReplyDelete
  8. tiada apa nak dimalukan selagi tidak mengaibkan orang lain..

    biasa la tu

    ReplyDelete
  9. cantik lah thermos dia. jaga elok2 kak sunah jangan sampai hilang

    ReplyDelete
  10. keep fighting. you can do it! ^_^

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com