Ticker

6/recent/ticker-posts

Setup Printer RICOH ke Laptop

Setup Printer RICOH ke Laptop | Sabar dulu, ni bukan tutorial untuk setup printer RICOH ke laptop uols. Tapi nak share aje aktiviti kerja Khamis lepas. Ye, minggu lepas saya masuk office hari Khamis pulak. Sebab hari Jumaat my boss balik kampung.

Hari Rabu lagi, my boss da pesan untuk contact technician printer supaya datang hari Khamis petang untuk setup printer. Masa mula-mula kerja ri tu, pelik gak sebenarnya. Kenapa kena panggil technician? Tak boleh nak setup sendiri ke?


Rupanya printer RICOH dan yang seumpama gini memang kena technician dia sendiri yang buatkan setup network antara laptop or desktop kita dengan printer tu. Printer yang tak payah guna kabel USB ke laptop kita kalau nak guna. Sebab dia boleh guna Local Area Network bila connect pada wifi yang sama.

So, kalau nak print dari laptop, kita duduk kat hujung office pun masih boleh print, asalkan connected pada wifi office jugak. Menariknya, dua bulan sekali, kita bayar bil kepada syarikat printer dengan jumlah printed item selama dua bulan guna printer RICOH tu, diasingkan ikut cetakan hitam putih, berwarna atau fotostat. Kalau scan je, tak termasuk dalam bil.


Kira macam sewa la kan printer tu. Dan dari button total print kat printer tu, kita boleh tengok berapa banyak setiap orang guna dalam dua bulan tersebut, sebab technician da setup siap-siap number user bagi setiap orang. So, takde la syarikat yang kena bayar semua sekali, setiap pengguna akan tanggung bil printing masing-masing, sebab office saya ni kan ade banyak company dalam satu bumbung.

Siapa da lama bekerja dengan printer, mesti faham. Tapi tengok kat google, macam ada jugak tutorial untuk connect printer RICOH ke wifi, tak belek betul-betul pulak kot boleh setup sendiri aje.

Kita punya jakun da hampir habis. Okbai.


P/S: Alamak, nyesalnya tak setel semua agreement awal-awal, dah tak sempat lerr nak gi cop stem hasil. LHDN tutup sampai hujung bulan.

Post a Comment

8 Comments

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com