Coronavirus - Cirit-birit Dikesan Agen Kedua Penyebaran

Cirit-birit Dikesan Agen Kedua Penyebaran Coronavirus - Saintis | WASHINGTON : Cirit-birit mungkin adalah agen kedua dalam penyebaran wabak coronavirus, kata saintis semalam susulan penerbitan kajian terbaharu yang mengaitkan simptom berkenaan dengan simptom abdominal dan najis pesakit.

Sumber utama dipercayai berpunca daripada titisan air liur daripada batuk pesakit, walaupun penyelidik pada kes awal berkata, tumpuan lebih diberikan kepada pesakit yang banyak menunjukkan simptom respiratori dan mungkin terlepas pandang aspek berkaitan sistem penghadaman.


Sejumlah 14 daripada 138 pesakit (10 peratus) di hospital Wuhan yang menjadi bahan kajian bagi Jurnal Persatuan Perubatan Amerika (JAMA) didapati mengalami masalah cirit birit dan loya satu atau dua hari sebelum mula dilanda demam dan masalah pernafasan.

Pesakit Amerika Syarikat (AS) pertama yang disahkan positif coronavirus juga mengalami masalah cirit birit selama dua hari dan virus berkenaan dikesan berada dalam najisnya, malah terdapat kes sama turut direkodkan di China.

“Apa yang lebih penting, coronavirus turut dilaporkan terdapat dalam sisa buangan pesakit yang mengalami masalah abdomen, menyamai kesan pada Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) apabila kesan virus itu ditemui dalam sisa air kencing pesakit, sekali gus membuktikan bahawa ia boleh tersebar melalui sisa perkumuhan,” kata profesor jurusan kesihatan alam sekitar di Universiti Southampton, William Keevil.

Kemungkinan itu bagaimanapun bukan sesuatu yang mengejutkan ahli sains kerana virus berkenaan tergolong dalam keluarga yang sama seperti SARS. - Reuters

Sumber: Berita Harian

Nampaknya makin bertambah kes dari hari ke hari. But it is slowing down, hopefully. Take care guys. Cuti-cuti Thaipusam ni pergi mana?

Kita tengahari jap lagi nak pergi MaQan Food Fest kat Plaza Angsana. Tu pun dua tiga kali fikir. Tapi diorang ada sediakan mask dan hand sanitizer, jadi ok lah kan. Yang penting, kena berusaha untuk tak pegang entah sape-sape je. Kahhh!
Coronavirus - Cirit-birit Dikesan Agen Kedua Penyebaran Coronavirus - Cirit-birit Dikesan Agen Kedua Penyebaran Reviewed by Sunah Sakura on February 08, 2020 Rating: 5

13 comments:

  1. Nice info. Tq sunah. Risau kan sekarang ni nak jalan pun fikir banyak kali

    ReplyDelete
  2. Mudah2an kita dihindari daripada nCoV ini

    ReplyDelete
  3. Tulah terbaca juga semalam, Allahuakbar. Moga kita dijauhkan dari virus ini.

    ReplyDelete
  4. Orang kata, cegah sebelum parah. Kadang rasa kesal dgn sikap kerajaan China atas apa yg terjadi skrg

    ReplyDelete
  5. Semakin ada penemuan baru berjangkit atau merebaknya coronavirus ni..bererti Allah swt nak kita lebih berhati-hati..

    ReplyDelete
  6. jaga diri dan keluarga...semoga dijauhi drp covNI

    ReplyDelete
  7. makan benda pelik2 tu la perut pun xmo terima.
    huurmmm ya Allah lindung kami semua dari musibah dan ujian ni..

    ReplyDelete
  8. Allahu. semoga kita semua dilindungi oleh Allah Taala T_T

    ReplyDelete
  9. Sampaikan nak berak pun takut ni hahahahaha

    ReplyDelete
  10. Kena jaga pemakanan, kebersihan dan sentiasa berhati- hati...

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com

Powered by Blogger.