Covid-19: Industri Pelancongan Terjejas Teruk, Apa Plan Tindakan Tourism Malaysia?

Covid-19: Industri Pelancongan Terjejas Teruk, Apa Plan Tindakan Tourism Malaysia? | Kita sedia tahu, isu kesihatan global mengenai Covid-19 bukan lagi tanggungjawab China semata-mata. Ekoran merebaknya virus ni ke serata dunia, macam-macam tindakan dilakukan oleh negara-negara yang terjejas termasuklah menghentikan sementara kemasukan pelancong dari Hubei dan sekitarnya, juga menghalang rakyat negara masing-masing melancong ke Hubei dan negara-negara yang mempunyai rekod tinggi kes Covid-19.


Secara tak langsung, dah tentu lah industri pelancongan di seluruh dunia terjejas teruk. Apatah lagi Malaysia, yang pelancong dari China adalah dalam senarai top 10 majoriti pelancong ke negara ni. Penggiat-penggiat industri pelancongan jadi bimbang, terutamanya sektor perhotelan, Johor sendiri merekodkan sebanyak 15,808 pembatalan tempahan bilik hotel membabitkan kerugian RM5.4 juta setakat 17 Februari 2020 yang lepas.

Banyak gilerrrr kan?


Semalam, saya berkesempatan untuk ke program Jelajah Town Hall Tourism Recovery Action Committee (TRAC) bersama penggiat industri pelancongan Johor di Hotel Fraser Place, Puteri Harbour. Dalam program tersebut, pihak Tourism Malaysia berkongsi plan tindakan diorang untuk membantu menaikkan semula industri pelancongan yang terjejas teruk akibat penularan Covid-19 ni. 


Turut hadir semalam ialah Dr. Jeyanthini A/P Sathasivam, Pakar dari Bahagian Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan Negeri Johor. Dr. Jeyanthini berkongsi tentang maklumat terkini Covid-19 termasuklah angka terkini kes di seluruh dunia sehingga 22 Ferbuari 2020, jam 10 pagi oleh WHO. Alhamdulillah, hari ni kita dapat berita dari Twitter Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, bahawa dua lagi kes positif Covid-19 telah pun pulih sepenuhnya dari virus ni dan dah pun discharged, malah tiada kes positif yang baru, sementara dua orang lagi masih dirawat di wad dan stabil.



Selain daripada tu, para pengusaha hotel dan penginapan serta agensi pelancongan berkaitan turut berkongsi masalah yang diorang hadapi akibat dari Covid-19 ni. Presiden Malaysia Tourist Guide Council, Jimmy Leong meluahkan rasa bimbang kalau keadaan ni berlarutan, akan ada yang hilang perkerjaan sebab kebanyakan sektor pelancongan tengah berusaha untuk cut cost sebanyak yang boleh kesan daripada pulangan yang hampir tiada.


Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Musa Yusof pulak bagitau, sasaran 30 juta pelancong sempena kempen Visit Malaysia 2020 masih kekal dan kesan menyeluruh akibat Covid-19 terhadap pelancongan hanya boleh dilihat pada akhir bulan depan. Antara langkah yang akan diambil oleh Tourism Malaysia bagi membantu menaikkan semula industri pelancongan kat negara ni adalah:
  • Menggalakkan pelancongan domestik bagi pelancong tempatan.
  • Mengadakan kerjasama dengan syarikat penerbangan dalam dan luar negara.
  • Promosi pengguna.
  • Rebat hotel untuk pengunjung yang bermalam.
  • Voucher tiket penerbangan atau pakej diskaun untuk negara-negara ASEAN.
  • Insentif khas untuk pelancong transit Haji/Umrah dari Indonesia.
  • Program Media Influencer bagi negara Timur Tengah, Asia Selatan/India, Jepun, Korea dan Pakistan.




GAMELAN, Galakkan Melancong Malaysia turut diperkenalkan oleh Datuk Musa Yusof, sebagai bantuan budget kepada penggiat industri pelancongan untuk mengadakan apa-apa aktiviti promosi agensi masing-masing. Sejumlah RM5 juta diperuntukkan untuk GAMELAN, di mana RM200,000 akan diagihkan bagi setiap agensi atau syarikat yang memerlukannya.


YB Cik Liow Cai Tung, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakan Negeri Johor pulak share plan spesifik untuk negeri Johor. Fokus akan lebih diperkasakan kepada promosi atas talian, libat urus dengan blogger dan influencer tempatan serta media perdana, juga flashmob dan roadshow ke serata Malaysia untuk meneruskan kempen Visit Johor 2020. Kesan dari Covid-19, dua program besar kerajaan negeri terpaksa dibatalkan dalam bulan Februari


Sementara tu, Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan) Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MoTAC), Mohd Zamri Mat Zain, bagitahu, MoTAC akan cuba kemukakan cadangan kepada kerajaan untuk kurangkan kadar cukai kepada industri yang terjejas, kepada tahap minimum sekurang-kurangnya bagi tempoh 6 bulan. Pembayaran kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pun mungkin akan ditangguhkan.


Tapi semua tu bergantung kepada pengumuman pakej rangsangan ekonomi pada awal Mac untuk bangunkan semula ekonomi tempatan selepas Covid-19. Sepatutnya pengumuman tu dilakukan oleh Tun Dr Mahathir Mohammad sebagai Perdana Menteri kita, tapi hari ni beliau dah meletakkan jawatan pulakkk.

So, kita tunggu dan lihat, macam mana ek? 😅


Di akhir program hari tu, kitorang sama-sama buat video untuk diberikan kepada rakyat China, dengan kata-kata "We Are With You, China! Jiayou!"

Let's hope for the better!

Untuk sebarang maklumat tepat dan terkini mengenai Covid-19, uols boleh hubungi nombor Hotline kat bawah:


34 comments:

  1. Tak selesai masalah Covid-19
    masalah politik pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lah...moga semuanya akan selesai dengan baik..ameen

      Delete
  2. Moga semua masalah yang berlaku (Covid 19 dan politik) di negara kita semakin pulih dan tidak menjejaskan kita semua kan.

    ReplyDelete
  3. Memang beri kesan pada semua industri sebab Covid-19 ni. Tiket ke Korea sekarang hanya RM70 ya, tapi sebab Covid mmg tak adalah nak beli. Btw, syabas utk Malaysia sebab WHO pun kagum kita tangani masalah jika ada wabak pandemik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa tu laaa, tiket flight ke jepun pun murahhh bulan empat nanti...tapi tu la, tak berani nak keluar buat masa ni

      Delete
  4. Allah. semoga dipermudahkan lah segala urusan di Malaysia ni. aamiin

    ReplyDelete
  5. Huhu betul Covid-19 mmg menjejaskan aktiviti pelancongan tp ok la sebab tourism ada jalan utk naikkan balik cuma tu laaa skrg takut sbb sekarang memang tgh kemuncak

    ReplyDelete
    Replies
    1. aha betul kak...harap2 tak lama lagi reda la semuanya...

      Delete
  6. Semoga dipermudahkan urusan semua pihak dalam membasmi penularan wabak ini

    ReplyDelete
  7. Memang takut nak keluar rumah sangat. Kita yang dalam malaysia pon riso apa lagi di sana kan. Semoga wabak ini dapat dipulihkan dalam masa terdekat

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang macam da ok sikit kan...tapi negara luar masih ada kes-kes positif terbaru...

      Delete
  8. Disebabkan virus covid ni memng terjejas teruk aktovoti pelancongan.. Tapi okla tourism ada cara lain..yang penting kita kena ambil langkah berjaga2

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup betul...kena jaga diri sendiri dan keluarga...

      Delete
  9. tu la.
    seluruh dunia kot terjejas teruk!
    dah la tahun ni tahun melawat Malaysia. aduhai...
    yes la. mana nyer takut nak holiday, virus ni boleh mati.
    so, better la elakkan dari terkena jangkitan kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aha, kalau imunisasi rendah, boleh membawa maut..

      Delete
  10. Moga negara kita terus selamat daripada semua wabak yang tidak diingini ini.. Secara langsung akan selamatkan ekonomi terutama pelancongan negara. Mungkin lepas ini kita kena utamakan pelancong dari negara Asia Tenggara...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan...dan lebihkan juga promosi pelancongan domestik

      Delete
  11. Puashati den dah dapat penjelasan Doktor mengenai isu belian online hehehe

    ReplyDelete
  12. Memang kita semua berhati-hati nak ke mana-mana, apatah lagi pergi bercuti. Tapi industri pelancongan kita pun kita kena bantu jugak! Hope everythings gonna be just fine...

    ReplyDelete
  13. kena galakkan rakyat negara kita bercuti dalam negara. insyaAllah we can survive

    ReplyDelete
  14. Memang rata2 terkesan sampai kena burn tiket apa semua sebab langkah mencegah lebih baik kan, mungkin lepas ni masa untuk kita melancong dalam negara pula, naikkan industri pelancongan negara sendiri inshaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul...kita pun rasa nak explore banyak lagi hidden gems dalam negara ni

      Delete
  15. Buat masa sekarang ni memang idok le nak travel oversea tapi kalau travel dalam negara sendiri ok je kan. Time ni la nak explore negara sendiri. Sedikit sebanyak dapat bantu industri pelancongan kita kan

    ReplyDelete
  16. Banyak juga isu yg perlu diambil kira bagi mengatasi masalah industri pelacongan efek dr virus ini kan

    ReplyDelete
  17. 15808??? gila banyak...bagus juga ada program macam ni. Sedikit sebanyak kita tahu perkembangan lebih dekat dan sedikit terperinci. Semoga masalah ni selesai tidak lama lagi. Amiinn..

    ReplyDelete
  18. Bagus ada backup plan time corvid-19 ni, kita cuti cuti malaysia je la

    ReplyDelete
  19. semua orang rasa terkesan kan.. travel ni satu dunia terasa. tp baguslah ada inisiatif

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com