Resepi Buah Melaka Musim PKP

Resepi Buah Melaka Musim PKP | Kenapa nama dia Buah Melaka Musim PKP? Sebab time-time gini, kita guna barang yang ada kat rumah aje. Nak keluar beli kelapa parut, memang tak lah semata-mata nak buat Buah Melaka. Nanti kena kecam dengan warga net. Haha.

Terdetik nak buat Buah Melaka versi PKP ni bila Nada yang tengah video call dengan kawan-kawan dia, borak pasal Buah Melaka. Kawan-kawan dia plan nak buat petang tu, Nada pulak da lama sebenarnya sebut kat saya, cuma kelapa parut tak ada, jadi terbantut la hasrat nak buat tu. Tapi tengah termenung-menung depan laptop, saya terfikirkan sesuatu pulak.


Kalau takde kelapa parut, boleh tak golek aje dengan tepung pulut tu? Macam Mochi, dessert Jepun tu. Saya suarakan pada Nada. Dia pun terus excited. Apa lagi, saya terus google cara buat Mochi untuk rujuk macam mana diorang buat salutan tu. Oh, Mochi kena kukus pulak, kalau Buah Melaka ni kan kita rebus. Hmmm. Boleh ke nak salut tepung, ek?

Takpe, kita cuba lah dulu. Kalau tak jadi, tak pe lah. Ok, mulakan operasi! Nah, saya share resepi Buah Melaka Musim PKP a.k.a Mochi Gula Melaka. Macam Kuih Makmur pun ada kan? Hahaha!


Mochi Gula Melaka
Saiz: 3 - 4 orang
Masa penyediaan: 30 - 45 minit

Bahan-bahan Buah Melaka:
Tepung pulut
Air secukupnya untuk mengadun
Gula Melaka
Pewarna hijau/pes Pandan (nak guna air perahan daun pandan pun boleh)

Bahan-bahan salutan Mochi:
Tepung pulut
Garam

Cara-cara membuat salutan Mochi:
  1. Masukkan tepung pulut dalam 1/4 cawan ke dalam kuali tanpa minyak, gaulkan dengan sedikit garam.
  2. Sangai dengan api sederhana sehingga tepung masak (bila naik baunya dan ada sedikit asap keluar).
  3. Masukkan ke dalam bekas yang sesuai untuk mudah menyalut/menggolek Buah Melaka nanti.



Cara-cara membuat Mochi Gula Melaka:
  1. Mula-mula, buat Buah Melaka macam biasa, gaulkan tepung pulut dengan air secukupnya hingga adunan tak melekat dengan tangan. Jangan terlalu lembik, jangan terlalu keras.
  2. Ambil sedikit adunan, leperkan dan letak sedikit gula melaka yang dah dipotong kecil-kecil, kemudian bulat-bulatkan macam bebola, susun atas pinggan/bekas yang dah ditabur sedikit tepung supaya tak melekat pada bekas dan mudah nak ambil untuk direbus nanti.
  3. Sediakan periuk berisi air, masak hingga mendidih, baru masukkan bebolah Buah Melaka ke dalamnya satu persatu untuk direbus.
  4. Kalau uols dah mahir dan pantas, tak perlu lah susun dalam bekas macam nombor (3) tadi, terus campak je dalam air mendidih untuk direbus. Buah Melaka dah masak bila ia timbul naik ke atas. Meriah betul jadinya bila diorang menari-nari dalam air tu. Angkat dan toskan airnya.
  5. Terus masukkan ke dalam bekas tepung salutan Mochi dan golek-golekkan hingga semua bahagian Buah Melaka dah disalut tepung. Kalau lambat masukkan, nanti Buah Melakanya melekat antara satu sama lain, jadi susah nak asingkan.
  6. Ok, dah siappp. Jemput makan!
Sedap ke tak?


Nah tengok. Hahaha! Licin kooo!

Alhamdulillah, sedap dan menarik rasa tepung pulut disangai. Ada jugak yang komen, dah macam tepung gomak. Ye tak ye jugak, kan? Lepas ni boleh pelbagaikan juga inti, letak coklat cip ke, kaya ke, durian ke...ehhhh!

21 comments:

  1. Hikmah covid..waktu PKP..kita jadi lebih kreatif kan SS..memang terbaik.

    ReplyDelete
  2. Aishhh ada orang tu nak buat, tapi tak jadi, durian habis di bedalnya, geramm betul! Nak tunggu beli Nutella katanya...kita tengokkan aje hahahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha...sabor je lerrr...boleh pulak dia habiskan durian ekkk

      Delete
  3. time berkurung ni macam-macam idea kreatif muncul..nice sharing :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lerr...guna apa yang ada je lerr kann..haahahah

      Delete
  4. terbayang mochi tadi...rupanya memang guna tepung mochi nak salutkan tu ya.. iyelah tiada rotan akar pun berguna.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah memang guna cara yang sama untuk buat salutan mochi..haahahah

      Delete
  5. tamat pkp ni semua jd gordon ramsay.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. bahahahah nampak jugakkk gambar yang orang share kat FB...

      Delete
  6. Kreatif2...demi ondeh2 mochi😂

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/?m=1

    ReplyDelete
  7. Tak boleh gigit ni
    kena ngaap sebiji2 terus dalam mulut

    ReplyDelete
  8. nampak macam mochiii bila golek atas tepung..
    comey bolat2 heee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. iyeee...memang guna cara untuk buat mochi part salutan dia tu...hihi

      Delete
  9. Nampak macam Mochi,nampak sedap la

    ReplyDelete
  10. Sedapp nampakk.. nice nice ideaaaa.. ahahaha..

    ReplyDelete
  11. Hehehee... Mrs. A pun ada plan nak buat buah melaka tapi kelapa parut takde.
    Nampak ok pulak guna tepung je tu

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com