Tahniah Naim Daniel, Juara Anugerah Juara Lagu AJL 34 2020

Tahniah Naim Daniel, Juara Anugerah Juara Lagu AJL 34 2020 | Siapa tengok AJL 34 malam tadi? Kita terlupa nak tengok. Padahal petang tu da borak-borak dengan kak Ajan, nak tengok AJL 34, tapi malam tadi lepas Isyak je terus masuk bilik, duduk dalam bilik masing-masing. Haha. Pagi ni bangun tengok Facebook, ramai update status AJL 34.

Perghhh makeup macam lukisan komik!!!! Kredit: Berita Harian

Naim Daniel yang bawak lagu Sumpah akhirnya jadi juara AJL 34 tahun 2020. Kalau tengok dari senarai finalis AJL 34 tu, memang susah sikit nak ramal siapa pemenangnya. Semua pun hebat-hebat. Tapi dari segi vokal, memang dalam kepala da nampak antara Hafiz Suip dengan Ernie Zakri. Tahniah kepada Hafiz sebab menang Vokal Terbaik dan Persembahan Terbaik AJL 34!

Nah kita kongsikan senarai pemenang AJL 34 2020.

Kredit: Yoy Network

12 Finalis AJL 34 Tahun 2020

1. Drama - Drama Band
Komposer: Aepul Roza, Daus SRK, Faeez Ikhwan, Syed Syahmir & Nik Adib
Penulis Lirik: Aepul Roza, Daus SRK, Faeez Ikhwan, Syed Syahmir & Nik Adib

2. Sumpah - Naim Daniel
Komposer: Naim Daniel & Omar K
Penulis Lirik: Naim Daniel

3. Kisah Cinta Kita - Hafiz Suip
Komposer: Ikhwan Fatanna & Ayden Ali
Penulis Lirik: Dato' A. Aida

4. Anta Permana - Dato' Sri Siti Nurhaliza (Bob Yusof)
Komposer: Hael Husaini & Ezra Kong
Penulis Lirik: Hael Husaini & Ezra Kong

5. Bangun - Aman Ra
Komposer: Navigator
Penulis Lirik: Aman Ra

6. Ku Bersuara - Ernie Zakri
Komposer: Syamel, Omar K, Blaine Bakri & John Jeevasingham
Penulis Lirik: Syamel, Omar K, Blaine Bakri & John Jeevasingham

7. Ragaman - Faizal Tahir (Fairuz Misran)
Komposer: Faizal Tahir, Mike Chan & Romeo
Penulis Lirik: Faizal Tahir, Jaare, Karim Karam & Mike Chan

8. Rampas - Akim and Majistret
Komposer: Hang Nadim & Laq
Penulis Lirik: Bunga Cantik

9. Dinda - Kugiran Masdo
Komposer: Ali Sariah
Penulis Lirik: Ali Sariah

10. Peneman - Hazama & The Penglipurlara
Komposer: Tam
Penulis Lirik: Tam

11. Lembah Kesepian - Haqiem Rusli
Komposer: Haqiem Rusli
Penulis Lirik: Haqiem Rusli, Goufran & Ibnu

12. Sumpah - Aina Abdul
Komposer: Aina Abdul
Penulis Lirik: Aina Abdul

Kredit: Malaysiakini

AJL 34 yang dimeriahkan dengan tema Warna Warna Suara dihoskan oleh trio Haziq Hussni, Sherry Alhadad, dan Awal Ashaari. Persembahan pembuka tirai AJL 34 membariskan pemenang vokal terbaik Anugerah Juara Lagu terdahulu seperti Liza Hanim, Misha Omar, Adibah Noor, Jaclyn Victor, Lah Ahmad, Black dan Hazami. Kesemua lagu yang layak diadili barisan juri profesional yang dibarisi Faizal Uzir (Lok U), Datuk Syafinaz, Edrie Hashim, Aznul Haidi Azmi, Aubrey Suwito, Ajai dan Azmeer selaku ketua juri.

Senarai Juara dan Pemenang AJL 34 Tahun 2020

Juara:
Sumpah - Naim Daniel
RM50,000 + Trofi + Baucar RM10,000

Naib Juara:
Bangun - Aman Ra
RM35,000 + Trofi 

Tempat Ketiga:
Anta Permana - Dato Siti Nurhaliza (Bob Yusof)
RM20,000 + Trofi 

Persembahan Terbaik:
Kisah Cinta Kita - Hafiz Suip
RM12,000 + Trofi 

Vokal Terbaik:
Kisah Cinta Kita - Hafiz Suip
RM12,000 + Trofi 

Anugerah Pilihan Peminat Setel:
Lembah Kesepian - Haqiem Rusli

Tahniah kepada semua pemenang!
Tahniah Naim Daniel, Juara Anugerah Juara Lagu AJL 34 2020 Tahniah Naim Daniel, Juara Anugerah Juara Lagu AJL 34 2020 Reviewed by Sunah Sakura on February 10, 2020 Rating: 5

11 comments:

  1. Setelah sekian lama tak tengok AJL, malam tadi boleh layan dari mula sampai habis. Kagum giler dengan kesan grafik yang dipaparkan pada persembahan setiap finalist tapi cuma terkilan, rasanya ada yang lebih layak lagi utk persembahan terbaik, cuma tak pastilah adakah persembahan terbaik tu undian penonton. Bab vocal, no komen, sebab tiap2 tahun memang Hafiz Suip sapu, hahaha

    ReplyDelete
  2. tengok sekejap jer.. x sempat tengok persembahan yg menang tu semua kecuali anta permana.. masa bob nyanyi biasa je, sekali dato ct masuk pun buat persembahan.. terus meremang..haha

    ReplyDelete
  3. suka juga lagu naim daniel tu..ingtkn vokal erni or aina abdul ..tkde rezeki mereka smlm

    ReplyDelete
  4. akak tak tengok sangat maalam tadi, tapi rakam dah balik petang ni baru tngokla...

    ReplyDelete
  5. tahniah naim daniel. tengok dia pun tak sangka dia menang. ^^

    ReplyDelete
  6. rezeki naim... tp hari ni kuar statement diva aa x kenal dia hahaha

    ReplyDelete
  7. okay je dengan semua pemenang. juri da buat kerja diorang terbaik menilai..
    ikutkan kite suka Haqiem hehehe..

    ReplyDelete
  8. mama mmg suka lagu ni.. mmg layak menang best sgt persembahan naim d

    ReplyDelete
  9. Lerrr tak tengok rupanya dia hahahaha...
    Banyak-banyak tu suka persembahan Hafiz je, yang lain tu ermmmm

    ReplyDelete
  10. Akak dapat tengok kejap je..first performance rasanya, lepas tu tido...esoknya nak keja kan..

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comments with link will be deleted, I'm sorry, as I don't want it to increase my spam score. Thank you.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com

Powered by Blogger.