Resepi Step by Step Pengat Bebola Lempuk Durian dengan Pisang

Resepi Step by Step Pengat Bebola Lempuk Durian dengan Pisang | Fuhhh, rasa macam bulan puasa pulak kan? Dah keluar dah resepi pencuci mulut yang sedap dan menyelerakan. Sesuai sangat kalau buat untuk berbuka puasa di bulan Ramadhan nanti.


Alkisahnya, tahun lepas, balik raya haji kat Kedah, ayah mertua bagi lempuk durian. Memang ayah buat khas untuk menantu dia yang jarang balik kampung dan asyik terlepas musim durian ni. Biasanya orang dulu-dulu buat lempuk ni sebagai pengganti buah durian di luar musim durian. Buatnya pun guna isi durian dan gula semata-mata.


Sebab tu lempuk ni tahan lama, saya simpan dalam peti ais aje. Lama sangat sebab tak tahu nak buat apa, last-last tiga hari lepas saya buat lah pengat, based on Pengat Bebola Durian yang viral kat Thailand tahun lepas tu. Resepi asal, saya rujuk kat SINI dan olah ikut kesesuaian guna lempuk instead of isi durian.


Kalau buat guna isi durian, warna bebola tu lebih cerah, kalau guna lempuk, warnanya jadi gelap ikut warna lempuk. Saya tambahkan juga pisang ke dalam pengat sebab tak banyak pepejal nak digigit dalam lempuk. Kalau uols nak tambah sagu pun boleh, nak buat bubur kacang, bubur jagung then letak bebola ni pun boleh juga, ikut citarasa dan kreativiti masing-masing.

Nah, jemput tengok step by step saya buat Pengat Bebola Lempuk Durian dengan Pisang.

Saiz: 3-4 orang
Masa penyediaan: 30-40 minit

Bahan-bahan:
Lempuk durian*
Tepung pulut*(*ikut portion yang dikehendaki)
1/2 kotak Santan Kelapa Ayam Brand
1 gelas air
2 sudu besar gula perang
1/2 sudu teh garam
2 helai daun pandan (disimpul)
2 biji pisang saiz sederhana (dihiris bulat-bulat)

Cara-cara Membuat Bebola Lempuk Durian:

Saya buat untuk tiga orang makan, saya guna separuh aje dari lempuk yang saya ada, lebih kurang 3-4 sudu besar. Gaulkan dengan tepung pulut sampai adunan tak melekat dengan tangan macam gambar kat bawah.


Lepas tu kita gentelkan adunan lempuk tu, bulat-bulatkan jadi bentuk bebola. Taburkan dulu pinggan atau bekas nak susun bebola tu dengn sedikit tepung supaya tak melekat bebolanya nanti. Dah siap gentel, macam kat bawah.


Cara-cara Merebus Bebola Lempuk Durian:

Sebelum dimasukkan ke dalam pengat, kita kena rebus dulu bebola lempuk durian ni supaya nanti tepungnya dah masak dengan sempurna. Ikut cara kat bawah untuk rebus bebola lempuk durian.


Rebus air hingga mendidih.


Masukkan bebola lempuk durian.


Tunggu hingga bebola lempuk durian timbul ke permukaan air, menandakan tepung dah masak.


Angkat bebola dengan penapis.


Bebola dah siap direbus.

Cara-cara Memasak Pengat Bebola Lempuk Durian dengan Pisang yang sedapppp:

Bila bebola lempuk durian dah siap direbus dan pisang pun dah siap dihiris, bolehlah start buat pengat. Gunakan periuk yang sesuai.


Masukkan setengah kotak Santan Kelapa Ayam Brand ke dalam periuk, tambahkan 1 gelas air. Gaul rata dan masak dengan api sederhana, jangan sampai santan menggelegak.


Masukkan sedikit lagi lempuk nak bagi kuah tu berasa durian sikit. Yang ni gaul sampai semua lempuk dah cair.


Masukkan gula perang dan juga garam.


Masukkan daun pandan untuk tambah aroma yang menyelerakan. Yang ni dah masuk baru ambil gambar, sebab tu ada kuah pulak kat senduk. Haha!


Masukkan bebola lempuk durian ke dalam kuah. Ni pun sama, dah letak baru nak ambil gambar. Hahaha!


Rebus hingga mendidih.


Masukkan hirisan pisang. Ahhh, kombinasi yang sangat padan dan sedap sungguhhhh, serius!


Gaul dan bagi mendidih sekejap aje lagi, then rasa, jika ok, boleh tutup api dan hidangkan panas-panas. Siapppp!

Nak tengok video, boleh tengok kat bawah.



Selamat mencuba uols!

10 comments:

  1. telan aik liur kamek diat. alu rasa esok mau molah bubur tepung beras.

    ReplyDelete
  2. walaupun saya hantu durian tapi lempok saya tak makan. sama macam dodol durian dan eskrim durian. nasib tempoyak makan. tapi pengat pisang saya suka =D

    ReplyDelete
  3. sedapnya, kalau orang jawa panggil lempuk tu candil. Sedap makan bubur candil, hehe

    ReplyDelete
  4. Bila nengok bolet-bolat tu, tiberr macam esok nak buat onde-onde laaa hahahaha..
    Oit kemain berselera ye sejak PKP ni hahahhaa

    ReplyDelete
  5. serious tak pernah nampak bebola pisang camni buat pengat. Biasa potong terus buat pengat. cam menarik ni kak. kena rajin membola tu .

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com