Ticker

6/recent/ticker-posts

Berbuka Puasa dengan Menu Ala Carte Bazar Makan-makan di Renaissance Johor Bahru Hotel

Berbuka Puasa dengan Menu Ala Carte Bazar Makan-makan di Renaissance Johor Bahru Hotel | Semalam, 13 Ramadhan 1441H, saya dengan housemate berbuka puasa di luar rumah. Setelah sekian lama tak drive jauh, bila PKPB, jarak perjalanan dah dilonggarkan, dah boleh bergerak lebih 10 km dari rumah dan tak ada had masa berada di luar macam masa PKP 1, 2, 3 dulu.


Teruja gila tengok bandar JB lengang, EDL pun kosong pada waktu puncak yang dulu-dulu penuh dengan kereta orang balik dari kerja. Kalau tak, dari rumah nak ke Permas Jaya dulu mesti nak dekat sejam baru sampai. Semalam, dalam setengah jam je dah sampai Renaissance Johor Bahru Hotel. Menakjubkan! Haha!


Masuk lobi hotel, terus isi borang dekat kaunter depan Cafe BLD. Details macam biasalah, untuk maklumat perjalanan, kesihatan, dan contact dengan pesakit COVID-19. Suhu pun diambil, teet 36.5ºC. Lepas tu, kena bersihkan tangan dengan hand sanitizer yang disediakan, sebelum masuk ke Cafe BLD.


Tengok dekat lantai, ada penanda jarak social distance 1 meter untuk pengunjung yang nak datang makan kat sini. Meja pun disusun dalam bilangan yang minimum dengan jarak 2 meter antara satu sama lain. Bagi setiap meja, bilangan tetamu jugak dihadkan kepada 2 orang untuk meja sederhana, 4 orang untuk meja bulat. Kalau tak, dulu kan boleh duduk 4 orang meja sederhana, 8 orang untuk meja bulat.

Bila dah duduk, waiter yang siap ber-mask dan bersarung tangan akan datang ke meja. Dia tanya nak minum air apa, ada pilihan antara air Kurma, Laici, Tembikai Susu, Mata Kucing dan Cincau. Ada lagi tak ek? Tu je yang saya ingat, saya pilih Tembikai Susu. Minuman disediakan siap dalam botol, disertakan dengan gelas. Ya, tak ada self-service macam masa buffet lah, untuk elakkan sentuhan berjemaah pada cutlery.

Untuk menu dine in ala carte Bazar Makan-makan kat Cafe BLD, Renaissance Johor Bahru Hotel ni, ada enam pilihan menu yang disediakan.

Ayam Masak Merah RM48 per person
Ayam Masak Merah RM48 per person

Ikan Bakar Sambal Portugis RM48 per person
Ikan Bakar Sambal Portugis RM48 per person

Lamb Mandi RM55 per person
Lamb Mandi RM55 per person

Nasi Beriani Ayam RM48 per person
Nasi Beriani Ayam RM48 per person

Nasi Kerabu RM48 per person
Nasi Kerabu RM48 per person

Nasi Serai Wangi Ayam Percik RM48 per person
Nasi Serai Wangi Ayam Percik RM48 per person

Saya makan set Ayam Masak Merah. Sedap ayamnya, portion ayam pun besar, 1/4 ekor kot! Dihidangkan dengan Nasi Tomato, lengkap dengan Acar Mentah dan Dalca, Sup Sayur, empat cucuk Sate Ayam berserta Kuah Kacang, Rojak Manis, Kuih-muih Melayu, Kurma dan Buah-buahan. Banyak kan? Yeee, setiap set makanan ala carte tu ada semua menu sampingan tu, cuma berbeza dari Rojak Manis tu aje.

Dalca

Sup Sayur

Kuih-muih Melayu

Rojak Manis

Untuk set yang Nada pilih, Nasi Serai Wangi Ayam Percik, Rojak Manis tu diganti dengan Popia Basah. Besauuu okayyy! Licin pinggan Popia Basah ni semalam, makan kongsi-kongsi empat orang, dengan KK Lew dari Magistrate sekali. Dia paling suka. Haha! Untuk set ni, portion nasi dia sangat besar, macam boleh makan dua orang tau! Alhamdulillah, sedap!

Popia Basah

Kak Ajan pulak pilih Lamb Mandi sebagai peminat kambing nombor 1. Yang ni pun sedap gak, hirisan daging kambingnya banyak dan dimasak sempurna. Nasi Mandi tu pun not bad. Untuk set ni, Rojak Manis diganti dengan Rojak Asma. Kak Ajan cakap sedap, saya tak sempat nak rasa, perut dah penuh dengan menu sendiri. Haha!

Rojak Asma

Set Ikan Bakar Sambal Portugis tu, dapat jugak merasa ikan dia sebab KK order yang tu. Pun nice jugak, saya tengok pinggan KK licin betul. Nasi dia sama banyak dengan nasi Nada yeeeee! Hahaha. Paling KK suka dalam menu dia, sambal belacan tu. Sampai Nada pun bagi sambal belacan dia kat KK sebab KK suka cicah semua benda kat sambal tu. Haha!

Kalau tanya my top 3, paling saya suka dari menu yang saya rasa ni: Nasi Serai Wangi Ayam Percik > Lamb Mandi > Ayam Masak Merah. Menu lain, Nasi Kerabu dengan Nasi Beriani Ayam tu tak tahu rasa macam mana. Uols pergi la sendiri cuba, nanti gitau saya ek rasa dia!

Tapi kalau uols tak nak berbuka kat luar, boleh jugak order takeaway Bazar Makan-makan "Stay Home"!

Bazar Makan-makan Ala Carte (Dine-In)
Cafe BLD, Renaissance Johor Bahru Hotel

Available setiap hari dari 4 Mei 2020
6.45 pm - 9.00 pm

*All menus are served with complimentary drink and refillable rice
*FREE parking for dine-in guest
*200 pengunjung pertama akan dapat cashback voucher RM24 untuk buffet kat sini bagi bulan Julai - September 2020. T&C applies
*Surau ditutup, jadi better datang selepas solat Maghrib

Untuk tempahan, hubungi:
No. Tel: +6073813322
WhatsApp: +60177713327

Post a Comment

15 Comments

  1. Best eh.. makan ala hotel giya. ^^

    ReplyDelete
  2. Baguslah SOP yang di buat ni, sangat mengikut arahan...
    Aku tengok 1000x geram nengok menu tu oii...nasi kerabu tu nampak sedap gilerr..nak beli laa nanti..tak boleh tahann..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeee, aku pun geram ko tak jadi datang rupanya...konon2 nak cuit ko punya je...kalo aku tau, aku order nasi kerabu ri tu..hahahahahha

      Delete
  3. puas hati tengok makanan tu..baguslah mereka mengekalkan jarak yang jauh antara individu..lebih selamat

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya kak, nak bercakap pun jauh2 aje..haha..nak share makanan, kena bangun berdiri bawak lauk kasi pinggan sebelah..hahahha...padahal kalo nak betul2 ikut new normal, share makanan pun tak boleh...

      Delete
  4. Assalamualaikum. uissshhh meriahnya menu.... ni mcm balas dendam selama PKP lepas2 ni. heheeh Happy Ramadhan Mubarak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam...hahahah takdelah balas dendam sangat...satu set seorang makan...bukan makan semua sekali seorang...wakakakkaka

      Delete
  5. amat menarik sekali..

    maybe next year lebih familiar dengan JB

    in shaa Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh tuan bakal datang ke sini ke? harus daftar jdt blogger..hahahahhaha

      Delete
  6. mesti sedap semua makanan tu. abe kie cuma mampu iftar di umah je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, iftar di rumah bersama keluarga pun tak kurang seronoknya...

      Delete
  7. gambar makanan kak sun tak pernah tak menyelerakan. haihh lapo tgk set2 dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhah sila bertabah yeee tengok makanan2 ni di siang hari...

      Delete
  8. semua nampak sedap. inilah akibatnya tgk menu makanan di siang hari hehehe

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com