Gazoline Malaysia by ESG - Restoran Fast Food E-Sport Gaming Pertama di Malaysia

Gazoline Malaysia by ESG - Restoran Fast Food E-Sport Pertama di Malaysia | Makan burger sambil main game? Biasa dibuat kat rumah kan? Tapi kali ni, jommmm, kita nak ajak uols main game sambil makan-makan dekat Gazoline Malaysia by ESG!


Gazoline Malaysia by ESG (Gazoline Malaysia) merupakan restoran rangkaian makanan segera pertama di Malaysia yang bertemakan E-Sport. Restoran ni adalah di bawah naungan ESG Gaming, Malaysia Professional Mobile E-sports Club yang bertapak di Johor Bahru.


Menariknya, kat sini uols boleh lepak main game dengan kawan-kawan sebab ada 4 slot PlayStation 4 (PS4), 10 slot Virtual Reality Games (VR) dan banyakkkk plug untuk uols main games online guna phone. Nak buat kerja kat sini pun, ok kot? Kalau boleh tahan riuh orang main game lah. Haha!



So, kalau uols pencinta game FIFA World Cup, PUBG atau Mobile Legend, sesuai sangat la datang main kat sini. Nak buat tournament pun best sebab tempatnya luas dan yang penting, ada macam-macam jenis makanan dan minuman in case masa main game, perut berbunyi pulakkk!

Antara menu-menu dari gambar kat atas sekali nunnn, yang uols wajib cuba kat Gazoline Malaysia ni adalah seperti di bawah yeee~




Saya paling suka Exclusive Wagyu Burger tu, daging Wagyu tu memang confirm sedap, dengan kombinasi sos yang sangat sesuai dan menaikkan rasa dagingnya. Golden Fish Burger tu pun sedap, rangup di luar, juicy kat dalam, very recommended ya! Oh, ayam pun sedap gak! Uols boleh pilih nak original or spicy, sama macam fast food yang lain. Setiap Burger Set dan Chicken Combo Set kat sini didatangkan dengan French Fries, Sweet Corn dan air.



Dari segi minuman pulak, ada banyak jenis kat sini, uols boleh minum kopi, ice blended atau pun energy fizzes drink dia. Kalau nak iced lemon tea or chocolate pun adoo. Iced Hazelnut Latte, Oreo Iced Blended dengan Iced Chocolate dia sedapppp, okayy! Uols boleh pilih nak air panas gak, ikut lah citarasa masing-masing yeee~



Gazoline Malaysia ni ada dua cawangan dan kedua-duanya baru aje dibuka pada 9 Mac 2020 (Masai) dan 10 Mac 2020 (Eco Botanic) yang lepas. So, semuanya masih baru lagi tau! Untuk main game kat sini, kalau uols datang beli makanan, uols boleh main PS4 pada rate RM3 sahaja setiap sejam. Kalau tak beli makanan, rate dia RM10 untuk sejam pertama, dan RM3 untuk setiap jam seterusnya.


In case memang tak nak main game, hanya nak order makanan atau minuman saje pun boleh. Sebab diorang ade kaunter khas untuk take away only. Kalau nak tengok lagi gambar-gambar makanan lain, uols boleh jenguk Facebook page Sunah Sakura ya!


Nahh alamat Gazoline Malaysia untuk uols serbu:


Gazoline Masai
23 & 25, Jalan Kota 2/3, Taman Cahaya, Kota Puteri, Masai, Johor

Gazoline Eco Botanic
No. 67/ 69, Jalan Eko Botani 3/7, Iskandar Puteri, Johor

Waktu perniagaan:
Setiap hari
10 pagi - 1 pagi

No Pork, No Lard, No Alcohol

Facebook:

Instagram:

Contact No:
+6012 341 4604

29 comments:

  1. Para Gamers sila duduk rumah aje yaaa hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhaha khennnnnn...lepas 31 mac nanti bole keluar

      Delete
  2. Bestnye tempat e sport dia. Sambil main boleh makan. Wagyu tu menarik perhatian betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaa, tapi jaga2 jangan tertumpah pulak makanan...hahahha

      Delete
  3. best niii, bukanla gamers sangat tapi kalau dah dtg sini mesti kena main gak game haha.. Sambil makan pulakk wahh.. Tapi lepas dah reda nanti lah yee

    ReplyDelete
  4. nak try nak try burger wagyu tu. melteingggg tak dalam mulut. game bawak je husband kita, pandai2 la dia main, kita makan.

    ReplyDelete
  5. Wahhh bestnya tempat ni.. mmg seronok la gamers datang sini.... main game sambil makan makanan2 sedap2 kat sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeeee, best tau! datang johor bole lepak sini tau

      Delete
  6. Wah menariknya Restoran Fast Food E-Sport Gaming Pertama di Malaysia..
    baru nk ajak kawan2 pergi Gazoline Malaysia by ESG..Jauhnyaaaaaaaaaaa johor lahaiii..hehe kwn2 opis iena semua gamerz.kt opis time rehat n lepas keje asyik main game..klu PS4 kt recreation corner full, dorang main game kat laptop atau kt phone..plus company iena mmg buat platform game

    ReplyDelete
    Replies
    1. yee, jauh la jugak dari KL..hahahhaha

      wahh, menarik betul company iena!

      Delete
  7. Macam2 air ada dijual di sini. Nampak menarik. Bagus juga cara kita nak vangunkan esport

    ReplyDelete
  8. Pergh memang berita baik untuk kaki game ni! Sambil makan sambil layan game. Dah lammenu2 dia not bad

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, menu2 dia memang saya recommend sangat2 untuk rasa sebab sedappp

      Delete
  9. oo kira konsep fast food ni. best juga tu, food pun nampak sedap2

    ReplyDelete
  10. Wahhh curlasss skrg gaming pon dah ada cafe. Pilihan makanan pon bukan biashe biashe yer. Meriah !

    ReplyDelete
  11. Bagus juga ada tempat macam ni. Daapat juga cungkil bakat anak muda yang terror bermain game kan. Mana tau ada yang boleh jadi wakil untuk kejohanan e-sport kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaaa, memang ada antara pemain wakil ESG tu dah ke tournament pun...hehe

      Delete
  12. Wow,heaven untuk kaki gamers melepak dengan kawan2,main game sambil makan. Menu2 kat sini pun nampak sedap2 lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaaa, kalo bukan kaki gamers pun boleh datang!

      Delete
  13. Anak sis kalau tahu ada tempat mcm ni sure dia ajak nak pergi. Tapi menarik gak tmpat ni ekk...boleh main game n makan2

    ReplyDelete
  14. memang tak berganjak la kaki gamers tu dari restoran ni hahaha semua dah sedia lengkap dah. Decoration dia pun menghidupkan suasana. Terbaik lah!

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com