COVID-19: Sembunyikan Sejarah Perjalanan ke Itali, Punca Lima Kematian di Sarawak

COVID-19: Sembunyikan Sejarah Perjalanan ke Itali, Punca Lima Kematian di Sarawak | Siapa yang friend dengan saya di Facebook, mungkin tahu kisah anak-beranak di Sarawak yang meninggal dunia kerana COVID-19. Rentetan kisahnya saya kongsikan di sini, sumber dari Facebook ahli keluarga mangsa sendiri, Sharifah Huzaimah War Al-Edruce dan ibu saudaranya Sharifah Rodziah Al-Edruce yang sedang dirawat di Hospital Umum Sarawak (SGH), serta dari press release Kementerian Kesihatan Malaysia.


Kronologi Kluster 4 (Kampung Patinggan)

16.03.2020 - Hajah Rokayah binti Drahman @ Nek Usu Kayah (Mak Su kepada Abah Sh Huzaimah) dimasukkan ke Borneo Medical Centre setelah mengalami demam dan batuk selama 5 hari tetapi tak warded.

18.03.2020 - Nek Usu Kayah meninggal dunia di rumah. Pengebumian dijalankan seperti biasa tetapi hanya ahli keluarga dan sahabat terdekat yang terlibat (masa ni dah start PKP).
- Anak perempuan (Norhafizah binti Abdul Rahman) dan anak lelaki (Mohammad Norismadi bin Abdul Rahman) Nek Usu Kayah dibawa ke SGH kerana demam panas dan kesukaran bernafas sejak 07.03.2020.

20.03.2020 - Anak perempuan dan anak lelaki Nek Usu Kayah disahkan positif COVID-19. Sebelah malamnya, keputusan ujian arwah Nek Usu Kayah keluar, sah positif (kes-1031).

21.03.2020 - Norhafizah binti Abdul Rahman meninggal dunia (kes-1032).

23.03.2020 - Mohammad Norismadi bin Abdul Rahman meninggal dunia (kes-1006). Adik bongsu Abah Sh Huzaimah (Sh Rodziah) dimasukkan ke hospital bersama dua orang anak.

Sejak tu, seorang demi seorang ahli keluarga mereka dimasukkan ke SGH kerana disahkan positif COVID-19.

25.03.2020 - Anak kedua Sh Rodziah disahkan positif COVID-19, menjadikan mereka empat beranak dirawat di Hospital Umum Sarawak. Suami dan anak angkat disahkan negatif COVID-19.


27.03.2020 - Hampir 25 orang ahli keluarga disahkan positif COVID-19, termasuk Mak dan Abah Sh Huzaimah.

01.04.2020 - Hj Mohd Ghazali bin Abdul Rahman, anak lelaki arwah Nek Usu Kayah, dimasukkan ke ICU.

02.04.2020 - Sh Rodziah dipindahkan ke wad Kompleks Belia dan Sukan (KBS - wad kuarantin untuk pesakit positif COVID-19 tetapi low risk dan ada kebarangkalian besar untuk pulih).

03.04.2020 - Ismail bin Sandom, close contact Nek Usu Kayah meninggal dunia (kes-2850).

04.04.2020 - Abah Sh Huzaimah dimasukkan ke ICU, Mak dipindahkan ke KBS. Hj Mohd Ali bin Hj Seman, close contact Nek Usu Kayah meninggal dunia (kes-2210).

05.04.2020 - Oksigen level dalam paru-paru Abah semakin kurang, kemungkinan besar akan intubated. Mohon doa semua untuk Abah Sh Huzaimah, Wan Abd Rahman bin Wan Zen.

Menurut Sh Huzaimah, punca mereka sekeluarga mendapat virus penyakit ni adalah daripada kawan sekerja kepada anak perempuan Nek Usu Kayah (Rozana Abdul Rahman, positif COVID-19, sudah sembuh), yang kembali dari Itali tetapi tidak mematuhi arahan kuarantin 14 hari di rumah, sebaliknya pergi bekerja seperti biasa (kes-1580) di salah sebuah bank di Satok.

Pesakit ke-1580 tu dikesan menjangkiti 37 kes lain termasuk lima kematian dalam keluarga Sh Huzaimah tu, iaitu kes ke-1031; ke-1032; ke-1006; ke-2850 dan ke-2210 serta seorang pesakit memerlukan bantuan pernafasan dalam ICU (sekarang 2 orang, termasuk Abah Sh Huzaimah).

Allahu.


Ini dipanggil kes import sebab dibawa dari Itali. Kemudiannya merebak sehingga generasi ketiga.

Sebab tu lah, sangat penting untuk sesiapa yang ada sejarah keluar negara, terutamanya negara-negara yang ada kes COVID-19, jujur dalam memberikan maklumat sejarah perjalanan kepada staff kesihatan ketika proses saringan. Please sangat-sangat, mungkin kita rasa kita sihat tak ada simptom-simptom pun, tapi kita tak tahu kalau-kalau kita adalah pembawa virus berbahaya ni. Bila tak kuarantin dan keluar jumpa orang lain sampai 50 orang, tanpa disedari, kita dah menyebarkan virus ni kepada 50 orang tu, sampai ada yang meninggal dunia kerana kita.

Mohon dengan sangat, be honest.

Sharifah Huzaimah juga berkongsi simptom-simptom bagi mereka yang positif COVID-19, kebanyakannya akan demam. On and off, tapi demam tak teruk. Kalau dikesan awal, senang nak rawat. Ada yang tak demam, tapi sesak nafas. Kadang-kadang, tak ada simptom teruk, tapi ada close contact dan demam, bila buat swab test, sah positif COVID-19.

Sama-sama kita doakan moga keluarganya dan kesemua pesakit COVID-19 di negara kita diberi kesembuhan yang berkekalan, dan dipermudahkan segala urusan mereka serta keluarga mereka. Ameen ya Rabb.

UPDATE!!!
Kes 1580 balik dari Itali ke Kuching pada 26.02.2020, pergi dengan dua orang kawan, kedua-duanya negatif COVID-19. Masa tu negeri Sarawak belum ada arahan untuk kuarantin selepas balik dari luar negara, 29.02.2020 baru keluar arahan tu. Dia dah pergi buat saringan, tapi tak ada simptom, jadi hanya perlu balik kuarantin di rumah. Selepas kematian Nek Usu Kayah dan anak-anaknya, barulah KKM panggil lagi untuk buat swab test ke atas dia dan Rozana dan didapati ada antibodi COVID-19 dalam badan, bermaksud mereka pernah dijangkiti virus tu dan menjadi pembawa, tetapi tiada simptom. Janganlah kita terus menerus mencari kesalahan atau menuding jari kepada sesiapa sekarang, dia sendiri pun dah tentu sangat terkesan dengan apa yang berlaku dan tak pernah berniat nak menjadi penyebar virus. Moga semuanya dipermudahkan buat sesiapa pun yang terlibat.


P/S: Kronologi kes tu hanya sebahagian daripada ahli keluarga mereka, mana yang saya jumpa di Facebook Sh Huzaimah dan saudara-maranya. Jika ada kesilapan dan pembetulan, mohon komen di bawah.

18 comments:

  1. kesiannya... moga cepat sembuh semuanya.

    ReplyDelete
  2. Salah seorang kontak mereka ini adalah kakak kepada sahabat saya, yang sekarang masih di rawat di SGH, merupakan isteri kepada sepupu kes 1006 dan 1032.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahuakbar...moga Allah berikan kesembuhan kepada kakak sahabat NM..

      Delete
  3. inilah padah bila tidak jujur dan tidak faham bahasa.

    masalahnya juga simptom Covid-19 ini tidak sama dengan semua orang..ada yang cool dan ada yang demam teruk.

    hentikan rantaian Covid-19 dengan kuarantin 14 hari dan jujurlah demi orang lain..

    please...

    p/s: Terima kasih kerana sudi berkongsi

    ReplyDelete
    Replies
    1. iya, lain orang, lain reaksi antibodi tubuh untuk melawan virus ni..patuh lah pada seruan kerajaan untuk kekal duduk di rumah..tuan juga jaga diri ya di Kuching tu..

      Delete
  4. Aku baca jadi geram tau...macam saje je nak bagi berjangkit!!..Yang dia tu dah baik, macam konfiden akan pulih sepenuhnya..geram plak aku...

    ReplyDelete
  5. Cukuplah hanya seorang manusia je atas mukabumi ni yg tak jujur, akan habis populasi manusia disebabkan sikapnya. Sedih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mudah-mudahan ramai ambil iktibar dari kisah mereka ni...

      Delete
  6. kesian sangat bila jd mcm tu, orang sekeliling yang x bersalah pulak yg jadi mangsa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah...salah memang salah, tapi nasi dah jadi bubur...

      Delete
  7. sedih baca kronologi kes ni T.T
    huurm tlgla jujur kan untuk kebaikan semua.. kalo cemni sampai bila nak selesai kes kes ni.. Allah.. lindung la kita semua sentiasa hendaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedih...tapi tu lah, kita pun tak tahu benda nak jadi...

      Delete
  8. AdoO~ tenggal dirik rasa sihat sikit sik da pike orang lain. Adeh~ tedah alu eh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nang sedih ngenang kisah sidak tok...da la family nya dituduh ngembak covid dan dipulau orang kampung..

      Delete
  9. Kadang- kadang x faham..kenapa perlu dirahsiakan sampai membabitkan nyawa yang banyak

    ReplyDelete
    Replies
    1. da jadi antara kes kluster terbesar negara pulak tu...huhu

      Delete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com