Shimmy Nama Dia

Shimmy Nama Dia | Tetamu PKP kami. Entah dari mana dia datang, kami pun tak tahu. Pukul 4 pagi, saya dah dengar dia menjerit-jerit kat depan rumah. Malam tadinya hujan sekejap. Agaknya terpisah dengan emaknya dalam hujan.


Seharian dia kat luar, sembunyi kat bawah kereta kak Ajan. Sekejap-sekejap nanti dia masuk dalam enjin kereta. Bila kita panggil, dia datang tapi tak berani terlalu dekat. Bila kita hulur tangan nak capai dia, dia akan lari balik ke bawah kereta. Aduh, susah ni!

Sampai ke petang, dia duduk luar rumah aje, menjerit-jerit. Saya cuba pancing ke bukaan sliding door. Masa dia pandang ke tempat lain, membelakangkan saya, saya terus ambil dia. Bawak gi tempat makanan budak-budak bulus kat rumah ni, takut dia lapar ke. Tapi tak, letak bawah je, dia terus lari keluar balik. Adeiii!

Saya pun letak la wet food kat bawah kereta, kot-kot dia nak makan. Tak jugak. Hmm, biar je lahhh. Tapi sampai ke malam, dia masih bising. Takut mengganggu jiran-jiran pulak. Saya cuba lagi panggil macam petang tadi, berjaya ambil dia, saya tutup terus semua pintu. Haa, ko duduk kat dalam ni je! Bila dia nampak budak bulus lain, dia jadi senyap. Mungkin nampak ada kawan.


Esoknya dia main kat luar balik bila bukak pintu. Sampai satu masa senyap aje dia, rupanya tidur dalam enjin kereta lagi. Sampai hitam legam bulu dia. Kak Ajan terus mandikan bila dah petang. Biar dia duduk dalam rumah lagi, kawan dengan Jane, kucing kurang upaya yang menumpang dengan kami sementara habiskan rawatan veterinar dia.




Masuk hari ketiga dan keempat, kami tak bukak pintu rumah. Biar kat dalam rumah aje, hari kelima baru bukak balik. Haa, baru lah dia kurang nak keluar. Amazingly, dia dan Jane yang stray cats ni taknak keluar pun walau sliding door tu terbuka luas. Budak-budak bulus rumah ni je yang excited setiap kali pintu rumah dibuka.


Sekarang dia dah jadi ahli baru lah, bertambah lagi budak bulus rumah ni. Dengan Cookie dah beranak jugak lepas Jane dah balik ke rumah tuan dia. Ermm, jap kira.

Now ada 11 ekor kucing 😑

21 comments:

  1. Haper??? Dah ada cucu lagi ko? Aiyooo.... bertambah lagi dan lagi..tapi tu le Sunah, rezeki kannn...huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha..itu lerr..takpe lah...anggap rezeki...dan mereka juga berkongsi rezeki kita...

      Delete
  2. Semoga murah rezeki sekeluarga sebab bela kucing terbiar. Amin

    ReplyDelete
  3. ramainya kucing dia..murah rezeki awak sunah..:)

    ReplyDelete
  4. Sekor pergi, sekor datang.. moga dipermudahkan urusann okayhhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lah non..cookie yang baru beranak tu pun, anak2 dia semua mati batch sebelum ni...yang lahir baru semua kaler macam anak2 dia dulu..

      Delete
  5. Pasti ada hikmahnya.Ada rezekinya.Alhamdulillah.Bukan main tahi lalat Shimmy kat hidung tu..cute nampak...cececece.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah! pestime ni orang sebut tompok hidung tu tahi lalat kucing...😂😂😂

      Delete
  6. Samalah
    kat rumah pun ada seekor anak kucing sesat.
    Dah 2 minggu jadi ahli baru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah...agaknya musim PKP ni kucing kehilangan tempat bergantung bila kedai makan semua tutup..

      Delete
  7. heee ada stompok itam plak kt idong tu hehe.. memula je ni malu2 nanti lama2 manja le tu. tapi kalo dia trpisah ngn mak dia alaaa sedih !!

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com