Ticker

6/recent/ticker-posts

Covid-19: Perintah Kawalan Pergerakan Bermula dari 18 Mac hingga 31 Mac 2020

Covid-19: Perintah Kawalan Pergerakan Bermula dari 18 Mac hingga 31 Mac 2020 | Baru sebentar tadi YAB Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan kepada seluruh rakyat Malaysia berkuatkuasa dari 18 Mac hingga 31 Mac 2020. 

Perintah ni dibuat berdasarkan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967, mengambilkira peningkatan angka kes baru Covid-19 kat Malaysia ni yang begitu mendadak sejak dua hari lepas dengan 553 kes keseluruhan.


Berikut merupakan ringkasan intipati dari pengumuman TSMY:

  1. Larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya. Semua rumah ibadat dan premis perniagaan ditutup KECUALI pasaraya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian.
  2. Larangan rakyat Malaysia keluar negara. Jika baru balik, self-quarantine 14 hari.
  3. Sekatan pelancong dan pelawat asing ke dalam negara.
  4. Semua intitusi pendidikan DITUTUP dari taska, sekolah kerajaan dan swasta termasuk sekolah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah antarabangsa, pusat tahfiz dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan prauniversiti hingga ke IPTA/S dan ILK seluruh negara.
  5. Semua premis kerajaan dan swasta DITUTUP KECUALI yang melibatkan perkhidmatan air, elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, bomba, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan, pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan.

Lusa da start, tinggal esok je untuk mana-mana yang terlibat setelkan apa yang perlu. Sama-sama kita jaga diri dalam tempoh Lockout dan Partial Lockdown ni. Moga semuanya akan kembali pulih dan jumlah kes Covid-19 beransur kurang sehingga mencapai angka sifar.

Ameen.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi hotline 03-8882010, selepas pukul 12 tengahari esok.

Rujuk: Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988

Post a Comment

6 Comments

  1. dalam gembira dapat cuti tu tetap jugak risau ni sunah oi

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya kak, cuti ke tak tu sama aje...tetap kerja dari rumah...huhuhu

      Delete
  2. semoga dipermudahkan segala urusan kita dalam membendung penularan wabak ini. aamiin

    ReplyDelete
  3. Bila dah diperintahkan, time tu lee segala barang dapur habis hahahaha eh nak kena gi kedai ni beli halia adeiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhah pergi jerrr...lepas beli terus balik..jangan nak pi mengopi kat shell lak..hahahha

      Delete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com