Ticker

6/recent/ticker-posts

Hidangan Muhibbah Dinner Packages Ramadhan Delivery and Takeaway @ Thistle Johor Bahru

Hidangan Muhibbah Dinner Packages Ramadhan Delivery and Takeaway @ Thistle Johor Bahru | Salam Ramadhan ke-11. Salam PKP dan PKPB. Dah ada plan nak berbuka apa hari ni? Atau dah siap masak dari pagi tadi lagi? Haha! Jangan tak percaya, ada je kawan-kawan kita yang dari pagi dah masak untuk berbuka Maghrib nanti. Tinggal panaskan lauk sebelum berbuka aje.

In case uols takde idea nak berbuka apa, dan rasa macam tak sempat nak masak, uols boleh jugak order Hidangan Muhibbah Dinner Packages sempena Ramadhan dari hotel Thistle Johor Bahru. Bermula 25 April lepas hingga 23 Mei 2020, Thistle Johor Bahru ada sediakan perkhidmatan takeaway dan delivery untuk menu berbuka puasa.

Ada tiga set makanan berbuka untuk 2 orang disediakan, dengan harga RM50 dan RM55, iaitu Set A. Muhibbah, Set B. Briyani dan Set C. Chicken Rice. Disebabkan kitorang serumah ni tiga orang, saya cuba dua daripada tiga set ni untuk berbuka puasa hari Jumaat yang lepas, set A dan set B. Untuk Set A. Muhibbah (RM55), menu utamanya adalah Nasi Putih, Ayam Goreng Berempah, Asam Pedas Ikan Tenggiri, dan Sayur Campur.






Sedap sangat Asam Pedas Ikan Tenggiri dia tu, kerja menghirup dan mencedok kuah ke dalam nasi aje masa berbuka tu. Ayam Goreng Berempah tu pun sedap, padankan pulak dengan Sayur Campur. Untuk Set A ni, pembuka seleranya adalah set Ulam-ulaman, Ikan Masin, Telur Masin dan Sambal Belacan. Makan nasi putih dia dengan Sambal Belacan tu pun tak kurang sedapnya.


Set B. Briyani pulak didatangkan dengan set Nasi Briyani Gam, Ayam Briyani, Pajeri Nenas dan Dalcha. Ok, set ni sedap giler dan menepati citarasa saya terutama Pajeri Nenas tu! Untuk set ni, pembuka seleranya adalah Tauhu Sumbat. Saya tak makan, tapi my housemate dua ketul tu peminat tauhu, diorang cakap sedap.


Saya tak perasan entah bila habis Tauhu Sumbat ni, tiba-tiba bekas tu da kosong, beberapa saat selepas berbuka. Haha! Memang pembuka selera betul lah! Eh, tu je ke dalam dua set ni? Rega RM50 lebih, takkan tu aje?

Heyy, saborrr. Bagi setiap set Hidangan Muhibbah ni, ada pencuci mulut sekali tau! Disertakan kurma untuk berbuka, dua jenis Kuih-muih Melayu, Apple Pie, bubur dan puding. Untuk Set A, diorang bagi Bubur Pulut Gandum dan Fruit Custard Jelly, tapi saya dapat Puding Coklat macam Set B. So, saya dapat 4 bekas Puding Coklat 😂




Nasib baik sedap sangattt Puding Coklat dia! Saya suka sebab rasa coklat dia rich sangat! Untuk Set B pulak akan dapat Bubur Pulut Hitam, ni pun sedap! Aduhh, Apple Pie dia tu pun sedap tau! Menu signature Thistle tau tu! Kuih-muih pun not bad haa.




Oh, yaa ada lagi! Bagi setiap set Hidangan Muhibbah, akan dapat 1 bekas Bubur Lambuk. Haa, sedap jugak Bubur Lambuk dia, terubat la rindu pada Bubur Lambuk bulan puasa kan?

So, banyak ke tak untuk set RM50-RM55? Banyak kan? Saiz ayamnya pun besar, kitorang makan kongsi-kongsi lagi. Siap ada lebih untuk simpan sahur esok paginya. Side dishes tu pun kitorang simpan dalam peti ais dan carry forward untuk menu berbuka esok lusa pulak. Sangat puas hati lah, pendek kata. Kalau agak-agak tak cukup, uols boleh tambah side dish lagi, dari harga serendah RM15 hingga RM50.



Kalau uols nak order, diorang buka tempahan setiap hari, delivery dan takeaway bermula dari pukul 3 petang hingga 7 malam. Uols boleh pickup kat pintu masuk lobi hotel kalau nak ambil sendiri. Tapi kalau nak delivery, ada terma dan syarat dia ikut jarak dalam kilometer. Tak nak takeaway dan delivery?

Bolehhh, uols boleh Dine-In bermula dari hari ni, 4 Mei 2020 dari pukul 6.30 petang hingga 9.00 malam, setiap hari di Glass Restaurant, Thistle Johor Bahru. Tapi seat adalah limited ya! Sebab PKPB kan, diorang kena had kan bilangan pelanggan dalam restoran untuk jaga social distancing.

Apa-apa hal, uols terus contact aje diorang ya!


Hidangan Muhibbah Dinner Packages
Thistle Johor Bahru

25 April - 23 Mei 2020
⏰ 3.00 pm - 7.00 pm (Daily)
🚗 Self pick-up and Delivery (T&C applies)
🍛 Dine-in (6.30 pm - 9.00 pm)

Call: 07-222 9234

Post a Comment

20 Comments

  1. wah..sedapnya..tak dapat makan kat hotel, diorang buat pulak delivery kan..bagus macam ni..nak order jugaklah nanti

    ReplyDelete
  2. wuiiii..siapa ada bubur lambukkk... meriah menunya haaaa...telan air liur tengok petang2 gini

    ReplyDelete
  3. ya baru nyaman. Sik dapat makan di hotel, di hantar ke rumah pun bagus. ^^

    ReplyDelete
  4. sedapppppnyaaaaa... terliur tengok semua gambar.. tapi ada dekat johor je ke? ermmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. aha kalo yang ni kat johor je lah..tempat lain, hotel2 lain ada buat delivery juga..

      Delete
  5. woaaa depa hantar terus cemni.. pergh !!

    ReplyDelete
  6. Menarik.. nampak menyelerakan. Bagus ada servis delivery mcm ni. Dine-in pun ada. Jadi teringin juga nak order.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya tuan, kalau dah jemu berbuka di rumah, boleh lah dine in juga..

      Delete
  7. wow siap ada penghantaran sekali. baru syiokk :)

    ReplyDelete
  8. Asam pedas dia sedap, cuma tu lee, kalau kuah dia lebih sikit, lagi mantop!

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia takut kang tumpah pulak kuah tu masa delivery..hahahah

      Delete
  9. teringat pulak saya dengan bufeet ramadan tahun lepas..

    sempat pergi makan di hotel dan restoran..

    tetapi kalau ada take away begini...

    lagi la best

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, tapi sekarang da boleh da dine in kat hotel, dengan mematuhi SOP yang diberikan..

      Delete
  10. tak menahan mama tgk bubur lambuk tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah sabar mama! nanti berbuka bole makan...

      Delete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com