Ticker

6/recent/ticker-posts

Melayan Anak-anak

Melayan Anak-anak | Bukannya anak manusia, tapi anak kucing jerrr. Haha! Macam comel pulak keletah masing-masing bila sambut manusia diorang ni balik rumah. Padahal sebenarnya semua terperangkap kat luar rumah, tak dapat nak masuk dalam sebab pintu tutup.

Lugia & Illyn, Anje & Cookie

Jarang nak bukak pintu rumah, sebab nanti kucing liar kat luar tu masuk dalam. Habis semua tempat kena kencing, makanan anak-anak bulus pun diorang pulun kalau berjaya masuk ke dalam. Bagi je anak-anak bulus keluar, tapi nanti kita yang tolong bukakkan diorang pintu bila diorang kais-kais pintu depan tu.

Entah apa yang diborak dak Anje & Cookie

Cookie macam dah bunting lagi

Tapi ada beberapa ekor yang pandai bukak pintu, yang da dewasa sikit. Sebab tu ada yang boleh terperangkap kat luar rumah. Ye la, time kita takde kat rumah, diorang keluar sendiri bila yang besar tolak pintu nak masuk dalam. Nasib baik pintu tu ada grill, dan rumah pulak depan kedai mamak 24 jam. Setakat ni alhamdulillah, masih selamat lagi. Naudzubillah kalau ada yang nak buat jahat.

Gambar pecah sebab zoom, ko ingat ni P30?

Budak bijak, panjat kereta nak suruh kita keluar cepat

Sekarang ni kat rumah, dari 12 ekor, tinggal 7 ekor aje kucingnya. Anak Lugia, dua ekor hilang tak balik rumah sebab pintu yang terbukak tu la, bersangka baik aje la mungkin ada orang ambil. Seekor dah bagi kat manusia baru dia kat Bangi, tinggal seekor je anak Lugia yang jantan tu. Mula-mula hari tu kesian jugak tengok dia, tercari-cari beradiknya yang lain. Dua ekor anak Cookie baru mati, sebab virus, berjangkit dua ekor tu, jantan pulak tu dua-dua, adeiii. Sayang betul. Sebab tu bila 5 ekor ni dah takde, tinggal la 7 ekor aje.

Illyn aje tumpang kasih Lugia

Illyn pun dah start pandai masuk dalam kereta

Kadang-kadang bila housemate keluar pergi kerja pagi-pagi, yang besar tu curi-curi keluar. Pantas sekali tau diorang menyelinap, jadi kalau tak jaga-jaga memang akan terlepas pandang. Bila kita bangun tidur dan keluar bilik, jadi rutin pulak jenguk pintu depan dulu. Dah biasa dah pintu depan tu terbukak luas setiap kali bangun tidur.

Setelah membaca dari atas tadi, dah boleh agak tak siapa bukak? Haha!

P/S: Takde dalam gambar - Kiki, Nini & Mumu

Post a Comment

4 Comments

  1. berjemaah melepak tunggu tuan rumah balik ya...
    bijak kucing-kucing ni kan... pandai buat kita senang hati tengok gelagat mereka

    ReplyDelete
  2. Wak pun ramai ternak kucing.
    Eh bukan wak yang bela tapi pn is3

    ReplyDelete
  3. Banyak nyer anak bulus dia..akak teringin nak ada seekor..tapi akt rumah seremban tu x leh ada kucing sebab mak akak dialysis...takun kuman..

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com