Ticker

6/recent/ticker-posts

Covid-19: Malaysia Catat Dua Kes Kematian Pertama

Covid-19: Malaysia Catat Dua Kes Kematian Pertama | Pukul 4.19 petang. Rasa tak percaya bila baca dalam group whatsapp. Betul ke ni? Dah banyak yang forward-forward perbualan dari group lain. Masa tu Kementerian Kesihatan Malaysia belum buat pengumuman terkini tentang Covid-19 lagi.

Rasa sebal dalam hati. Lagi-lagi bila angka 0 menjadi 1 tu dari Kuching, Sarawak. Masih berharap tu fake news. Pukul 5 lebih, ada pula berita kematian yang lain. Angka 1 menjadi 2 dari Johor. Siap dengan voice note daripada mak pesakit. Allahu.

Mungkin meninggal dunia sebab sakit lain.

Mungkin bukan Covid-19.

Pukul 5.50 petang, berita yang disangka fake akhirnya terjawab.



TERKINI: 17 Mac. 120 lagi kes baru dilaporkan di Malaysia menjadikan 673 kes.

95 daripada kes baru itu berkait dengan kes kluster perhimpunan di Sri Petaling.

Manakala 7 lagi pesakit telah sembuh menjadikan 49 setakat ini.

Dua (2) kematian #COVID-19 iaitu kes ke-178 dan kes ke-358 dilaporkan di CPRC, hari ini, 17 Mac.
  1. Kes ke-178 lelaki warga Malaysia berumur 34 tahun yang pernah hadir perhimpunan tabligh di Sri Petaling. Beliau bergejala mulai 5 Mac 2020 dan dirawat di Hospital Permai pada 12 Mac 2020 selepas positif COVID-19. Keadaan beliau merosot dan dimasukkan ke ICU. Beliau disahkan meninggal dunia pada hari ini.
  2. Kes ke-358 lelaki warga tempatan 60 tahun mempunyai sejarah penyakit kronik. Mula bergejala pada 7 Mac dan dirawat di Hospital Umum Sarawak pada 14 Mac 2020 setelah positif COVID-19. Beliau disahkan meninggal dunia pada hari ini.


Allahu.

Rasa sebal dalam hati semakin tebal.

Kusangkakan Malaysia tak akan memecahkan angka sifar, namun Allah ada rancanganNya tersendiri.

Moga semua berada dalam lindunganNya.

Ameen.

Post a Comment

7 Comments

  1. Semoga wabak ini akan berakhir pd kadar yg segera jika semua rakyat mengambil langkah berjaga2.

    ReplyDelete
  2. semoga kita sentiasa bersedia dengan sebarang kemumgkinan yang bakal berlaku..

    kesan yang nyata adalah ekonomi yakni inflasi dan sewaktu dengannya.

    bagaimanapun kematian boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.

    doakan yang terbaik sahaja

    ReplyDelete
  3. Seolah mimpi ngeri bagi Malaysia..sangat menakutkan...

    ReplyDelete
  4. macam tak caya pulak Malaysia terpaksa berdepan dengan kejadian macam ni

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com