Meriah Sungguh Sambutan Lunar New Year di LEGOLAND® Malaysia Resort!

Meriah Sungguh Sambutan Lunar New Year di LEGOLAND® Malaysia Resort! | Ye, meriah betul tau! Memula ingatkan tak ramai orang, sebab cuti Chinese New Year kan. Rupanya sangkaan tu meleset sama sekali! Mana tak nya, LEGOLAND buat promo pulak!

Year of the Rat Promotions:
  • 30% discount untuk all day tickets bagi pembelian dari 6 Januari hingga pertengahan Februari 2020, malah ada peluang untuk upgrade ke annual pass untuk pengalaman 365-day di LEGOLAND.
  • Penjimatan sehingga RM420 untuk penginapan di LEGOLAND Hotel dari 1 Januari hingga 29 Februari jika tempahan dibuat sebelum 31 Januari 2020 melalui laman web rasmi LEGOLAND, iaitu semalam lerrr.

Makanya, redah aje lah. Aktiviti cuti CNY kami adalah enjoy di LEGOLAND! Saya, Ibah, kak Ajan dan jugaaaaaa encik suami, berempat ke LEGOLAND Sabtu lepas. Dah gitau awal-awal kat encik suami, hadiah birthday dia tahun ni pergi LEGOLAND. Dia iyakan aje. Pssttt, sebenarnya tak sangka jugak tau, biasanya susah nak ajak dia turun Johor. Alhamdulillah kali ni menjadi juga plan walaupun encik suami sampai lambat sejam dari plan asal.

Kan cuti CNY, jalan agak jammed beberapa tempat kat highway. Encik suami naik bas dari KL, sampai Skudai, kitorang terus amek beliau dan terus memecut ke LEGOLAND supaya tak ada masa yang disia-siakan. Haha! Sempat lagi beliau makan nasi goreng dalam kereta sebelum sampai ke LEGOLAND, takut kelaparan pulak kan dari pukul 6.30 pagi dalam bas.

Sampai aje LEGOLAND, kitorang amek tiket kat window 1, sesiapa yang beli online haa boleh amek tiket kat sini. Senang sangat kayy proses nya. Then, sebab tiket kitorang adalah tiket Double Park - Themepark dan SEA LIFE, kitorang decided untuk masuk SEA LIFE dulu. Supaya lepas tu tak rushing dah fikir SEA LIFE dah nak tutup, nanti nak kena keluar masuk LEGOLAND lak.


Sempena Lunar New Year, kat SEA LIFE tu ada macam-macam aktviti gak yang berkaitan dengan Tahun Baru Cina (bukan Wuhan). Ada aktiviti Ang Pow DIY pada 25 & 26 Januari serta 1 & 2 Februari, ada show God of Fortune Underwater pada setiap hari Selasa dan Jumaat, dan ada Mandarin Orange Giveway pada 24 hingga 27 Januari untuk 100 pelanggan pertama di kedai cenderamata SEA LIFE.


Dari segi hiasan Lunar New Year lak, ada la sikit-sikit mini lion yang diorang letak kat bahagian sentuh tapak sulaiman tu. Tempat lain tak ada apa sangat, kecuali signage Happy Lunar New Year kat tank besar SEA LIFE. Apa lagi, amek gambar la kan? Kalau uols ke SEA LIFE dalam masa terdekat ni, haaa boleh lah posing kat situ.


Dari SEA LIFE, kitorang masuk ke LEGOLAND pulak. Wowww, meriah gilerrr dengan hiasan Tahun Baru Cina! Tanglung bergantungan merata-rata, ada gazebo cantik dengan hiasan payung klasik Cina, ada wishing tree gak untuk masyarakat Cina atau sesiapa yang nak buat wish sempena tahun baru.




Kat The Beginning Area tu pulak banyak gilerr aktiviti Lunar New Year sempena Year of the Rat. Diorang sebut The Rat Race, merangkumi 4 aktiviti utama: Lunar New Year Traditional Games, Rat LEGO Build, Giant LEGO Orange Build, dan Find That Rat @ Miniland. Kalau uols lengkapkan semua empat aktiviti ni, boleh dapat token Lunar New Year tau!





Bila da masuk dalam, main la segala rides yang ada dan jenguk-jenguk ke Miniland. Makan tengahari pun kat dalam LEGOLAND tu aje, senang. Then tengah-tengah merayau tu kalau nasib uols baik, boleh la terjumpa dengan karakter-karakter LEGO. Kitorang ri tu sempat ambil gambar dengan The Chef masa keluar dari surau nak ke Observation Tower.



Sebelah petang pulak ada Lunar New Year Concert yang julung-julung kalinya diadakan kat LEGOLAND. Diorang buat pada 25 dan 26 Januari aje, dua hari CNY. Disebabkan kitorang gi 25hb, haaa dapat la tengok konsert tu. Sangat menarik sebab ada macam-macam persembahan termasuklah Chinese folk dancers, acrobatic High Pole Lion Dance, enigmatic face changing performance dan persembahan drum Cina.



Paling saya teruja tengok adalah persembahan face changing tu. Entah macam mana la ek dia tukar topeng muka dengan sekelip mata aje. Sekali teleng muka terus tukar topeng baru. Kena belajar gak teknik ni. Mana tahu, boleh jadi assistant tahun depan. Haha! Cer uols tengok video dia kat bawah ni:


Sampai lah akhirnya topeng dia habis, dia kasi macam kertas "ong" kat budak-budak. Berebut-rebut masing-masing walaupun ada yang dari luar negara gak tu, entah faham ke tak maksud kertas tu. Haha! Tak kisah lah nak, asalkan ko gembira sudehhh!


Persembahan High Pole Lion Dance tu pun menarik perhatian ramai sebab hujung-hujung tu singa tu lempar token Lunar New Year kat pengunjung. Yang paling orang berebut termasuklah bapak orang tiba-tiba bangun berdiri ke depan, adalah dua biji anak patung tikus! Nasib baik bapak orang tu tak dapat pun. Kalau tak, geram gak kita sebab dia berdiri depan kita. Hahaha!



Selain dari tu, antara benda menarik sepanjang Lunar New Year celebration dari 18 Januari hingga 9 Februari kat LEGOLAND Malaysia ni adalah:
  • Monkey King Appearance – Spot the Monkey King as he parades around the park causing mischief. 
  • The Ninjas – The Ninjas will be making their debut show at LEGOLAND Malaysia Resort and showing off their breakdance moves! (yang ni sempat tengok tapi tak sempat amek gambar sebab memory full 😂)
  • LEGO Build Activity – Friends & family can usher in the Year of the Rat in the typical LEGOLAND style by working together to build the best Lunar New Year themed LEGO creation!

So, apa tunggu lagi? Cepat beli tiket sementara ada diskaun 30%! Maklumat lanjut tentang Lunar New Year at LEGOLAND Malaysia boleh rujuk kat SINI.

Lagi banyak gambar masa hari kejadian boleh tengok kat FB page Sunah Sakura.


Website:

Instagram:

Facebook:

Meriah Sungguh Sambutan Lunar New Year di LEGOLAND® Malaysia Resort! Meriah Sungguh Sambutan Lunar New Year di LEGOLAND® Malaysia Resort! Reviewed by Sunah Sakura on February 01, 2020 Rating: 5

11 comments:

  1. menarik..two in one. Celebrate chinese new year plus dapat enjoy legoland. Tak payah pergi China nak rasa kemeriahan tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaaa tak payah pergi China musim virus Wuhan ni..ahahahha

      Delete
  2. Tak pernahnya tak meriah kalau sambutan perayaan di Legoland ni...Puashati kalau dapat join sekali kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la....dan kena stay sampai legoland tutup baru dapat rasa kemeriahan dia tu..haha

      Delete
  3. eehe penuh hiasan warna merah ang ang le kan time CNY ni.. cantik2 je deco diorang disana. bila tah nak sampai JB ni tatau. hehe..

    ReplyDelete
  4. CNY Tahun ni lebih meriah dari tahun lepas rasanya. Celebration CNY kat Legoland lagilah meriah cerita dia kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aha betul tu...setuju! rasa lebih absorb dan ambil tahu tentang sambutan tahun ni dari sebelum2 ni...sebab dah makin ramai rakan2 berbangsa Cina..

      Delete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comments with link will be deleted, I'm sorry, as I don't want it to increase my spam score. Thank you.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com

Powered by Blogger.