Ustaz Fauwaz Fadzil Terangkan Cara Uruskan Jenazah Pesakit Covid-19

Ustaz Fauwaz Fadzil Terangkan Cara Uruskan Jenazah Pesakit Covid-19 | Al-Fatihah untuk pesakit Covid-19 yang telah dijemput Allah dua hari lepas, RIP untuk pesakit bukan Muslim dari Sarawak. Moga kuat dan tabah ahli keluarga dan rakan-rakan rapat yang ditinggalkan.

Sumber gambar: Astro Awani

Jujurnya, pada malam harinya, masa tengok video jenazah nak dikebumikan kat Tanah Perkuburan Bakar Batu tu, tertanya-tanya juga. Tercetus persoalan di kalangan saya dan housemate yang sama-sama menonton, macam mana agaknya mereka mandikan jenazah pesakit Covid-19 ni?

Kalau nak angkat dari van jenazah dan kebumikan pun memerlukan pihak-pihak yang menguruskan tu pakai Personal Protective Equipment (PPE), apatah lagi masa nak uruskan jenazah sebelum dibawa keluar dari hospital.

Mandikan jenazah macam biasa ke? Atau kena pakai PPE masa mandikan? Lepas tu selamat keee? Nada pulak fikir, mungkin virus Covid-19 tu dah mati bila host nya mati. Ehhh, ye ke? Rasanya tak mati bersama-sama sebab virus tu pun boleh hidup berapa jam hingga berapa hari kat luar badan manusia sampai jadi merebak seluas-luasnya, kalau host mati, tak mungkin virus tu terus mati.

Sebab tu jenazah pesakit Covid-19 tak boleh langsung dilawati oleh ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat. Sebab bimbang virus boleh merebak. Kesian sangat bila kenangkan masa kuarantin sampai tenat pun keluarga tak boleh tengok, bila dah meninggal pun keluarga tak boleh tengok.

Allahu 😭

Bila keluar soalan-soalan macam ni, sebab tu lah ada solusi yang dikeluarkan oleh Menteri Hal Ehwal Agama berkaitan dengan isu ni. Menurut Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, jenazah pesakit Covid-19 hanya ditayammum atas balutan plastik berdasarkan muzakarah berkaitan hukum pengurusan mayat pesakit Ebola kat Malaysia dulu.

Kalau ada kemudaratan pada nyawa manusia yang menguruskan jenazah, kelonggaran diberikan. Ustaz Fauwaz Fadzil pulak ada buat live tentang isu ni awal pagi tadi kat Facebook dia berdasarkan Fiqh Al-Mizan dan Fiqh Medic. Ada juga pendapat mazhab yang mengatakan tak perlu dimandikan dan ditayammum, hanya perlu dibalut dan dikebumikan.

Boleh ikuti video live Ustaz Fauwaz kat bawah.


Solat jenazah dalam keadaan darurat pun boleh buat selepas jenazah dah dikebumikan.

Wallahua'lam. Sharing is caring.

Masa MCO ni mana yang biasa pergi masjid tu boleh ikuti kuliah dan majlis ilmu secara online aje ya.

#staysafestayhome
#stayathome
#dudukrumah
#roadtozerocovid19

15 comments:

  1. Tadi ada baca details cara tayayyum jenazah mangsa ni, berdiri bulu roma, terbayang wajah family semua...huwaaaa moga Allah jauhkan kita dan keluarga kita dari bala dugaan virus ni..aamiinn

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya...tayyamum..mudah-mudahan dijauhkan...ameen

      Delete
  2. this is so heartbreaking.

    ReplyDelete
  3. Mudah2an kita diselamatkan daripada wabak merbahaya ini

    ReplyDelete
  4. Saya ada tonton video pengurusan jenazah kes macam ni.. Sayu sangat rasa. Semoga arwah ditempatkan bersama orang Mukmin.

    ReplyDelete
  5. We learn a lot these past few days.
    Heartbreaking but this is a fact that everything is down to us humans.
    Semoga dunia kembali seperti sediakala, but with humans with better perspective and wiser.

    ReplyDelete
  6. Semoga arwah ditempatkan bersama orang orang yang beriman. Aaminn
    Sedih bila family tak dapat nak tengok jenazah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul...masa sakit tak dapat tengok, masa da pergi pun tak dapat tengok..Allahu

      Delete
  7. ada juga terbaca pasal ni, kesian pada ahli keluarga xdapat nak tengok. semoga kita semua dijauhi daripada wabak ni dan keadaan kembali pulih dengan segera.

    ReplyDelete
  8. ini semua ilmu dan pengetahuan tapi ya Allah sedihnya rasa. berat UjianMu tapi insyallah ada hikmah semuanya. cepatla ujian ini berlalu..

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com