Tukar Header Blog Lagi

Tukar Header Blog Lagi | Haha! Tukar lagi! Entah kali ke berapa dah tukar ni sejak PKP. Nampak sangat boring kat rumah. Padahal banyak je kerja terbengkalai ni. Tapi mood nak buat kerja tu entah ke mana. Jadi, kita isi dulu masa terluang untuk ubah sikit wajah blog, tak salah kan?


Header asal yang tahan agak lama dan paling disukai.


Simplified jadi yang ni.


Yang ni pernah pakai sekejap, konon-konon nak blog nampak formal takde bunga-bunga...pui!

Yang ni pun pernah pakai sekejap tapi lepas tu tukar kepada yang asal sebab rasa pelik tali tak bersambung. Hahaha!


Dah boring, tukar yang ni pulak bagi besar gedabak, orang bukak blog terus WOWWWW! Haha! Masa ni kepala mereng sikit.


Lepas tu insaf, try yang ni tapi tak sampai 5 minit sebab geli dengan love tu. Haha.


Tukar yang ni pulak. Comel kan? Tapi ni pun tahan berapa hari je sebab tak puas hati pulak dia sebijik bulat kat situ makan ruang banyak sangat, bawah iklan header jadi kosong.


So, tukar kepada yang ni. Simple tapiiii bila bukak kat laptop macam pelik dia kat tepi gitu, bentuk riben tu tak sesuai.


Jadi akhirnya tukar kepada yang ini. Haa. Lebih seimbang bila bukak kat laptop mahupun kat handphone. So, kita kekal lama lah kot dengan yang ni.

Nasib ko la blog, tuan ko asyik mekap ko je. Nasib baik template tak tukar. Template ni takut sikit nak usik sebab akan ganggu statistik blog sekejap, bila rasa perlu betul-betul nak tukar, baru tukar. Lagi header blogger lain yang pernah kita ambil upah buat adalah seperti berikut:


Sis Lin (dan beberapa header sebelumnya...haha)


Mat Gebu


Mak Lin


Farahain


Kak Dilah (tapi dah tukar lain)


Nur Decamellia


Anak Omak


Encik Suami

Mungkin ada yang tak tersenarai dalam ni, tak teringat dah, mintak sori ya. Kita design je ikut apa yang blogger nak, atau pun ada yang suruh kita buat je macam mana pun. Jenis gini, kita belek dulu blog dia dan tengok dia lebih kepada apa, baru start draftkan beberapa ketul dan tunjuk kepada diorang untuk diorang pilih dan betulkan apa yang patut.

Terima kasih uols! Ok lah, nak buat kerja dulu, bye!

8 comments:

  1. Tukar lagi...tapi jujurnya yang ni paling CANTIK!!!..
    Ko tak payah tukar lagi...buat watermark pun lawaa tu oiii...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kannn..terfikir gak pakai ni buat watermark pun ok

      Delete
  2. cantik sunah header baru tu.. header akak aritu pun saje je try nak tukar2.. haha

    ReplyDelete
  3. Macam dah lama pulak tak buat header.. Kalau dulu ngajin bertukar

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi...ni nanti pun akan lama tak bertukar..

      Delete
  4. Banyak tu koleksi header blog akak. rajin dan banyak idea okaylah tu kan dari tak buat apa bosan juga :)

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com