Ticker

6/recent/ticker-posts

Take Away Domino's Pizza Je Hari Ni

Take Away Domino's Pizza Je Hari Ni | Menu hari ni tunjuk aje. Tak masak dah. Bukan sebab dah takde idea nak masak apa, tapi rasa nak cutikan dapur tu kejap. Penat dia berasap hari-hari. Kita bagi rehat dulu lah. Haha. Alasannnn sangat!

Semalam kak Ajan yang suarakan untuk makan Domino's Pizza hari ni. Dia hari-hari keluar rumah untuk bawak kucing kawan dia pergi klinik haiwan kat Taman Universiti. Memang kena bawa hari-hari sebab kucing tu baru lepas surgeri, kena cuci lukanya setiap hari kat veterinar.

Sampaikan hari-hari juga kak Ajan kena jawab soalan polis yang buat roadblock sempena PKP, sebab hari-hari kan polisnya bertukar-tukar. Kadang-kadang polis marah juga, "tak boleh macam ni ya cik, pergi vet pun tak boleh ya, tolong ya duduk rumah." Huhu. Macam mano ek?

Hari tu kak Ajan hampir jugak nak cuci sendiri lukanya sebab macam da reti dah. Vet pun ada cakap kalau pandai cuci sendiri, tak payah bawak dah. Tapi esoknya bila dia bawak lagi dan nak tanya dah boleh cuci sendiri ke, vet tu cakap tak boleh pulak sebab luka dia macam tak berapa nak OK pada hari tu. Hurmmm. Terpaksalah kak Ajan keluar hari-hari lagi pergi vet. Bukannya free tau, kena bayar ye setiap kali cuci RM25+.

Ke vet ni saje je nak duit ek? Terfikir jugak, tapi entah lahhh! Kang bersangka buruk pulak.

Eh, kenapa cerita pasal vet pulak ni? Mana Domino's Pizza nye? Apa pulak kaitan dengan vet ni? Hahaha! Adeeee kaitannya! Vet ni sebelah Domino's Pizza kat Taman Universiti tu. Sape duduk area sana dan sekitarnya, tahu lah vet mana yang dimaksudkan. Kikiki.


So, alang-alang dah pergi vet, kak Ajan order la Domino's Pizza untuk bawak balik rumah buat makan tengahari tadi. Kitorang order Aloha Chicken Pizza, Banana Kaya Dessert, dan Garlic Twisty Bread. Ok lah, untuk tiga orang sekali makan, alhamdulillah.


Semalam punya menu, Mee Goreng Basah kak Ajan buat. Dia teringin nak makan. Kita ON sajeee. Sedap cuma termasin sikit sebab guna sos Char Kuey Tiaw Ibah. Mee nya pun jenis tak kembang, so seketul Sunah boleh makan. Hihi.


Hari sebelumnya pulak Nasi Minyak Bidan Terjun sebab last minute sambil cuci beras sambil fikir nak masak ape. Semua orang macam dah takde idea, maka saya keluarkan butter dari peti ais dan masak nasi minyak ikut bahan-bahan apa yang ada kat rumah aje. Minyak sapi takde, kita ganti dengan butter aje.


Jadi lah kannn, warna-warni tu sebab memula nak letak kaler hijau je macam resepi Pak Cik Mat Gebu tapi Nada request warna kuning lepas tu mintak kaler merah lak, jadi la macam tu. Hahaha! Saya padankan dengan Ayam Sambal dan Nada pulak buat Acar Bidan Terjun sebab cuka takde, so ganti dengan perahan buah oren. Kari ayam tu saja je letak situ, baki Mee Kari hari sebelumnya, buat pengganti dalca.

Haaa, bijak tak?

Esok nak makan apa haaaa?


P/S: So, korang dah cuci tangan ke belum?

Post a Comment

16 Comments

  1. anything is fine janji makan kan.
    Sedap pulak nampak pizza tu.

    ReplyDelete
  2. Bagitau abang pulishh, nanti kucing mati sebab takgi klinik...huhu
    Dominos nampak sedapppp...semalam nak pergi tapi lama nak tunggu..malas pulak i!

    Kak, esok masak nasi bujang jerlaaa! Kah2!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah hellooo, aku da makan nasi putih, ayam kicap berempah, sayur kobis goreng telur masin yeeeee

      Delete
  3. Sedapnya... tekak ni teringin makan kfc tapi tak teroder2 ngegada betul tekak ini kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah...bahaya tu, kene order segera ataupun abaikan saje...

      Delete
  4. berselera nak makan tengok nasi warna-warni tu, sedapnya semua lauk akak masak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann, bole naikkan mood yang merundum sebab PKP dilanjutkan...huhuhu

      Delete
  5. teringin juga nak makan dominos tapi sini jauh nau nak gi domino hahaha dan jalan ke domino dah tutup rasanya, redha jela huhu

    ReplyDelete
  6. ish Kak Ajan nie. Degil tau harini kena duk rumah je okay.. =P

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. haa, sama lah! semalam tu kali pertama makan setelah hampir setahun kot tak makan?

      Delete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com