Buat Donat Resepi Mat Gebu

Buat Donat Resepi Mat Gebu | Sebenarnya yang teringin nak makan donat dan nak buat sendiri donat tu adalah kak Ajan. Dia da beli yis beberapa hari sebelumnya. Tapi da berapa hari berlalu, masih tak nampak kelibat donat. Haha.


Kebetulan beberapa hari lepas tu, saya nampak post Resepi Donat Gebu kat blog pak cik Mat Gebu. Eh eh, macam senang pulak nak buatnya, tak payah nak peram yis dalam air suam macam biasa, dan guna stand mixer pun boleh ni rasanya. Portionnya pun takde la banyak, menghasilkan 8 biji donat je katanya. Maka, saya offer la kat kak Ajan untuk buat donat pada hari Ahad lepas.

Start buat petang dalam pukul 4 gitu, menguli guna stand mixer pakai dough hook, mudah dan tak menyakitkan tangan hamba yang lemah ini. Haha! Perap sejam, sampai dohnya kembang dua kali ganda, lepas tu terus canai dan cetak guna acuan donat yang pernah saya beli berapa tahun lepas. Masa tu kononnya nak buat jual donat depan rumah ni, tapi tak kesampaian hajat tu.



Kalau takde acuan tu pun takpe, boleh aje uols bulat-bulatkan dan buat lubang kat tengah donat sebelum start menggoreng. Lagi comel kejadiannya nanti. Kalau pakai acuan, lubangnya jadi besar-besar pulak. Bila ko lupa nak tabur tepung lebih-lebih sikit kat bekas donat, sampai tertarik la donat tu sebab terlekat dekat bekas, sampai melebar lobang dia bila nak goreng. Hahaha!


Sebabkan kat rumah ni budak-budak hipster tu ramai, saya kena kreatif sikit buat topping donat. Saya cairkan coklat susu Beryls dan celup donat dalam tu untuk jadikan topping coklat. Ada yang saya celup pulak dalam parutan keju lepas tu, kemain rajin kan memarut. Haa gitu lah kalo dah sampai mood rajin dia.


Dan cetak punya cetak, ehhh dapat sampai 15 bijikk ko! Lagi satu biji takde dalam gambar sebab da kena ngap! Hahahah! Rezeki guna acuan donat kecik-kecik comey. Donat resepi PCM yang ni senang sangat dan donat tetap lembut walau dah sejuk. Itu yang paling saya suka! Uols kalau nak try juga, boleh cuba resepinya kat bawah ya! Terima kasih PCM!

Donat Gebu
Saiz: 8 - 15 biji
Masa penyediaan: 2 jam 30 minit

BAHAN-BAHAN DOH:
1 1/3 cawan tepung gandum
1/2 camca teh garam
1/2 camca teh baking powder
1 camca teh rata instant yeast
1 kuning telur
90 ml susu segar @ susu penuh krim
1 1/2 camca besar mentega (kurang lebih 20 gram)
1/2 camca teh esen vanilla (optional)

BAHAN-BAHAN LAIN:
Gula kastor secukupnya untuk menyalut donat
Sedikitt serbuk kulit kayu manis, jika suka
Minyak untuk goreng terendam

CARA MEMBUATNYA:
  1. Dalam mangkuk pengadun, masukkan kesemua bahan-bahan doh, kecuali mentega. Pasangkan hook untuk menguli doh dan putar hingga semua bahan2 rata, sebati dan menjadi doh. Gunakan kelajuan perlahan. Masukkan mentega, putar pada kelajuan sederhana  untuk 5 - 6 minit hingga mendapat doh yang lembut dan tidak melekat di mangkuk adunan. Keluarkan doh, uli sekejap dan taruk dalam bekas dan tutup dengan plastik cling. Perap sejam.
  2. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara dan tekan-tekan sedikit biar leper. Potong kepada 8 bahagian sama besar. Bulat-bulatkan setiap bahagian dan susun dalam dulang yang telah ditabur sedikit tepung, atau boleh letak atas kertas minyak. Buat hingga siap dan perap 45 minit.
  3. Kemudian buat lubang pada donat, celup jari telunjuk ke dalam sedikit tepung dan cucuk bahagian tengahnya agar donat berlubang, Buat hingga selesai dan rehatkan 15 minit, sementara kita panaskan minyak untuk menggoreng terendam.
  4. Pastikan minyak jangan terlalu panas, dan biar pada api kecil. Goreng donat tadi, che mat goreng 4 biji sekali. Biarkan dia masak dalam 2 minit, kemudian terbalikkan dan masak lagi sekejap. Bila kuning keemasan, boleh angkat dan toskan minyaknya. Buat kaedah sama dengan baki donat tadi. Bila selesai, bolehlah salutkan donat dengan gula kastor, kalau suka aroma kayu manis, boleh tambah sedikit serbuk kayu manis dalam gula kastor tadi sebelum kita salut pada donat. Boleh hidangkan. Selamat mencuba!

9 comments:

  1. Nampak gebu dan cantik kejadiannya

    ReplyDelete
  2. Sedapnya! Nak makan donut tapi mixer takde. Adakah perlu beli mixer? Hmm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak payah, uli pakai tangan aje..hahahahahhah

      Delete
  3. Yana kan hrtu asalnya nak buat laa resepi Mat, sekali baking powder takde...aku mati-mati ingat dia buat resepi tu, rupa bukan hahahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahh itu lahh..memula aku ingat resepi PCM..rupanya bukan...

      Delete
  4. Sedapnya. Macam big apple siap ada topping

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi...jauh lagi nak sama ngan big apple tu...

      Delete
  5. uiiittt Sunah !! hantar laaa sikit hahahhaa geram !!

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com