My Holo Love - Netflix Limited Series Review

My Holo Love - Netflix Limited Series Review | Bagi yang melanggan Netflix, kalau perasan, pertengahan bulan Februari yang lepas, ada satu siri baru masuk dan ianya adalah Limited Series. Limited Series ni kalau tak silap, bermaksud ia akan ada dalam Netflix untuk tempoh masa yang terhad. Tak lama, nanti diorang akan keluarkan balik. Kira khas untuk musim tertentu aje.

Kredit pic: Kpopmap

Title: My Holo Love/Na hollo geudae/나 홀로 그대
Director: Lee Sang Yeob
Writer: Ryu Young Jae, Kim Hwan Chae, Choi Sung Jun
Network: Netflix
Runtime: From February 7
Episodes: 12
Language: Korean

Drama bersiri Korea, My Holo Love ni menarik perhatian saya untuk menontonnya dari episod 1 hingga episod 12. Ye, ade 12 episod ajeee. Biasanya drama Korea kan 16 - 20 episod, tapi yang ni sampai episod 12 aje. So, takde la lama sangat nak habiskannya, ye dak?

Episod pertama bermula direct to the point, di mana Ko Yoo Jin (Choi Yeo Jin) memperkenalkan Holo (Yoon Hyun Min), satu hologram ciptaan Gio Lab yang berperanan sebagai human partner. Haa kauu, imaginary friend dah naik ke tahap yang lebih canggih yeee! Suka sangat introduction kepada Holo dari Gio Lab tu sebab diorang gunakan Holo sebagai Moderator untuk sesi pengenalan tu. Memang terkejut la semua investors sebab diorang tengah tengok Holo pertama di dunia.

Kredit pic: Kpopmap

Untuk membolehkan pengguna tengok Holo, diorang kena ada cermin mata khas, HoloGlasses yang akan generate hologram tu dalam pandangan diorang saje. Holo ni bermanfaat dalam membantu kerja-kerja seharian, terutamanya kalau yang kerja office, nak sort documents etc. Holo jugak kalau digunakan kat rumah, rumah tu automatik jadi smart home.

Masalahnya, tak sempat nak launch lagi, Gio Lab dah jadi sasaran pesaing diorang untuk curi HoloGlasses sebab nak take over Holo. Maka, HoloGlasses terpaksa 'di-alih-tangan' kepada heroinnya Han So Yeon (Ko Sung Hee), yang akhirnya jadi beta tester untuk HoloGlasses tu. Macam-macam lah berlaku sepanjang So Yeon mencuba HoloGlasses tu.

Kredit pic: Kpopmap

Menariknya, So Yeon menghidap Face Blindness yang menyebabkan dia tak boleh mengecam muka orang. Holo lah yang tolong dia bab-bab ni dan bagitahu So Yeon siapa adalah siapa. Siap jadi bestfriend lagi, tapi orang awam tak tahu sebab HoloGlasses ni kan belum launch lagi. Nampak macam So Yeon kadang-kadang bercakap seorang diri, tapi sebenarnya dia tengah borak dengan Holo. Haa gituhhh, menarik kan?

Kredit pic: Twitter @jinyounglatte

Cumanya Holo ni walaupun nampak macam sempurna ilmu dia dari setiap segi, ianya lack dari aspek fizikal, yang mana pengguna tak boleh sentuh pun Holo dan Holo tak boleh nak selamatkan pengguna pada saat kecemasan dalam keadaan yang perlukan tenaga fizikal. Itu yang banyak masanya, Holo tu langgar undang-undang dengan mem'blackout'kan satu Seoul.

Kredit pic: What's on Netflix

Kadang-kadang creator Holo datang bila So Yeon ditimpa kesusahan, sampai satu masa tu tiba-tiba So Yeon boleh mengecam muka Holo. Akhirnya So Yeon jatuh cinta pada Holo yang banyak membantu dia, tapi lama-lama dia pun confuse, dia suka kat Holo ke kat creator Holo?

Macam mana boleh confuse? Haaa, pi la tengok sendiri!

Ending dia boleh pecah air mata ya. Kita bagi 8/10, awal-awal cerita macam agak slow sikit, tapi lama-lama ok lah bila dah nak dekat habis.

5 comments:

  1. Nyampah...slow gile citenya...dan malas nak tunggu, so OFF hahahahaha

    ReplyDelete
  2. ok la cuma agak slow. jenuh nak fast forward. kami tengok kat web drama online ja. haha

    ReplyDelete
  3. Doblas episod sik dak sambung. Ingatkan ada la s2 untuk giney life creator Holo ngan So Yeon. =_=

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com