Berbunga Sudah Pokok Misai Kucing Kak Ajan

Berbunga Sudah Pokok Misai Kucing Kak Ajan | Kalau belek blog saya awal tahun hari tu, uols mesti perasan saya ada ke ladang herba di Desaru bersama rakan-rakan JDT Blogger untuk tengok proses penanaman pokok Misai Kucing dan penuaiannya sekali.


Masa nak balik tu, kitorang mintak jugak keratan pokoknya untuk tanam kat rumah. Sebab senang sangat nak tanam dia, sama macam pokok Kesum. Just cucuk keratan pokok dalam tanah, siram air selalu, haa nanti membesar lah dia bagai johan.

pokok misai kucing

Beberapa hari lepas jenguk mini kebun depan rumah, eh eh dah berbunga dah dia! Sekuntum bunga Misai Kucing mekar kat satu pasu pokok tu. Elok aje kejadian dia. Alhamdulillah, dah boleh tuai dan keringkan kalau nak buat secawan teh Misai Kucing.

Haha!

pokok misai kucing

Kecik je ha pasu dia. Ada dua pasu. Yang satu lagi tu terbantut sikit sebab ada satu minggu tu asyik hujan aje, pasunya terletak betul-betul bawah saluran air hujan, sampai bertakung air dalam pasu tu.  Adeii. Tapi takpe, dia pun akan membesar jugak nanti.

Dah boleh pindah sebenarnya ke pasu yang lebih besar, tapi camtu pun dia boleh hidup, so biar je lah dulu. Letak tepi pasu pokok Kesum tu. Hari-hari belek kot nak berbunga lagi. Haha!

11 comments:

  1. Pahit woooo, makan lee daunnyaa, bunga tu pun boleh buat ubat..Mak aku segala dalam pokok tu dia guna tau...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lerr..ri tu belajor, kalo buat teh pun semua sekali guna kecuali akarnye..haha

      Delete
  2. Ohhhhh macam ni pokok misai kucing. Biasa dengar orang sebut2 pasal pokok ni haha.

    ReplyDelete
  3. molah teh nyaman daunnya yaa.. beriknya mekar gik kacak. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya lah, kamek nang minum teh misai kucing jak kinek tok...banyak khasiatnya..

      Delete
  4. seronok tanam pokok ini..

    akan timbul rasa puas dan seronok nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tuan...seronok bila nampak bunga mula mekar..

      Delete
  5. cantik juga bunga misai kucing ni ye

    ReplyDelete
  6. dulu kita pernah tanam jugak pokok ini. tapi bunga dia tak keluar lama2 mati. hahahaha

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com