Art At Amari - Kolaborasi Amari Johor Bahru Bersama Penggiat Seni Anak Johor

Art At Amari - Kolaborasi Amari Johor Bahru Bersama Penggiat Seni Anak Johor | Dah masuk ke bulan Mac 2020. Dah tiga bulan hotel Amari Johor Bahru memulakan projek Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) diorang untuk tahun ni. Tema utama diorang tahun 2020 ni adalah #ArtAtAmari, satu laluan terbaru Amari Johor Bahru untuk mencapai matlamat CSR melalui plan 12 bulan kolaborasi dengan penggiat seni tempatan, terutamanya anak jati negeri Johor.

Group photo dengan Alifph, Johorean Creative Director of Regalia Weddings

Amari Johor Bahru menyediakan ruang, bantuan pemasaran, dan platform untuk para penggiat seni mengembangkan bakat diorang, sambil mengumpul dana untuk Onyx Hospitality Group Foundation (OHGF), salah satu badan kebajikan yang ditubuhkan pada tahun 2011 untuk membantu golongan yang memerlukan dari segi pendidikan, pembangunan sosial dan fizikal, juga bantuan mangsa bencana.

Why #ArtAtAmari?
  • To support and celebrate local Johorean artists, musicians and creative entrepreneurs to showcase their talent and work.
  • To connect with the local artist and the community.
  • To raise funds for the Onyx Hospitality Group Foundation (OHGF).



Untuk tahun ni, tiga orang penggiat seni yang bekerjasama dengan Amari Johor Bahru ialah Hanzhen Yap, Alifph Rajmaslan dan Lavannia Kumar. Saya sempat bersua muka dengan Alifph dan Lavannia masa launching of #ArtAtAmari dua hari lepas. Diorang berkongsi tentang pengalaman masing-masing dalam dunia seni kreatif ni dan share serba-sedikit kerja-kerja yang pernah diorang hasilkan untuk Amari Johor Bahru.


Lavannia berkolaborasi dengan Amari Johor Bahru dalam membawakan aktiviti kesenian ke ruang hotel melalui projek Kids Craft Session dan Art & Sip. Peserta kanak-kanak boleh menghasilkan kraftangan sendiri, manakala peserta dewasa boleh menyertai aktiviti melukis serta mewarna atas kanvas dengan guide daripada Lavannia.


Jangan risau, aktiviti camni beginners pun boleh join tau, it is as easy as piece of cake. Tiberrr! Belum masuk turn seketul Sunah lagi nak melukis mid of March nanti, tassabar rasanya! Oh, Lavannia ni, artwork dia kita boleh kenal dengan tema black and gold, warna kegemarannya. Business card dia pun warna ni, ya! Kalau uols join aktiviti-aktiviti ni, sedikit daripada fee akan disumbangkan kepada OHGF.


Alifph pulak berkecimpung dalam bidang dekorasi perkahwinan. Wowww sangat tau! Tak sangka anak muda dari Muar, Johor ni sangat-sangat berjaya dalam bidang yang sangat banyak tekanan macam ni. Haha! Siapa pernah ada pengalaman organize wedding, faham lah macam mana tekanan dia tu ๐Ÿ˜œ


Mengambil hasil air tangan Pak Abu sebagai sumber inspirasi, Alifph banyak buat deko pelamin dan hiasan majlis dengan menggabungkan pelbagai budaya tradisi kat Malaysia ni menjadi satu hasil yang memukau pandangan kita. Untuk Amari Johor Bahru, Alifph diberi peluang mereka-bentuk ruang lobi hotel dengan tema budaya tempatan yang berbeza setiap suku tahun. Tak lama lagi nak raya kan? Haaa, tasabarrrr jugak nak tengok macam mana rupa lobi Amari Johor Bahru bulan depan!


Hanzhen pulak tak dapat turut serta masa launching hari tu, tapi our media friend yang sangat mengenali dan mengikuti kerja-kerja dia, berkongsi tentang Hanzhen dengan kitorang. Hanzhen merupakan seorang pelukis lakaran yang istimewa, disahkan mempunyai Autism pada umur 2 tahun, bakatnya dalam bidang lukisan bukan biashe-biashe tau! Beberapa lakaran Hanzhen diletakkan di tengah-tengah lobi hotel untuk pengunjung meneliti setiap satu daripadanya, dan kalau ada pengunjung yang membeli, sedikit daripada jualan tu akan dimasukkan ke dalam dana OHGF juga.


Uniknya cara dia melukis tu diibaratkan seperti "human printer", dia tenung kejap objek yang nak dilukis, kemudian lakaran dimulakan atas kertas, dari kiri ke kanan tanpa perlu check balik sama ke tak dengan objek sebenar, takde nak padam-padam, lukis balik. Uols boleh cari kat Youtube kalau ada ek. Hanzhen sangat berjaya dengan bakatnya, dah ke merata dunia dah dia pergi melukis, termasuklah Wuhan. Ehhh! Ini fakta bukan auta ๐Ÿ˜‚

Menarik kan?

In case uols perlukan lebih info atau nak buat kolaborasi dengan Amari Johor Bahru dalam #ArtAtAmari ni, boleh contact terus pihak hotel:

Grace Chiam
Director of PR & Marketing Communications
+60164159272
grace.chiam@amari.com
Art At Amari - Kolaborasi Amari Johor Bahru Bersama Penggiat Seni Anak Johor Art At Amari - Kolaborasi Amari Johor Bahru Bersama Penggiat Seni Anak Johor Reviewed by Sunah Sakura on March 06, 2020 Rating: 5

6 comments:

  1. wahh menarik nih.. nnutla wak singgah

    ReplyDelete
  2. masa mula-muula baca tajuk, akak dok baca almari heheheh... rupanya amari la

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahah kakkkkk ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ

      Delete
  3. Terbaik Amari. Peluang juga untuk anak Johor tonjolkan bakat

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com

Powered by Blogger.