Ticker

6/recent/ticker-posts

Lepak Bergosip di Old Town White Coffee

Lepak Bergosip di Old Town White Coffee | Disebabkan tak sempat lagi nak edit gambar makanan-makanan masa buffet Ramadhan preview dua hari lepas dan event semalam kat Gazoline Malaysia, kita update dulu pasal lepak minum petang kat Old Town White Coffee Sabtu lepas.


Kisahnya, kak Ajan ajak lepak dengan Norfy The Iskandarian. Malam sebelumnya, diorang dah decide nak borak-borak sambil minum kat mana-mana. Saya pulak free aje hari Sabtu petang tu, so on aje lahh. Mula-mula saya ajak gi SDS aje kat Taman U, tu je yang terfikir kat kepala. Kak Ajan ajak gi Old Town White Coffee, ohhh lupa pulak ada Old Town kat Taman U. Ok, ON!

Lepas Zohor, dalam pukul 2 lebih baru keluar rumah. Norfy dah sampai kat sana. Terus order makanan dan minuman. Start dengan Peanut Butter Toast dan Iced OLDTOWN Enriched Chocolate, dua menu paling favourite kat Old Town. Tapi takde ambil gambar. Hahaha!

Ingatkan sampai situ aje makannya, rupanya bersambung lagi bila borak punya lama jam dah menunjukkan pukul 3 petang. So saya order BBQ Chicken Rice Bowl sebab memang tak lunch lagi, Norfy order Spicy Tomato Chicken Meehoon Bowl, didatangkan dengan air, rega set ni masing-masing RM7.90 ajeee. Kak Ajan minum OLDTOWN White Coffee je kot, lupa pulak nak tanya air apa. Haha!


Dan heyyy, belum berhenti lagi rupanya bila lepas makan tu Norfy order lagi Steamed Charcoal Bun dengan Peanut Butter Toast, dan akhirnya ditutup dengan pencuci mulut Choctop Ice Cream on Paratha. Adeiii, banyaknya makan benda pelik-pelik. Haha!


Yang kelakarnya, masa nak order pencuci mulut yang last tu, waiter tu terambil gelas saya yang airnya belum habis lagi. Air lemon ais kan, jadi tak nampak dalam tu airnya masih ada sikit. Dia dah lapiskan dengan gelas lain, baru la Kak Ajan jerit, "ehhhhh!"

"Nak lagi ek?" tanya budak tu sambil keluarkan balik gelas yang dah berlapis tu.

"Alaa..takpe lahh..." jawab saya.

"Nak yang baru?" tanya dia.

"Oh, free ke..." saya tanya dengan suara perlahan macam nak tak nak keluar.

"Free...ok kot," dia jawab sambil tersengih dan berlalu ke dapur.

Ehhh. Hahaha! Tu la yang dapat free lagi satu air lemon ais tu. Mekasih dik! 

Masa lepak ni la baru nak kenal latar belakang Norfy dan keluarganya, siap jadi bahan homework seketul Sunah untuk buat survey tentang kewangan masa hadapan. Thank you Norfy!

Lepas ni boleh lepak lagi di hujung minggu mengisi masa lapang.

Kredit: OhBulan

P/S: Makin teruk nampak kes Covid-19 di Malaysia dan serata dunia hingga WHO isytiharkan pandemik. Take care semuanya.

Post a Comment

17 Comments

  1. lama tk singgah old town white coffee..sronok lepak gossip2 tu hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn...suka suasana kedai dia yang sesuai untuk lepak bergosip..hiihi

      Delete
  2. Baru lunch kat Oldtown White Coffee...makanan dia sedap walau sedikit pricey....asalkan selesa dah la makan kat sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak...woww baru lunch kat situ gak ekkk

      Delete
  3. Seronoknya dapat santai sesekali kan SS..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, seronok...yang penting ada inti dapat dari gosip..bukan gosip kosong..hihi

      Delete
  4. lama tak lepas OTWC Taman U...maklumla dah jauh...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah tu lah tuuuu..kat pekan nenas lak cari kak

      Delete
  5. seronok sesekali santai dengan kwn2/family makan2 macam ni

    ReplyDelete
  6. tak sangka dapat free..

    silap mereka tu..

    over hardworking

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lah..alhamdulillah, rezeki..sampai ke sudah dia melayan kami..haha

      Delete
  7. tak pernah try lagi charcoal bun tu. Rupa dia macam dayang senandung hahaha

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com