Ticker

6/recent/ticker-posts

Kemaruk Dalgona Coffee Viral

Kemaruk Dalgona Coffee Viral | Dalgona Coffee rupanya nama dia. Sebelum mula viral kat Facebook, saya dah nampak orang viral kat Tiktok seminggu sebelumnya. Laju betul rakyat Malaysia ni kalau bab minuman or makanan viral kan? Termasuk saya sekali terjebak mencubanya.


Walau sebenarnya takde rasa nak cuba buat pun. Tapi dua hari lepas, kak Di whatsapp cakap nak datang rumah pinjam mixer. Dia nak ajak buat Dalgona Coffee tu, sebab rumah dia takde mixer. Tapi sebenarnya, takde mixer pun uols still boleh buat guna garpu atau whisk, cuma mengambil masa lama sikit la nak jadi meringue tu.


Jangan tanya kopi apa dia bawak, lupa nak tanya. Sebab dia da gaul siap-siap dengan gulanya. Sukatan kopi, gula, air panas dalam nisbah 1 : 1 : 1. Kitorang buat 2 sudu kopi, 2 sudu gula perang, 2 sudu air panas.


Masukkan dalam mangkuk camni semua tu. Lepas tu blend guna mixer sampai berkrim. Kalau guna mixer, sekejap je dah berkrim. Dalam 5 - 7 minit gitu. Kalau tak jadi berkrim tu, maksudnya kopi uols tak sesuai digunakan buat meringue. Sebab saya dah try guna Nescafe Caramel Latte 3 in 1 dan Milo, dedua tak jadi 🙅


Mungkin kena tukar sukatan supaya sesuai dengan komposisi dalam bahan tersebut. Bila dah berkrim, sediakan cawan cantik, masukkan ketulan ais. Haaa jangan lupa buat kiub ais pulak. Bolehhh je minum dengan susu panas, tapi susu sejuk lagi best!


Ye, susu tuan-tuan dan puan-puan. Kitorang guna susu segar Farm Fresh tanpa gula dan tanpa bahan pengawet tu. So, susunya langsung tak manis lah ya. Masukkan dalam cawan cantik bersama kiub ais tadi.


Then, guna sudu, kaup meringue kopi dan bubuh la atas susu tadi. Meringue yang menjadi dan gebu, akan menyebabkan dia tak tenggelam or mendap ke dasar cawan. Nah begituuu. Tapi yang first tu tak berapa gebu sangat, tapi ok lah. Nak minum, boleh lah digaul bersama dengan sudu, jadilah Kopi Latte Ais yang sedap berkrimmmm!


Wallawehhhh, memang sedap dan kick! Peminat Latte confirm suka! Dan tak ada isu sakit kepala ke migrain ke pun, tak tahu lah kenapa orang lain sampai sakit kepala dengan migrain. Haha. Mungkin ikut jenis or brand kopi kot. Atau tak biasa minum Nescafe ke.


Hari kedua iaitu semalam, saya buat lagi satu jug pulak sebab minum tiga orang, Nada lak nak buka puasa. Semalam punya cantik gebu kembang, tapi tak ambil gambar dalam cawan lak. Haha. Malass lerrrr. Tapi lepas ni, rasanya kena kurangkan amaun kopi tu, macam banyak gilerrr entah berapa shot lah tu.

Eh lepas ni? Tak tak, bulan depan baru buat lagi. Haha!

Post a Comment

20 Comments

  1. Memang cntik kejadiannya, mmg merata kt fb akak tengok orang kongsi.
    Tapi sebab akak bukan peminat nescafe takde la teruja nk nyuba hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..memula tu takde la nak cuba pun...kita tolong buatkan untuk kakak tu je, dia nak rasa, tapi tak reti nak pakai mixer tu...dia takut tak jadi

      Delete
  2. Well, I'm not a fan of coffee but ramai sgt kemaruk tp jangan overdose please. rata2 letak 2 sudu kopi, byk tu actually and cause some people to experience heart palpitation especially bg those yg x biasa minum. take care ya. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah, tu yang pelik...banyak 2 sudu kopi tu, tapi rasa dia ok macam latte kat mcdonalds tu

      Delete
  3. Owh, patutlah anak wak buat kat dapur tu hari.
    Tapi wak tak cuba mintak rasa.

    ReplyDelete
  4. Sedap! dah cuba buat ikut taste sendiri :)

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. jauh nak hantar, sampai sana kang da cair semuanya..hahahahha

      Delete
  6. belum rasa nak try buat lagi.. sbb tengok guna nes tu banyak.. akak kalau buat nes O utk husband guna hujung sudu kecik sikit coet je.. takut pulak nak try bila letak byk sangat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yee kak, kalo buat nes biasanya hujung sudu gitu lah ha...

      Delete
  7. sy bc kt ig, ada yg xleh tido sbb dalgona ni hehehe

    ReplyDelete
  8. mmg sana sini tgh rmi org buat kopi viral ni

    ReplyDelete
  9. Malasnya nak bancuh, last-last beli je drive thru McCafe Latte hahahahahaha

    ReplyDelete
  10. ehehe pakat ramai2 buat tayang kat ig. tapi kite x minat kupi dan x minum susu jadi rasa tak tergodaaa hehe. cuma geram gebusnyaaa foam tu.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com